3
Kerabu Kacang Botor


Kacang botor berkhasiat kerana ia kaya dengan zat besi, vitamin A, karbohidrat, zink dan fosforus. Kandungan asid aminonya adalah sama dengan yang terkandung dalam kacang soya. Sementara bijinya mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi daripada kacang soya.
Kacang botor dikenali juga sebagai kacang kelisa...tapi ramai yang menyebutnya sebagai kacang botol...kenapa botol ya...?? Biar apa pun namanya, sayuran yang berkhasiat ini sedap dijadikan kerabu selain ulam-ulaman.


KERABU KACANG BOTOR
(Adaptasi daripada Buku Masakan Chef Hanieliza)

Bahan A:
20 kacang kelisa
1 cawan kobis
1 1/2 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 sudu makan gula atau secukup rasa
garam secukup rasa

Bahan B:
7 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan cili kisar
1/2 inci belacan, dibakar


Caranya:
Hiris bawang besar, sayur-sayuran, basuh dan toskan.
Kisar halus semua bahan B. Menggunakan kuali tanpa minyak, satukan bahan kisar, kelapa parut dan garam...masakkan sehingga sedikit kering. Tutup api.
Masukkan semua sayuran tadi beserta gula dan jus limau kasturi. Kacau rata.
Sedia dihidangkan.


3 sweet comments:

Nieza said...

assalam kak, saya sangat suka ini kerabu dan semua jenis kerabu saya suka...hehe

Iza Akma said...

w'slm Nieza,
selera kita sama nieza suka sume jenis kerabu...kalau ada lauk lain pun, kerabu lah yg akak sambar dulu..

Deliah's Deli said...

assalamualaikum..sedap ye sekali sekala pekena kerabu ngan nasi hangat..td nak ambil ni kat kedai tp tgk dah kuning2..maka x jadi la..tgk sini je puas2...:p~