16
Apam Karamel Tapai Ubi

Assalamualaikum...


Zaman saya kanak-kanak dulu, apam karamel seringkali jadi kuih pilihan sajian pada tetamu tika jamuan mahupun di majlis-majlis. Kiranya apam ni antara kuih yang popular giteww…..Masa tu saya selalu duk tertanya sendiri tang mana specialnya kuih ni. Rata-rata yang menggemarinya mereka yang usia mak-mak…..tapi tak pula kanak-kanak…..termasuklah saya (tapi tu duluu…..sekarang suka daa). Hairan jugak…..sampaikan bila ada disajikan kuih ni dalam kenduri-kendara, yang sedap pulak rasanya…..maka terdengar lah suara berbisik sesama sendiri bertanyakan siapa yang membuatnya….. lepas tu mula lah duk kecek resepi pada tuan empunyer…..mana tau untung sabut timbul …..boleh lah pasang angan-angan buat sendiri pulak.....




Sebabnya orang dulu-dulu bab-bab resepi ni lokek sikit nak kongsi dengan orang lain…..naper ntah…..Ada tu dengan adik beradik pun kedekut…..siap kenakan pengeras kalau nak kan satu-satu resepi…..kalau bagi pun macam melepas batuk ditangga…..resepi hampeh…..tak boleh pakai langsung…..alangkah kecewanya mereka yang benar-benar berharap resepi akan menjadi.....
Hihihi.....bila mengingatkan bermacam gelagat dan ragam manusia ni boleh tersenyum sendiri dibuatnya. Tapi itu lah semua tu kisah dulu kala…..sewaktu era pen dan kertas…..sekarang ni era IT.....criter kedekut-kedekut resepi ni dah berlalu…..sebut saja resepi apa nak segalanya dihujung jari…..




Kini seiring dengan perjalanan masa kuih ini telah diberi sentuhan baru. Apakata kali ini kita berubah angin dalam membikin apam caramel. Nak tau apa kelainannya, jom semak resepi…..




APAM KARAMEL TAPAI UBI
(by Puan Azimah Mansur)
source : Iza Akma SSK



Bahan A : (Karamel)
200 gm gula pasir
200 ml air

❀ Masukkan gula ke dalam kuali@periuk. Masakkan sehingga gula mencair dan sedikit keperangan (agak-gak lah ya…..jangan sampai terhangus pulak, nanti pahit jadinya kuih tu…..)
❀ Kemudian masukkan air, kacau sehingga gula larut.
❀ Angkat dan sejukkan.



Bahan B :
4 biji telur
200 gm mentega@marjerin
200 gm tapai ubi
400 gm tepung gandum *
2 tsp baking powder *
(* diayak)
100 gm santan pekat (santan kotak)


❀ Panaskan kukusan. Sapukan nipis minyak pada acuan.
❀ Pukul mentega bersama tapai ubi hingga lembut.
❀ Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga sebati.
❀ Masukkan tepung berselang-seli dengan santan dan caramel. Kacau rata.
❀ Sudukan adunan ke dalam acuan kecil-kecil yang digemari. Kukus selama 15 minit.


16 sweet comments:

KhaiRin said...

kalu x letak tapai ubi x pe ke kak?

cik cek said...

Cam best je resepi ni...kak cek pun skrg suka kuih org2 lama...kak cek amik resepi dulula ya...nak kena p cari tapai ubi dulu... :)

tun_telani said...

kak iza.. tun xpernah dgr pulak apam karamel letak tapai ubi.. maybe kt kg tun xde kot. tun suka mkn tapai ubi, tp kene balik kampung dulu, baru la jumpa tapai ubi ni. kdg2 ada org jual kt pasar. nk buat sendiri mmg xtau bila la blh makan.

issnita said...

mesti sedapkan rasanya...tapai ubi jer dah sedap kat saya apalagi kalau dah dibuat kuih gaya gini lagi lah powerkan....

Nazrah said...

ye la..tak pernah buat ala ala gini..tapi nampak apam tu memang cun..

Ummi said...

Assalam Iza, sedap pulak ternampak apam karamel tu...mesti wangi bau karamel kan...ala2 kek gula hangus ek :)

IZA AKMA said...

Khairin,
kalau x nak letak tapai ubi, ada resepi yang lain khairin.....yg ni utk yg ada tapai ubi.....:)

IZA AKMA said...

Cik Cek,
Betul tu kak cek, kuih org2 lama ni memang sedap.....tak ditelan zaman.....sentiasa dekat di hati.....hehheh. Tak pe kak cek, amik resepi dulu.....kot2 terjumpa tapai ubi nnt bleh la buat ya.....

IZA AKMA said...

Tun_Telani,
Ini apam karamel versi moden tun.....ada penggunaan tapai ubi kat situ sbb tu kak iza tertarik nak cuba.....kalau tapai ubi mmg kak iza tak mkn.....tp dah masuk dlm kuih.....laju sokmo

IZA AKMA said...

Issnita,
Mmg sedap issnita.....lembut dan lemak jer rasanya

IZA AKMA said...

Nazrah,
Kalau ada lebih2 tapai ubi kat umah tu, boleh la cuba pulak apam ni.....mesti x nyesal

IZA AKMA said...

Ummi,
W'kmsalam. Tak salah tekaan kak ummi tu.....apam ni mmg sedap, lembut dan lemak2 selain kewangian karamel

Sally Rashid said...

bestnya resepi apam ni...nanti kita nak try buat...nak ambik resepi yer..terima kasih

HomeKreation said...

Iza,
Alamak tapai ubi yg Along buat tu dah lama lenyap tak sempat nak cuba ni... sedap nampak nya...

Wattie said...

Salam Maal Hijrah Iza,
Lamanya tak dengar cerita Iza, pekabar, Iza sihat???. Betul tu Iza, akak sokong org dulu2 agak berkira sikit soal resepi, padahal resepi biasa2 aja, terkdg tu bagi resepi tak cukup bhn, mana nak jadikan. Alhamdulillah, org zaman millenium ni lebih terbuka ditambah pula dgn teknologi internet, yg tak suka memasak pun dah rajin ke dapur...

Cantik dan menarik sangat kejadian apam Iza, tp akak tak makan tapai juga, agak2 leh tukaq benda lain tak Iza.

Kak Am said...

salam iza, wah.., cantik dan manis sungguh rupanya apam mu itu ya..!