6
Acar Timun Berempah

Dah makan tengahari ke semua? Jarum jam pun dah tunjuk kol berapa.....tentu laa sudah kan.....lagi mau tanya. Ni nak tanya lagi, u all makan lauk apa hari ni ya?


Hari ni saya masak acar timun berempah sebagai menu sayuran. Saja-saja nak tukar selera. Acar ni berlainan sedikit daripada acar yang biasa tu. Kalau tengok namanya pun dah tau kan.....acar ni selain rasa masam-masam.....juga ada rasa rempah-rempah sikit. Makan bersama nasi apa pun tak kisah lah.....tapi kalau dapat nasi panas-panas lagi lah sedap.
Resepi saya skodeng dari FP kak Rusnah. 
Resepi asal takde telur tapi saya tambahkan telur puyuh kerana anak-anak suka. Bila saya cari balik n3 tu dalam FP kak Rus, tak jumpa la pulak. Tak apa, link rumah kak Rus pun dah ada tuu.....pepandai u all selongkar kat sana ya. Nasib baik resepi saya dah copy n save dalam folder masih ada.....belum delete lagi.....kalau tak jenuh juga nak menaip semula.....



ACAR TIMUN BEREMPAH

Bahan-Bahan:
1 kati timun dipotong memanjang seperti membuat acar
40 sen udang kering direndam dan ditumbuk kasar  *saya buat dlm 3sdm
10 biji cili merah dibelah
10 biji cili hijau dibelah
4 biji bawang besar dibelah-belah
1 cawan cuka
garam dan gula seenak rasa

Bahan DiKisar:
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh serbuk kunyit (kak rus guna kunyit segar)

Bahan Menumis
5 ulas bawang merah dimayang
5 ulas bawang putih dimayang
2 inci halia dimayang
sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih,halba dan biji sawi


Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumislah halba, kayu manis dan biji sawi hingga harum baunya.
  • Kemudian masukkan bahan yang dimesin, kacau sebati dan biarkan garing baru masukkan udang kering.
  • Masukkan cuka, garam dan gula biarkan mendidih baru masukkan timun, bawang besar dan cili, balik-balikkan dan tutup api.
  • Sejukkan dan boleh dihidangkan.

Nota:
--saya tambahkan 15 biji telur puyuh yang direbus dan digoreng sekejap.....dimasukkan dalam masakan bila masakan dah hampir masak.
--untuk ketumbar, jintan manis & jintan putih saya gunakan yang biji.
--saya juga gunakan kunyit hidup dalam anggaran 1inci.


6 sweet comments:

Cendana Kasih said...

bestnyer acar timun.. makan ngan nasi minyak sure terangkat ni..salin respi dulu yer..time kasih !!!!

Zaliedana said...

Akak,Mmg nmpk sedap lah acar timun masak stail gini..Tambah2 da telur puyuh lak..

cik cek said...

Emmm....acar ni makan ngan nasi minyak ke....nasi beryani sedap ni...

Nieza said...

sedapnya acar akak ni sure boleh menambah nasi ni...hehe

Wattie said...

Assalamualaikum,
Sedapnya acar timun, nampak berselera. Selalu jumpa kat rumah kenduri jer.

Lama jugak akak tak singgah rumah Kak Rusnah yg terkenal dengan masakan lamanya, sejak buat blog ni fotopage akak senyap terus

CT Delima said...

Wahh..sedap ni kalau dapat meratah atau makan dengan nasi minyak atau nasi toamto..kecur dah ni :D