0
Muffin Pisang Mudah


Dulu sebelum berblogging, rajin juga lah buat muffin berdasarkan resepi daripada blog-blog masakan yang diikuti. Kaedah membuat muffin ni, tidaklah serumit seperti membuat kek. Teksturnya pula walau tidak sehalus kek namun masih lembut.
Hari tu bila nampak je muffin pisang di salah satu dapur yang saya lawati,  terus tergerak hati untuk mencuba....tambah pula di dapur saya ni masih tiada lagi n3 muffin....


Muffin ini saya buat semalam. Resepinya saya cedok daripada dapur CMG. Menurut Cik Mat, resipi asal dari internet, tapi telah diderhakakan....biasalah, semua tahu yang Cik Mat ni kalau tak menderhaka pada resepi asal....memang tak sah....kann....
Saya bakarkan sedikit perang sebab anak-anak sukakan bahagian atasnya yang agak garing.  Manisnya just nice....teksturnya lembut dan moist kerana adanya mayonis....sedaap....bertambah sedap lagi setelah disimpan semalaman....


                       MUFFIN PISANG MUDAH

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/3 camca teh garam halus*
1 camca teh soda bicarbionate (mat letak 3/4 camca teh)*(*disatukan dan diayak)
3 biji pisang emas, dilecek halus
1 camca besar mayonnaise
1 biji telur gred B
Beberapa titik esen pisang
1/3 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 3/4 cawan gula halus)
1/3 cawan mentega cair (mat guna minyak canola)

Caranya:
  • Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak canola, esen pisang. Kacau rata.
  • Masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan-bahan yang bertanda (*) tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama-lama.
  • Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...


0 sweet comments: