Apam Pisang Tanpa Telur dan Minyak
Sebelum saya nak buat apa jenis kuih atau kek sekalipun, perkara pertama yang saya lihat dulu ialah telur. Kalau boleh saya akan cuba elakkan penggunaan telur setiap hari dalam kuih. Bukan kedekut ke apa.....cuma untuk kesihatan. Mungkin ada yang kata, alaahh.....banyak mana sangat lah guna telur dalam kuih. Ya, betul.....tapi kalau dah hari-hari buat kuih yang bertelur.....cer kira kalau seminggu.....sebulan dah berapa kan.....? Kalau anak-anak tu tak kisah laa, berapa kerap dierang nak ambil telur. Tapi kita yang dah ehem.....ehem ni.....tau-tau jer laa kan.....macam-macam penyakit tunggu masa nak hinggap jer. Jadi sebelum penyakit bermaharajalela dalam tubuh.....ada baiknya ambil langkah berjaga-jaga.....
Kalau semalam dah buat chiffon.....telur kann.....jadi hari ini saya buat sesuatu yang tak guna telur, minyak dan santan. Cer teka.....apa ek? Sapa nak jawab, sila angkat tangan. Yaaa, betul.....kuih apam.
Lagipun rakyat yang tak berapa nak ramai kat umah ni memang suka benor apam.....tak kisah lah apam apa, janji apam. Apam ni boleh dikategorikan sebagai kuih yang sihat kerana bebas dari segala kolestrol. Satu resepi yang amat mudah penyediaannya .....cuma godek-godek.....kukus dah boleh makan.....express kann. Okay.....takmo bebel panjang-panjang, jom intai resepi.....
APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK
[ sumber : MyResepi ]
Bahan-Bahan :
1 cawan pisang lecek
1 cawan gula perang / gula halus (sy guna 130gm gula perang)
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh soda bicarbonate
4 sudu besar susu segar
Caranya :
- Tepung dan soda bicarbonate diayak bersama.
- Pisang lecek, gula dan susu dikacau rata.
- Masukkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.
- Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu. Kukus hingga masak.
- Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.
6 comments:
Assalamulaikum
akma
betul tu... kita ni dah nak masuk asar ni kena lah berjaga dengan kesihatan kita. Selagi sihat nilah nak kena jaga. kang kalau dah hinggap dek penyakit 3 serangkai..dah tak dapat nak berundur bailk betul tak? kak ct pun amat titik berat kan pasal makanan, sebab tu pengunaan telur kena catu kat rumah ni. tapi sesekali makan tak apa lah :D
Pisang ada lagi dah masak ranum cuma tak tahu nak buat kuih atau kek, ni yang dok pikir jer dari semalam sampai ari ni. pisang tu dah macam nyawa2 ikan dah.. hehehe
wahh.. kak akma pun dh wat apam nih.. tun duk q lg =)
Assallamualaikum Akma
Setuju3x.. Naz pun suka sgt kalau ada resepi kuih muih yg x guna telur dan minyak.. Boleh kurangkan lemak dan kalori.
Gebu nampaknya apam ni.. Menarik.. Nak cuba buat nanti...
wahh..tanpa telur dan minyakkk??ada x apam pisang tanpa pisang pulak?ekekekek
Naz,
w'kmslm naz..pasal tertarik tengok kat myresepi..tu yg cepat2 buat apalagi takde telur n minyak laju jer la..
Ryo Azhar Rahza,
aii ryo..buat lawak pulak u yer..kalau apam pisang takde pisang bukan apam pisang namanya ryo oiii...
Post a Comment