4
Salmon Panggang Lada Hitam

Ikan salmon memilikki kandungan omega-3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein. Zat ini sangat membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak manusia. Selain kaya omega, ia juga mengandungi vitamin B12, vitamin D serta coenzim Q-10 atau antioksidan. Oleh kerana kandungan zat yang dimilikki itu, ikan salmon mampu berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara kesihatan kulit dan kulit kepala serta mampu melindungi terjadinya kanser payudara.

Sementara itu, sifat kimiawi lada hitam adalah pedas dengan aroma yang tersendiri. Lada hitam memiliki banyak khasiat. Antaranya adalah untuk melancarkan menstruasi, meredakan serangan asma, mengatasi perut kembung, mengurangkan gejala sakit kepala, selain baik untuk peredaran darah dan membuang angin berlebihan dalam badan.


Belum pernah lagi beli ikan salmon...this is my first time masak salmon. Kalau di tengok harganya memang tak nak beli...tapi atas permintaan dan desakan anak-anak...turutkan juga...tak sampai hati pula tengok...ya lah budak tengah membesar kan macam-macam selera mereka. Resepi lebih kurang sama seperti di SINI tapi ada sedikit tambahan. Puas juga lah kami anak beranak menjamu selera dengan sekeping salmon yang besar itu...


SALMON PANGGANG LADA HITAM


Bahan-Bahan:
1 keping ikan salmon
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp rosemary powder
1/4 tsp salt
1 tsp minyak bijan
1 tsp minyak zaitun
1/2 tsp cuka

*** Gaul semua bahan ni dgn ikan dan perap sekejap ***


Bahan Sos:
1/4 cawan sos tiram
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
                                             1 sudu besar serbuk lada sulah
                                             1 sudu teh jus limau kasturi
                                             1/2 kiub pati ayam



Bahan-Bahan Lain:
1 head brokoli, dipotong
1/2 btg kecil carrot, dihiris memanjang
1/2 lada benggala warna hijau
2 ulas bawang putih, cincang


Caranya:
Panaskan kuali non-stick dengan 1 tsp minyak. Kemudian letakkan ikan dan masak secara panggang, bila dah masak ketepikan.
Guna minyak yg sama tumis bawang putih. Bila dah naik bau masukkan bahan sos. Kacau-kacau sekejap lalu masukkan brokoli, carrot dan lada benggala. Masakkan sekejap. Bila sayuran telah agak  lembut tapi masih lagi rangup, tutupkan api.
Tuangkan atas ikan.



4 sweet comments:

Deliah's Deli said...

iza,cantiknyer gambar..rasa mcm nak ambil mkn terus :p~

Mas said...

suka ikan salmon....sedappp...

Nieza said...

assalam kak, wah menarik menu akak ni saya kat sini selalu sgt mkn salmon ni...nk tau juga brapa reganya kalau kat msia tu.

Iza Akma said...

hi..Del & Mas

W'slm Nieza,
seronok ya kat sana hari2 bleh mkn salmon..dah mmg tempatnya disana..kat sini reganya dlm rm30/kg..hari2 nak mkn bleh rabak poket..