2
Peria Tumis Telur Asin


Sayur peria mungkin tergolong dalam sayuran yang kurang popular. Disebabkab rasanya yang sedikit pahit menjadikan ia sebagai sayur paling kurang diminati terutamanya anak-anak remaja kini.
Walaupun pahit....namun disitulah terletaknya keistimewaan peria berbanding sayuran lain. Bak kata orang tua-tua....pahit itu adalah ubat manakala manis itu racun.

Dikatakan sayur peria berkhasiat untuk kesihatan:
Insulin pada peria berfungsi mengawal kadar glukos dalam darah....baik untuk pesakit diabetes. Selain itu peria juga berkhasiat dalam penulenan darah, penyakit buasir, baik untuk perut sebagai agen pencernaan membantu merangsang rembesan jus gaster yang bertindak menghalang sembelit. Manakala bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, amalkan saja memakan peria kerana peria merangsang hati merembeskan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

Khasiat lainnya,  baik untuk penjagaan mata melalui kandungan karoten yang tinggi, membantu menguatkan sistem imun dalam badan serta menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri ciri penulenan darah.


Haa....banyak sungguh khasiat peria dari sudut kesihatan dan kecantikan. Sebenarnya peria ni sedap kalau kena dengan cara masaknya. Masa sedang membelek-belek majalah SEDAP jumpalah dengan satu resepi sayur bersama telur asin. Tengok fotonya nampak menyelerakan. Saya pun cuba dengan cara saya sendiri mengikut bahan yang ada di dapur. Jom semak resepi....


PERIA TUMIS TELUR ASIN

Bahan-Bahan:
1 biji peria [buang biji, dihiris, rendam sekejap dalam air garam dan toskan]
2 biji telur asin
10 ekor udang sederhana besar (tak letak...sebab tak ada)
1 sudu makan taucu pedas
garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Kasar:
5 biji cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan


Caranya:
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan terbit aroma.
  • Masukkan udang dan taucu. Biarkan seketika hingga udang masak.
  • Kemudian pecahkan telur asin, biarkan seketika dan kacau sehingga berbutir kasar.
  • Masukkan peria dan tutup kuali. Masak sehingga peria empuk dan kuahnya sedikit kering. Tambahkan gula dan garam jika perlu.


2 sweet comments:

Sheila Shafea said...

Slaam sdp tu lauk sayur peria grg...suka sangat...ank2 pun suka...

Ayu said...

Assalam akma,
wah lauk peria telur asin memang sedap..hari tu pun akak ada cuba, bayangkan 1 biji peria akak makan sorang!!..hahah

lain kali bolehlah cuba yg ni pula kan..sebab ada letak udang & taucu..