13
Talam Kacang Merah


Kuih talam ni saya buat untuk minum petang semalam. Tiba-tiba teringin pulak nak makan kuih yang ada kacang merah. Rancangan awal, rebus kacang merah nak buat kuih kasui.....lastnya tukar  buat kuih talam. Bila timbang semula kacang merah rebus tu ada 160gm.....resepi nak kan 150gm.....ishh, alang-alang tinggal masukkan jer laa semua.  Kira menderkaha juga ler.....aah tak kisah lah.....kita yang buat die,  kann.....


Kacang merah tu pula, terpulang sama ada nak lenyek hancur atau kasar-kasar.....saya suka kasar-kasar sebab bila dipotong nampak kacang-kacang.....masing-masing citarasa lah yer.....
Kuih ni nyonya style.....jadi teksturnya lembut dan kenyal-kenyal manja gitu.....


TALAM KACANG MERAH

Bahan-Bahan :
   150 gm kacang merah yang telah direbus lembut
   sedikit pewarna merah
Bahan A :
   100 gm tepung beras
   125 gm tepung sago
   200 gm santan pekat (dlm kotak)
   300 gm air

Bahan B (Sirap) :
   170 gm gula pasir (+/-)
   250 gm air
   5 helai daun pandan,   
   disimpul


Caranya :
  • Satukan bahan (B) dan masak hingga gula larut. Ketepikan.
  • Satukan bahan (A), kacau hingga rata. Tuangkan sirap, kacau lagi hingga sebati dan tidak bergentel. Asingkan adunan kepada 200 gm dan warnakan dengan pewarna merah, 200 gm lagi dibiarkan plain.
  • Manakala adunan selebihnya dicampurkan dengan kacang merah yang telah direbus lembut. Tuangkan dalam periuk tak lekat, masak atas api kecil sehingga naik wap dan adunan hampir pekat. Kemudian tuangkan dan ratakan adunan ke dalam loyang 8" bulat yang dialas plastik. Stimkan dalam kukusan yang telah benar-benar mendidih dengan api kuat selama 5 minit.
  • Tuangkan adunan merah dan kukus lagi selama 5 minit. Akhirnya tuangkan adunan plain dan stimkan atas api yang sederhana selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Nota SSK:
Untuk semua kuih talam, biasanya setelah kuih masak.....saya akan buka penutup kukusan, kecilkan api dan biarkan untuk anggaran 20 minit lagi supaya bahagian atasnya akan cantik kering.


13 sweet comments:

~Norul Mas Hana ~ said...

cantiknya kuih talam ni...berlayer2..pasti sedap!! =)

CT Delima said...

Kuih talam memang sedap lah kan. dah lembut ada kenyal2 tambahlah sedap. Cantik kuih kaler pink minat kak ct ni kale pink.. hihihi

Nieza said...

wahh sedapnya talam ni kak...nieza bawakan talam durian nk tukar ngan talam akak ni...hehe

KakAsma said...

Iza,cantik talam yg dibuat.tu lum makan lagi..rajin menalam..akak tgh nak bg up sket skill menalam nie..nnti dah terror baru nak buat.skrg nie kalau buat selalu upside down..hehehehe

Nuridah said...

Assalmualaikum Akma,

cantik talam kacang merah ni...sedap mata memandang hasil air tangan Akma ni..hehe.

Naz said...

Cantiknya kuih tu... Mesti sedap..nyum..nyum..

Wattie said...

Assalamualaikum Iza,
Cantiknyaaaaa kejadian kueh talam Iza, camana leh cantik cenggitu yer, meh yang kat dalam pinggan tu kat akak leh..

tun_telani said...

nyumm!!!!! teringat kat aiskrim potong laa pulak.. rajinnyer.. tun kurang rajin nk me-nalam nih.. hntr 4-5 ketoi. nk mkn smb tgk william kawen nih.. hihi

noorsafone said...

salam Iza...cantik kuih talam ni...mesti sedap juga kan...

Chik Mimi said...

akma tergudanya tengok kue talam tu

norlie said...

waa..nampak sedaplah kueh talam ni..

ady said...

as-salam kak
cantiknya kuih talam kak Iza .....terliur dibuatnya...

Wattie said...

Assalamualaikum Iza,
Akak singgah lagi sekali ni. Klu ada masa, singgahla di blog akak ya, ada tugasan menarik menanti Iza, harap tidak menghampakan ya