5
Pankek Labu


Assalamualaikum...

Semalam tanggal 8hb.Mei tentunya meninggalkan seribu pengertian dan seribu kenangan untuk semua para ibu. Ada di antara ibu menerima ucapan dan pelukan kasih sayang daripada anak-anak mahupun suami, ada pula meraikannya dengan membawa ibu masing-masing bersantai dan makan-makan di hotel-hotel mewah dan tak ketinggalan juga yang menerima 'surprise gift'. Sebenarnya apa yang seorang ibu mahukan daripada anak-anak dan seorang isteri daripada suami bukanlah pemberian hadiah yang mahal-mahal dan mewah tapi cukup sekadar sebuah ucapan penghargaan.....dengan ini seorang ibu dan isteri akan merasakan yang dirinya masih dihargai dan diperlukan. 
Apa yang penting kasih sayang, ingatan dan doa yang tidak pernah putus dalam diri anak-anak buat ibu. Biarpun ucapan tidak memerlukan modal tapi ia sudah cukup memberi makna yang amat bernilai dan kenangan manis  untuk seorang ibu. Mungkin ada di antara anak-anak yang tidak dapat memahami naluri hati seorang ibu sepenuhnya tapi seorang ibu itu dapat memahami hati kesemua anak-anaknya.....itu lah dinamakan naluri ibu.
Sebelum terlupa di kesempatan ini SSK mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' untuk semua ibu-ibu di luar sana khususnya buat semua pengunjung yang bergelar ibu yang mengunjungi SSK.


Okay, berbalik pada n3.....pankek ni buat untuk breakfast pagi tadi. Masih menggunakan resepi pankek dalam posting terdahulu. Kalau dulu saya tambahkan pisang tapi kali ni saya tambahkan puree labu.....nak habiskan lebihan buat donat hari tu. Percubaan saya nampaknya tak mengecewakan. Pankeknya sedap, gebu dan lembut. Tak apa lah saya tuliskan balik resepinya ya.....jom semak.....


PANKEK LABU

Bahan-Bahan :

120 gm tepung gandum
30 gm gula kastor
30 gm butter/marjerin
80 gm puree labu
125 ml susu segar
1/2 sdt krim tartar
1/4 sdt soda bikarbonat
1 biji telur
1 1/2 sdt jus oren


Caranya :
  • Sediakan bater. Ayak tepung, krim tartar dan soda bokarbonat ke dalam mangkuk adunan.
  • Ramaskan butter/marjerin dengan tepung hingga adunan kelihatan seperti serbuk roti.
  • Campurkan pula gula dan puree labu, kacau rata-rata.
  • Buat lubang di tengah adunan, masukkan campuran telur, susu dan jus oren.
  • Kacau adunan menjadi bater pekat. Pada step ini bater akan kelihatan bergentel sedikit.
  • Menggoreng bater. Gunakan kuali tidak lekat dengan api yang sederhana. Sapu nipis kuali dengan sedikit marjerin. Titiskan 1 senduk kecil bater dan masak hingga tepi-tepinya berbuih dan pecah buihya.
  • Balikkan bater dan masakkan pula bahagian sebelah hingga kekuningan dan angkat.
  • Ulang hingga semua bater digunakan.

Tips SSK:
- Kuali tidak perlu disapukan marjerin pada kali kedua. Marjerin daripada bater cukup untuk melicinkan kuali. Terlalu banyak marjerin akan membuatkan permukaan bater tidak cukup kuning.
- Adunan menghasilkan anggaran 8-10 keping bergantung pada saiz senduk yang digunakan.


5 sweet comments:

Along Maklong said...

salam ziarah dan salam kenal.. maklong suka sangat labu ni.. tapi x pernah cuba buat pancake..
nak kena cuba nampaknya..

cik cek said...

Gebunya pancake ni...mesti sedapkan...lum penah makan ...

Wanieyra said...

Buat ira terliur je ni...bila le kita nak cari labu ni..

CT Delima said...

Assalamulaikum Ira

kak ct memang suka buat pancake. ini lah menu bf paling senang nak sedikan bila dah tak ada idea nak masak awal2 pagi... hihihi

Tapi resipi ni kak ct belum cuba lg.. kena cuba gak lah nnt :DD

CT Delima said...

alahai....sampai salah taip nama tu..maaf ya Iza hihihi