5
Bun Kentang


Sambil-sambil masak kat dapur tu.....ni nak n3 bun kentang yang sempat dibuat semalam. Hari tu lepas membelek resepi-resepi roti dalam e-book Ros JintanManis..... terus tangkap cintan dengan resepi Bun Kentang Ros. Walaupun saya lihat dah banyak n3 bun/roti kentang dalam dapur teman-teman lain.....tapi di dapur ni  masih belum lagi kerana itu saya bersemangat untuk  mencuba. 
Rasa bun kentang ini tak perlu lah saya terjemahkan  lagi sebab semua dah tahukan  resepi-resepi roti yang Ros kongsikan  memang menjadi.....lembut, gebu dan sedap. Sememangnya kepakaran Ros dalam pembuatan roti tidak boleh disangkal lagi.....
Terima kasih Ros.....


BUN KENTANG

Bahan-Bahan:-
350 gram tepung roti
90 gram kentang (ditimbang selepas direbus dan dilenyek)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya + 50ml air suam)
-- susu soya boleh ganti dgn susu segar
1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun nanti.

Bahan Untuk Kastard:-
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

Cara Menyediakan Sos Kastard:-
  • Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu.
  • Jika terlalu pekat, tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Cara Menyediakan Roti:-
  • Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.
  • Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut--ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  • Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbuk kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan doh pada 16 bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. (Pastikan loyang atau dulang pembakar disapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)
  • Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kalau inginkan permukaan bun kentang lebih berkilat, apabila siap dibakar, terus sapu permukaan bun dengan marjerin atau butter.


5 sweet comments:

Mas said...

akak..mas pun meroti gak....
mas buat bun inti coklat..
jom tukar2...he..he..
cantik bun kentang akak tu...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

ye la..rumah Mas tu ada roti..kat sini pun roti...tutup la kedai roti..akak jer tak meroti..memang nampak sedap roti tu

cik cek said...

Wah! Cantik bun ni...serupa dah kat bakery...jimat belanja bila masak sendiri kan....kak cek nak sebiji boleh...:-)

Ayu said...

ayoyo..tak boleh tahan lah tengok roti..akaknya bm bila nak pecah dara pun tak tahu..heheh..uish..bak sini sebantal nak buat rasa2..ha engkau sekali sebantal..hahah

CT Delima said...

Assalamulaikum Akma :D

rajinnya meroti..jeles ar macam ni. tepung roti dah pinis kat rumah ni Lom gi beli lagi, nanti dah beli kak ct pun nak meroti gak.. hehehe

Cantik mulus dan gebu roti2 ni. Kak ct pun suka mencuba roti resipi dari Ros :D