7
Sambal Godok


Assalamualaikum...

Sudah dua hari dapur ini tiada n3 baru. Sebenarnya tuan rumah kurang sihat...dah seminggu lebih asyik batuk-batuk...rasa malas dan kurang bersemangat nak update apa-apa. Walaupun tak sihat...masak tetap masak juga. Pernah dengar tak sambal godok? Mungkin orang-orang belah selatan seperti Johor dan Singapura familiar dengan masakan ini kan. Sambal godok ni boleh dikatakan hampir sama saja dengan sambal goreng. Resepi pun saya cedok dari dapur Chef Tania nun di Singapura sana.  Sebagai tambahan saya ada tambahkan sedikit hati dan hempedal ayam.  Resepi ni sedap jadi rugi rasanya jika saya tak menyimpannya di dapur ini untuk rujukan masa akan datang. Jom layan resepi...



   SAMBAL GODOK


Bahan-Bahan:

6 keping tempe, dipotong kiub
5 keping tauhu, dipotong kiub
300 gm udang bersaiz medium
3 biji cili merah, dihiris
3 biji cili hijau, dihiris
200 gm kacang panjang, dipotong anggaran 1"
[semua bahan atas digoreng terlebih dahulu berasingan]



2 biji bawang besar, dihiris
1 ikat suhun, direndam dan dikerat-kerat
300 gm santan
1/2 cawan bawang goreng
5 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Bahan Rempah Untuk DiKisar:

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 batang serai, dihiri
2 sudu besar lengkuas
                                                 1 sudu besar belacan


Caranya:
  • Dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng, masukkan hirisan bawang dan biarkan hingga layu.
    Kemudian masukkan pula bahan kisar, tumis lagi hingga garing dan wangi.
  • Masukkan santan dan sedikit air. Biarkan hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng, suhun dan bawang goreng. Kacau rata dan siap untuk dihidang.


7 sweet comments:

Sheila Shafea said...

Salam harap sudah sembuh ye..suka kat sambal godok tu...ye sebelah selangor pangil sambal grg..mmg fv kami seeluarga ni..lama pulak x buat..

Nieza said...

Assalam kak, ni 1st time dgr sambal godok ni...menarik juga yer..btw semoga akak sihat yer...maybe sekrng musim kot..kat sini lak cuaca sejuk sgt ramai juga org sakit dan demam....take care yer kak.:)

http://aniesandyou.blogspot.com said...

grooowlllll...perut sape da berbunyi tu?

Chik Mimi said...

Assalam iza,alaaaa ciannya tak sihat take care ye nampak sambal godok tu tersangat sedap ler

Nuridah said...

Assalamualaikum Akma,

harap cepat sihat seperti sediakala ya...patut tak dengar cerita...

sambal godok tu menu org jawo...sedap kan Akma?

Iza Akma said...

Sheila Shafea,
terima kasih sheila, mendoakan kesihatan saya...ya sheila, rupanya ramai peminat sambal goreng ni ya...saya pun mcm sheila gak...suka sngt...

Nieza,
akak pun first time dengar sambal godok tp sambal goreng biasa...rupanya pusing2 benda yang sama...hehe...
thanks nieza, mendoakan kesihatan akak yer..

Anies,
kalau perut dah berbunyi...mintak di isilah tuu...jom lah pekena sambal godok ni...sedap tau anies..

Chik Mimi,
memang sedap chik mi...cubalah...thanks mendoakan..

Nuridah,
W'kumus salam kak Nur...terima kasih mendoakan kesihatan...dah sakit nak lawat dapur kawan2 pun tak de mood...ya la kakNur...bila dah kawin dgn org jawo barulah kenal menu ini...memang sedaplah sangat sambal godok...ratah je pun sedap

missn said...

mau cedok ek.. teringin lak nak makan...