3
Salam Aidilfitri...Minal Aidin Wal Faizin





Sejalan Dengan Berlalunya Ramadhan Tahun Ini 
Kemenangan Akan Kita Gapai 
Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi 
Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa 
Dalam Kesempitan Hidup Ada Keluasan Ilmu 
Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah SWT 
Kami Sekeluarga Menghulurkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H 
Taqobalallahu Minna Wa Minkum 
Mohon Maaf Zahir Dan Batin


Salam buat semua pengunjung Singgahsana Kitchen.....
Hanya tinggal beberapa hari saja kita berada di Ramadhan ini. Berlalunya Ramadhan menandakan Syawal bakal menjelang.  Sempena kedatangan Syawal yang mulia ini SSK menyusun jari sepuluh memohon jutaan kemaafan kepada semua sekiranya terdapat keterlanjuran kata tanpa disedari sepanjang SSK melakarkan coretannya di sini.

Singgahsana Kitchen mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri Minal Aidin Wal Faizin kepada semua follower, readers dan pengunjung blog ini walau di mana jua berada serta tak lupa pada rakan-rakan blogger yang mengenali SSK. Semoga kita termasuk dalam golongan yang kembali kepada fitrah dan beroleh kemenangan.....dan hari lebaran ini akan memberikan sejuta pengertian serta kegembiraan pada semua.....


3 sweet comments:

KhaiRin said...

kesempatan ni, sy sekeluarga nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.
semoga amalan kita sepanjang bulan ramadan dapat diteruskan sehingga ke hujung nyawa insya allah.
plus, berhati2 di jalan raya..

AZLITA AZIZ said...

SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir dan Batin

Dari
Azlita
Masam Manis

Wattie said...

Assalamualaikum Iza,
Rindunya kat Iza. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin buat Iza sekeluarga ya