0
Nasi Beriani


Assalamualaikum...

Terima kasih buat semua pengunjung yang terus setia mengunjungi SSK dan selamat datang kepada mereka yang pertama kali berkunjung.  Diharapkan kunjungan anda ke SSK akan berterusan dengan tiada rasa jemu, ya...
Entri hari ini sebenarnya adalah hidangan kami pada hujung minggu lepas. Bila semua dah berkumpul, apa salahnya penuhi masa emas itu dengan memasak hidangan yang lebih istimewa untuk makan-makan sekeluarga....ya lah bukan senang kan nak dapatkan masa berkualiti begini....melainkan cuti hujung minggu saja. Untuk itu saya mencuba satu resepi nasi beriani mudah yang tidak langsung memerlukan rempah beriani. Resepi saya ambil dari SINI.  Ok lah, jom....


NASI BERIANI


Bahan-Bahan:
3 pot beras Basmathi dicuci dan ditoskan
3 pot air
1/2 pot yogurt ( boleh digantikan dengan 1/2 pot susu pekat dicampurkan dengan 2-3 sdb perahan air limau nipis)
Sedikit garam mengikut rasa
3 biji lada merah }
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
sedikit pewarna kuning *tak guna sebab nasi dah kuning semulajadi
saffron(koma-koma)  *tak guna saffron sebab tak ada
3 sudu besar air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotong sepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka



Caranya:
  • Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
  • Tumis bwawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
  • Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
  • Apabila mendidih, masukkan beras.
  • Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
  • Apabila nasi tlah masak, ambilkan minyak dari lauk beryani dan diletakkan kedalam nasi. Ambil jugak sedikit dari rempah beryani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
  • Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan  air mawar bersama saffron. Renjis-renjiskan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar
  • Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi




0 sweet comments: