3
Lepat Pisang Tepung Beras


Assalamualaikum...

Sungguh pantas masa berlalu....tanpa sedar dah berada minggu kedua march rupanya. Apakah ini petandanya akhir zaman semakin mendekati umat manusia sekalian....hanya Dia saja yang lebih mengetahui....
Petang semalam bila tengok di dapur ada pisang ....daun pisang pun ada....teringin pula nak melepat....lama tak makan.  Dulu masa kecil, bila teringin nak makan lepat pisang....boleh lah manja-manja minta bonda buatkan. Tapi bila dah berkeluarga, nak bermanja dengan siapa ya....nak tak nak terpaksalah buat sendiri.
Saya lebih suka lepat yang lebih pisang sebab rasanya lebih lembut....yang dijual tu kurang rasa pisang sebab lebih tepungnya....ya lah peniaga mana yang tak nak untung lebih kan....lebih-lebih lagi dengan harga barang yang serba mahal kini ....yang pasti lebih puas jika dibuat sendiri....



            LEPAT PISANG TEPUNG BERAS


Bahan-Bahan:

1 kg pisang emas ] dilenyek
200 gm tepung beras
110 gm tepung gandum
50 gm susu tepung
110 gm gula pasir
100 gm air
100 gm kelapa parut
daun pisang secukupnya


                                                         Caranya:
  • Gaulkan tepung beras, tepung gandum dan susu tepung hingga rata.
  • Masukkan pisang yang dilenyekkan bersama gula serta kelapa parut. Gaulkan hingga sebati sambil dimasukkan air sedikit demi sedikit.
  • Ambil sekeping daun pisang dan letakkan dua sudu makan adunan di atasnya.
  • Lipat memanjang dan kukus selama 25 minit.


Nota: Pastikan pisang dilenyekkan hingga halus dan tidak berketul-ketul. Ini mengelakkan adunan berketul dan tidak rata.




3 sweet comments:

Ayu said...

Assalam akma,
wow lepat pisang ni favourite my mum & hubby..lembut nampak lepat akma ni..ada lagi tak tu..bak sini 10 keping..hehe

Sheila Shafea said...

Salam sdp tu suka kat kuih2 lama2 ni lepat pisang...

Iza Akma said...

Ayu,
w'slm..aah kak Ayu bukan nampak je lembut tp mmng betul pun lembut kak...yg lembut tu la sedap...hehe

Sheila,
w'slm..aah kuih2 lama cam ni mmg sedap..bak kata org, tak lapuk dek zaman...