8
Talam Sagu


Masa singgah di dapur teman-teman.....kebanyakannya menayang kuih talam sagu.
Secara kebetulan malam semalam sedang saya menyelak-nyelak buku Aneka Talam & Kuih Lapis Puan Hanieliza atau lebih dikenali ramai sebagai Kak Liza.....jumpa lah resepi talam sagu ni dalam buku tu .
Apalagi, pagi tadi saya pun cuba. 
Ye laa.....sedap sangat kuih ni.....especially bila tergigit tang sagunya yang kenyal-kenyal tu ditambah lagi dengan kelemakkan lapisan atasnya.....tak boleh nak cakaplah.....memang sedap!!. Dimakan dingin pun sedapp.


TALAM SAGU

Bahan Lapisan Bawah:-
2 cawan santan
1 cawan sagu
1/2 cawab gula pasir
sedikit garam
sedikit pewarna merah 

Caranya:-
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam loyang dan kukus selama selama 30 minit atau biarkan sehingga sagu betul-betul masak dan kelihatan jernih.
  • Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Bubuh adunan lapisan atas.


Bahan Lapisan Atas:-
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam

Caranya:-
  • Gaulkan semua bahan hingga rata.
  • Tapiskan ke dalam kuali/periuk tak lekat, kacau sebentar atas api.
  • Apabila naik wap saja (tidak sampai pekat ya, kalau pekat nanti bila dilapiskan atas lapisan sagu kelihatan tidak licin) tutup api dan terus tuangkan ke atas lapisan sagu tadi.
  • Kukus semula selama 20 minit.


8 sweet comments:

CT Delima said...

ni yang menduga iman kak ct nak buat ni. Tapi kena check dulu kat dapur ada tak sagu biji. kalau dah habis lain kali jer lah cuba buat.

kak ct suka makanbila sejuk2 :D

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Kita dah beli sagu warna hari tu..tapi angin untuk buat kuih ni belum sampai lagi...terguda gak tengok kat sini..cantik nya warna...

Nieza said...

memang sedap kuih talam ni...hmmm cantik jer rupa kuih talam akak ni.

Kak Am (Flora Heights) said...

cntiknya talam sagu tu..

Iza Akma said...

CT Delima,
buat la kak ct..talam sagu ni mmg sedap..sama laa kita pong suka mkn sejuk2..mkn satu sure xcukup..

Iza Akma said...

Nazrah,
ala naz..tak susah pun nak buat..kacau2 dah siap..nak cepat mkn kukus dlm bekas kecik2 tu..saya buh warna bright red tu..

Iza Akma said...

Nieza,
ya nieza..mmg sedap, kalau buat utk buka puasa pun best nie..

Iza Akma said...

Kak Am,
sebab terguder tengok kawan2 buat..tu yg buat tu..mmg best sangat..