4
Sardin Tumis Tom Yam


Hari ni masak yang paling ringkas.....ringkas ker.....malas?? Jangan salah label pulak yer. Yang ni lauk ringkas.....kalau lauk malas.....tuu lauk yang tunjuk-tunjuk tuu.....haa,  yang tu baru boleh kata malas.....ekekekek..
Walaupun ringkas tapi sedap tauu.....terutamanya pada penggemar sardin. Saya rasa pasti  semua menyukainya.  Sekarang ni sardin bukan lagi lauk murahan. Walaupun banyak jenama sardin di pasaran.....ayam brand juga jadi pilihan saya sekeluarga walau harganya sedikit mahal.  Di rumah ni, jika masak sardin kenalah masak nasi lebih-lebih sikit.....sebab lauk ni feberet anak-anak.....pasti makan pun bertambah-tambah.....kalau tak nanti tengah sedap-sedap makan tak sedar nasi dah kehabisan.....hehehe.....Apa-apa pun jom layan resepi.....


SARDIN TUMIS TOM YAM
sharing by  : Iza Akma@SSK

Bahan-Bahan :

2 tin kecil sardin ( asingkan ikan dan sos )
lobak merah, dihiris serong
1 biji tomato, dibelah 6
putik jagung (jika suka)
1 batang (besar) serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar penuh pes tom yam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos ikan
cili padi (jika suka pedas)
air secukupnya untuk kuah
minyak masak untuk menumis
sedikit gula

Bahan Hiris : 

1 biji bawang besar, hiris bulat
4 ulas bawang putih
1/2 jari halia
1 biji cili merah
1 biji cili hjau


Caranya :
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris bersama serai hingga wangi.
  • Masukkan pula serbuk cili, pes tom yam dan daun limau. Jika perlu tambahkan sedikit air. Tumis hingga sedikit garing. Lalu masukkan sos sardin, serbuk lada hitam, lobak merah dan air secukupnya. Kacau hingga lobak lembut.
  • Masukkan ikan sardin, sos ikan bersama sedikit gula. Masak hingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan buah tomato dan cili padi jika suka. Kecilkan api dan masak dalam seminit dua. Boleh lah diangkat.


4 sweet comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

kecuq ayaq liuq

kalu x leh sos ikan ok ke tak?

Serius hot! WFTXO@#$%&*!

Iza Akma said...

kecuq ayaq liuq ker anies....
kalau xletak sos ikan gantilah dgn garam secukup rasa..memasak ni ikut citarasa anies..

Anonymous said...

as-salam kak
kak sardin tumis tom yam ni npk menyelerakan..something new resepi ni..
btw thank you so much for your birthday wishes...

Ayu said...

Assalam akma,
first time akak dengar sardine masak tomyam ni..boleh cuba next time..sama juga macam rumah akak..
suka sardine, tapi my dad tak boleh makan selalu sebab ada gout..normally masak bila time malas nak kepasar as barang2 basah banyak yang dah habis or tak tahu nak masak apa ....heheh