8
Ayam Lada Hitam


Ini adalah menu kami semalam. Resepi ni asalnya resepi Mami Asma Laili,  siapa tak kenal kann. 
Saya rasa semua yang minat memasak pasti kenal siapa beliau.....seorang pakar masakan terkemuka Singapura. Apa yang saya perhatikan masakan lauk-pauk Mami tak pernah lepas daripada daun ketumbar dan daun pudina. Tapi memang pun dua-dua jenis daun ni jika ditambahkan dalam masakan.....masakan akan jadi tambah sedap dan wangi jer. Saya pernah tambahkan daun ketumbar dalam masakan kari dan masak merah.....hasilnya ada sedikit kelainan, memang sedap.....

Pertama kali mencuba ayam lada hitam ini.....hmmm.....marvellous, sungguh menepati citarasa. Rugi tau siapa yang tak cuba. Sesuai sangatlah jika hendak digandingkan bersama nasi minyak, beriani, tomato atau apa-apa nasi pun. Jom semak resepi.....


AYAM LADA HITAM


Bahan-bahan : ( 5 orang )

1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
2½ sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
-- Bahan diatas digaul rata dan diperap selama ½ jam --

4 sudu makan kerisik putih
1 sudu makan lada serbuk
1½ sudu teh serbuk jintan halus
1½ sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh kunyit serbuk
3 biji bawang besar, dihiris halus
3 biji tomato, didadu
1 jari kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
1 pelepah daun ketumbar, dirampai
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1 cawan minyak kanola
Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar


Caranya :
  • Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya.
  • Masukkan pes halia / bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air.
  • Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
  • Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.


8 sweet comments:

Diana @ Melley Mey said...

wah nampak sungguh sedap ayam lada hitam tu... menyelerakan.. makan ngan nasi putih.. mmg best nie

Iza Akma said...

Diana,
memang sedap ayam lada hitam resepi mami asma laili ni...betul tu diana, mkn dgn nasi putih pun sodap..boleh bertambah2 nasi...

tun_telani said...

wahhh.. kene xtra rajin ni, byk bahan perlu guna. hehe.. tp kalau nk sedap kene laa rajin kn =) masuk queue lagi... ^^

Mas said...

akak..sedapnya tengok ayam lada hitam tu...

Wattie said...

Salam Iza,
Ish, ish, ish tak tahan akak melihat hasil kerastangan Iza ni, nampak sedap sangat, rasa cam nak buat lagi sekali la........ Tkasih kerana sudi perpanjangkan resepi sedap ni....

Sizuka said...

iza, ayam tu nampak sedap sangat. i've linked ur blog to mine. thank you :)

Ida,Japan said...

slm kenal juga iza....nk mitak yam tu sikit, nmpk sedap la..he..he ida follow sini

habi said...

Terima kasih kerana berkongsi resipi. Semua resipi nampak sedap2 belaka