1
Apam Balik Mini Labu Coklat Urai


Assalamualaikum...

Labu atau dipanggil dengan sebutan inggerisnya pumpkin lazimnya dicari untuk dibuat sayur lemak atau pengat. Padahal buah bewarna oren ini mempunyai kaya kandungan nutrisi dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan.
Sebelum ini apam labu sudah.....donut labu pun sudah....apakata kali ini apam balik dengan campuran labu. Pasti ada yang tertanya-tanya, haa....apam balik dengan labu....tak pernah dengar pun....apalagi makan....betul tak....?


Sebelum ini, saya juga tak pernah dengar apam balik campur labu....sehinggalah berjumpa resepi yang satu ini dalam majalah SEDAP. Dengan tidak berfikir panjang, saya cuba. Resepi asal bahan intinya ialah tapai pulut hitam. Tapi kan mana lah nak cari tapai pulut hitam tu kat sini....kat Indonesia banyak lah.  Makanya saya gunakan coklat urai@rice sebagai pengganti.
Ini lah hasilnya....apam balik labu yang sedap dan lembut....ditambah lagi dengan taburan kacang almond dan coklat rice....pasti disukai.... Ok lah, tak usah buang masa lagi jom semak resepi....


APAM BALIK MINI LABU COKLAT URAI


Bahan-Bahan:
250 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
1/4 sudu teh serbuk penaik
50 gm gula kastor
1/4 sudu teh garam
200 ml air
100 gm labu, kukus/rebus & lecek halus
1/2 sudu teh yis segera
3 biji telur
30 gm gula pasir
1/4 sudu teh soda bikarbonat
25 gm marjerin, cairkan

Bahan Inti:
marjerin sebagai sapuan
coklat urai@rice
                                                  almond nib/kacang tanah


                                         Caranya:
  • Campurkan tepung gandum, susu tepung, serbuk penaik, gula kastor dan garam. Kacau rata.
  • Tuangkan air dan labu sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan sehingga rata. Masukkan yis, kacau rata. Perapkan selama 30 minit.
  • Pukul ringan telur bersama gula pasir. Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau rata. Masukkan soda bikarbonat dan marjerin cair. Kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam kuali non stick tanpa perlu disapu marjerin. Biarkan ia mengembang.Tutup dan biarkan sehingga masak.
  • Sapukan nipis marjerin. Taburkan dengan bahan inti. Lipat dua dan angkat. Segera sapukan kulit apam balik dengan butter ketika masih panas supaya lebih lembut.


1 sweet comments:

fazliana said...

nyumy nya apam...nk try la buat sendiri,tq sharing