4
Cucur Tauhu Bawang Goreng


Jika sebelum ini sudah ada pelbagai resepi cucur. Antaranya cucur savouri yang popular seperti cucur bawang, udang dan bilis manakala cucur manis seperti pisang, labu, sukun, durian dan mungkin banyak lagi cucur-cucur yang lain.
Apa kata kali ini kita jadikan cucur tauhu sebagai menambah koleksi resepi cucur yang sedia ada. Resepi dipetik daripada akhbar Metro.
Jom semak resepi.....


CUCUR TAUHU BAWANG GORENG

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum  **sy guna 1 1/2 cawan
3 keping tauhu, hancurkan kasar
(update: gunakan tauhu keras, ya..)
2 biji cili merah
100 gm udang kecil (gaul dgn kunyit dan goreng seketika)  **sy guna 200gm
2 tangkai daun sup dan daun bawang
1/2 cawan bawang goreng
air secukupnya  **dgn kuantiti tepung 1 1/2 cwn sy guna anggaran 3/4 cwn air dimasukkan sikit demi sedikit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Caranya:
  • Satukan tepung dengan bahan-bahan lain.
  • Bancuhkan adunan dengan sedikit demi sedikit air....pastikan adunan tidak terlalu cair bagi mengekalkan bentuknya selepas digoreng.
  • Panaskan minyak dan goreng adunan hingga kekuningan.
  • Angkat dan toskan minyak seketika sebelum dihidangkan.




4 sweet comments:

tun_telani said...

wahh.. nmpk sgt garing. mesti sedap. kalau jarang minum susu mcm tun nih, mmg perlu mkn byk2 tauhu n tempe. len kali mskkn tauhu dlm cucur jugak ^^

http://aniesandyou.blogspot.com said...

nk try nk try

Iza Akma said...

Tun_Telani
ya tun..campurkan tauhu dlm cucur at least ada khasiat protein n kalsium dalam..jd bila anak2 mkn cara tak langsung mereka pun dpt khasiat tersebut..
lain kali akak nak masukkan kiwi dlm cucur lak...wakaka..

Iza Akma said...

Anies
silakan anies...sama mcm cucur biasa cuma tambahan tauhu dengan bawang goreng jer..