9
Sup Ikan "Power"


Sejak Isnin lepas lagi Puteri merengek nak makan ikan sup. Asyik tertangguh aje. Hari ini setibanya di rumah lepas pulang dari sekolah.....dia tersenyum lebar sebab lauk kesukaannya dah siap terhidang. Puteri ni memang sukakan lauk-lauk bersup.....tak kira lah ikan, ayam, daging, telur, tauhu ataupun fishball. Sesekali berlaukkan sup.....hmmm, berselera betul makan.
Sup ikan ini ada special sikit. Kalau tengok pada bahannya dah tau mesti ada kelainan pada rasa.....ramuan rempahnya pun boleh tahan jugak banyaknya.  Sesiapa yang merasa pasti tertipu mengatakan sup ayam sedangkan ia cuma ikan.  Sup ikan ni memang sedap dan power tauuu.  Kuahnya pekat dan terasa rempah ratusnya.....barangkali inilah yang menjadikan perkataan 'power' tu terselit pada nama sup ikan ini......cukup berbeza lah dengan sup-sup ikan yang lain.....Terima kasih CMG.....


SUP IKAN "POWER"
sources from : CMG@MyResepi
sharing by : Iza Akma@SSK

Bahan-Bahan (5 orang):

1 ekor ikan Jenahak/tebal pipi atau ikan merah
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul (omit sbb takde)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
2 biji ubi kentang sederhana besar ( iza  tambah )
2 biji limau kasturi ( iza tambah)
daun sup/daun bawang ( iza taburkan  daun ketumbar)
sedikit bawang goreng

Bahan Rempah A : (dikisar halus)

6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
1 camca teh lada hitam
1 keping hirisan nipis lengkuas

Bahan Rempah B :
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"


Caranya :
  • Ikan dibersihkan, di potong ikut suka.  Perap dengan limau dan garam utk 10 minit. Bilas kembali dan toskan.
  • Satukan bahan rempah A yang dikisar dengan rempah B. Gaul rata. 
  • Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 3 camca besar), tumis, bawang merah/putih yg dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  • Masukkan air secukupnya lebih kurang 1 liter ( bersama ubi kentang ). Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dgn api sederhana hingga ikan masak (kurang lebih 15 minit). Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  • ( Perahkan limau kasturi dan bolehlah diangkat ). Sebelum makan taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.



    9 sweet comments:

    Nieza said...

    Assalam kak Akma, wahh lama tak singgah sini dah berwajah baru yer rumah akak ni...cantiklah...sup ikan tu nampak sedap sgt....nieza pun suka mkn sup ikan ni.

    BudakBosan said...

    sedapnye kak...isk isk....

    tun_telani said...

    Ooo... sup ni ada tambah rempah kurma laaa.. menarik. mesti lg best rasa dia. tp tun nk tergelak baca ikan 'tebal pipi'.. ikan apa tuh?? hihi

    Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

    As salam...

    Bila tengok sup ikan kat sini..baru kita teringat ..kita pun dah lama tak makan sup ikan..cicah ngan sambal kicap best ni...

    cik cek said...

    Salam Akma....sedapnya tgk menu sup ikan ni...kak cek baru je plan nak buat sup ikan ni...boleh gak cuba resepi ni....:)

    Wattie said...

    Assalamualaikum Iza,
    Maaf, lama tak mai sini, lappy buat hal, masuk workshop dua tiga hari, baru hari ni besiaran kembali. Mengancam habis tengok sup ikan power Iza, rasa cam nak cedok rasa.

    Chik Mimi said...

    saya suka sup ikan sedapkan

    ady said...

    as-salam kak
    sedapnye sup ikan...suka buat hirup2 kuahnya...best...

    Amie said...

    assalamualaikum,
    salam kenal iza... seronoknya dpt jelajahi pelbagai lautan masakan yg beraneka citarasa...