7
Nasi Ketumbar


Ini lah dia nasi ketumbar yang saya janjikan semalam. Pertama kali jumpa kat dapur Ayu, terus terpaut nak buat lebih-lebih lagi antara ramuannya daun ketumbar. Saya ni pula kalau daun ketumbar dengan pudina.....suka sebab baunya yang harum dan menyegarkan. Kebetulan ada stok daun ketumbar.....bahan lain pun ada.....cara menyediakannya pun ringkas.....jadi tunggu apa lagi.....tak rugi kan kalau mencuba.....dah cuba baru lah tau sedap tak sedap.....kan, kan.....
Meh sini nak bisik.....nasi ni memang laa sedap.....rasa seakan nasi minyak pun ada. Q'ein ada nyatakan nasi ini sedap jika dilawankan dengan rendang.  Jadi saya buatkan rendang ayam rempah kari  untuk dikawinkan dengan nasi ketumbar ini.....mabeles!!  Terima kasih pada Q'ein  dan kak Ayu...


NASI KETUMBAR
sharing by : Iza Akma @ SSK


Bahan-Bahan :
-(7 orang)-

500g beras
3 s/b mentega-(Ayu gunakan minyak sapi) *sy pun
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)-(Ayu tapis)
*sy blend lama sikit supaya benar2 halus jd tak perlu tapis
sedikit garam
pewarna hijau  
*sy tambah pewarna kuning juga
1 kiub ayam


Cara-cara
  • Basuh beras dan toskan
  • Cairkan mentega/minyak sapi  bersama sedikit minyak
  • Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga wangi, masukkan kiub ayam.
  • Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  • Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  • Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau   
    (selain hijau, saya titiskan juga sedikit pewarna kuning ).
  • Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.


7 sweet comments:

Mas said...

cantik nasi tu...
hijauuuu...

Ayu said...

Assalam akma,
heheh..macam mana akak boleh terlepas rendang akma semalam ya..oh..baru ingat..sebab my son nak cepat pakai computer itu yang tak sempat nak bw..lagi..sampai kemalam dia & iqram gunakan computer..aduhai..then this morning pula tak perasan your post tu....nasi ketumbar ni kena dengan apa jenis rendang kan akma..nak masak pun senang aje...thanks akma, termakan godaan akak..heheh

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

sekali sekala wat nasi ni untuk makan kat rumah memang sedap..

http://aniesandyou.blogspot.com said...

kalu mkn nasi ni dgn ayam msk merah ok x?

Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011

KakAsma said...

Akma,hari tu masa dtg umah ayu mmg rasa senang ajer nasi nie,boleh dicuba,sesekali tukar menu nasikan...masuk list dulu..dah berderet2 nie..hihihihi..rendang pun sedap gak tu..salin dulu resipi yooo..muahahahahaaa

Naz said...

Akma.. sekali pandang macam nasi hujan panas pun ada gak.. Sedap yer.. Tak pernah buat..Masuk list menunggu dululah heheheee

ady said...

as-salam kak
nampak sedap nasi ketumbar tu kak, warnanye pun cantik!!