0
Ayam Kashmir



Assalamualaikum...


Menu ayam kashmir ni rasanya dah ramai yang mencuba.....rata-rata kata sedap. Bila semua kata sedap.....saya pun teringin juga nak rasa macam mana sedap yang dikatakan tu. Semalam  lepaskan geram.....dapatlah merasa keenakan ayam kashmir ni. Yea lah memang betul sedappp!.....kuahnya pekat sekali walaupun tiada penggunaan santan seperti kari-kari yang lain. Resepi ni hasil skodeng di dapur Dayang. Asalnya daripada majalah RASA tapi dah diubahsuaikan oleh Dayang. Di sini saya sertakan kedua-dua versi sebagai rujukan saya masa datang.
Terima kasih Dayang.....minta izin pastekan kat sini ya.....Jomm.....


.....lebih sedap jika masakan ni dibiarkan bermalam.....
sesuai dimakan dengan apa jua jenis nasi.....
kuahnya yang pekat juga sedap jika dicicah bersama roti, roti canai atau mungkin juga lempeng.....


AYAM KASHMIR
source : DapurKu Sayang
sharing : Iza Akma SSK

Bahan-Bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

Bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

Bahan B :
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Caranya :
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  • Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
  • Hidangkan setelah masak. 


AYAM KASHMIR
versi asal : majalah Rasa, Januari 2011 

Bahan-Bahan
1 kg ayam (dipotong 14) 

Bahan A
81 g bawang merah (dihiris)
40 g bawang putih (dihiris) 
60 g halia (dihiris) 
2.5 cm kulit kayu manis 
8 biji buah pelaga 
4 batang serai 

Bahan B
100 g pes tomato 
60 g serbuk cili 
80 g rempah beriyani 
80 g serbuk kari daging 
2 keping asam gelugur
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa 
minyak masak secukupnya 

Caranya
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga kekuningan. 
  • Masukkan ayam dan gaulkannya. biarkan ia masak. 
  • Masukkan tomato, rempah beriyani, rempah kari daging, pes tomato dan asam keping. Biarkan ia masak selama 20 minit. 
  • Masukkan serbuk perasa dan sedia dinikmati.


0 sweet comments: