0
Ikan Bawal Asam Pedas


Dalam seminggu dua ni, ruang masa menghadap internet agak kurang sedikit. Kekadang tu masa yang ada cuma sempat untuk mengupdate aje...tak boleh nak duduk lama depan pc...makanya masa nak berblogwalking ke rumah kawan-kawan juga terbatas. Namun begitu akan saya cuba juga luangkan sedikit masa yang ada untuk pergi ziarah ke rumah teman blogger semua...ya...
Masakan asam pedas dah biasa dimasak sebagai menu keluarga. Saja-saja nak cari kelainan dengan mencuba resepi yang diambil daripada buku masakan Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya... Rasanya semua kenalkan siapa beliau...seorang pakar masakan yang terkenal bukan saja di Kota Singa malah popular hingga ke Tanah Melaya ini. Ok..jom..


IKAN BAWAL ASAM PEDAS


Bahan-Bahan:

1 ekor ikan duri/ikan pari, beratnya anggaran 1kg [saya guna ikan bawal..itu je yg ada]
2 batang serai, dititik
1 mangkuk daun kesum
200 gm asam jawa, diramas dengan 1 cawan air dan ditapis
1 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Kisar:

20 biji lada kering
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1/2 sudu makan biji lada hitam
1 sudu makan kerisik
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 sudu makan belacan
1 jari kunyit hidup


Caranya:

Ikan dipotong ikut suka. Cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis serai sehingga naik aromanya. Setelah itu masukkan rempah kisar. Tumis lagi sehingga garing. Barulah dimasukkan ikan dan air asam. Gaul sehingga rata. Biarkan sehingga mendidih.
Apabila ikannya sudah masak, masukkan pula daun kesum dan garam. Enak dihidangkan dengan nasi putih.





0 sweet comments: