9
Kek Lapis Coffee Cheese





Assalamualaikum...


Telah seminggu tak buka lappy.  Laman blog ini pun tak berupdate....terbiar sepi macam hilang tuan.   Bukan apa, semenjak dua menjak ini....banyak  masalah yang timbul....makanya mood untuk berblog pun jatuh merundum ....ahaa....bukan nilai saham je yang jatuh merundum tau....mood pun begitu juga....ikut keadaan semasa.
Bila tengah bersemangat perjalanan blog laju jer tapi bila moody, macam ni lah....slow sikit....
Tambah lagi  tiada menu istimewa yang boleh dikongsikan di sini....masak pun menu biasa-biasa je....itu yang perjalanan blog pun ikut sama tergendala.
Al-maklum lah kan, bila dah lama beristirehat....nak start balik....aduhai....payah sikit....nak kena warm-up dulu....




Dalam pada menyepikan diri tu....sempat jugalah mencuba satu resepi yang dah lama kepingin nak buat. Kek lapis ini adalah versi kukus dan tiada penggunaan tepung dalam adunan. Kek ini lebih kurang sama saja seperti kek kek lapis kukus yang lain. Biasanya kek yang dikukus teksturnya lebih moist dan lembut.
Ok lah, tak perlu berceloteh panjang lagi....jom kita ke resepi....



KEK LAPIS COFFEE CHEESE

Bahan A:
375 gm cream cheese
125 gm butter
70 gm gula kastor

Bahan B:
10 biji kuning telur
1 tin (300gm) kaya
1 tin (380gm) susu pekat manis

Bahan C:
180 gm cheese cracker [blend halus]

Bahan D:
10 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 tsp cream of tartar

Bahan E: [diayak bersama]
3 1/2 tbsp serbuk coffee segera (saya guna nescafe)
2 tbsp serbuk koko


Caranya:
  • Pukul bahan A sehingga kembang. Kemudian masukkan bahan B. Terus pukul lagi sehingga adunan jadi pekat. Masukkan pula bahan C, kaupbalikkan hingga rata.
  • Dalam bekas yang lain, pukul bahan D hingga pekat dan kental (soft peak form). Masukkan ke dalam adunan di atas sedikit demi sedikit sambil dikaupbalikkan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain manakala satu bahagian lagi dimasukkan dengan bahan E, kacau rata.
  • Gris dan alas loyang 8"sq.  Tuang dan ratakan 1/3 bahagian plain ke dalam loyang. Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15-20 minit atau sehingga masak. Tuangkan dan ratakan pula adunan coffee, kukus lagi. Ulangi sehingga habis dengan tiga layer plain dan tiga layer coffee.

Nota: Setiap lapisan hendaklah betul-betul masak sebelum dilapiskan dengan lapisan baru


9 sweet comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

syedap nyerrrrr

AZLITA AZIZ said...

izah banyaknyer pakai telur...
tapi mmg nampak moist.. ita suka klu kek kukus boleh di cuba ni tapi kenangkan telur yg banyak tu gegel jugak lutut...

Nuridah said...

Nampak sedap kuih ni..lebih2 lagi ada cis...lama juga Akma cuti dari blogging ya...tertanya2 juga kak nur.

ady said...

sa-salam kak,aduhaiii tak tahan menengoknya..mesti sedap..

Chik Mimi said...

nampak sedap kek tu akma,sy dah try talam kaswi keladi tq ye

Iza Akma said...

Anies,
hehe...

Azlita,
ya ita..hampir kebanyakan resepi kek sarawak versi kukus yg saya pelajari max telur 10 biji..kalau versi bakar yg sampai 25 biji pun ada..sbb tu teksturnya lebih moist..

Iza Akma said...

Kak Nur,
ya kak..apa2 kuih/kek/biskut yg ada cheese mmg sedap dgn lemak2nya..
btw mekasih kak nur..bertanyakan khabar sy yg menghilangkan diri..kdg2 fikir nak berenti jerk drpd berblogging atas sbb2 tertentu..tp tengoklah macam mana, jika keadaan mengizinkan insyaAllah akan sy teruskan..

Iza Akma said...

Ady,
w'kmslm..kek ni sedap ady sbb ada combination kopi dan cheese..sehari ke sehari akak nak jenguk dapur ady & kengkawan yg lain tp selalu jer tak cukup masa..nnt senang2 akak ke sana ek..

Iza Akma said...

Chik Mimi,
ooh, mimi dah try ya..mekasih sudi mencuba