6
Apam Pisang Marble Blueberry



Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia.....dan selamat petang.....
kepada para pengunjung yang singgah ke teratak yang tidak seberapanya ini.....

Apam pisang ni dah ramai blogger masakan yang mencuba. Bukan saja senang malah rasanya pun mantop. Ramai mereka memuji dan mengakui akan keenakan apam ini.....tak ketinggalan saya juga.




Pertama kali mencuba terus jadi. Dah banyak kali dah buat. Asal ada pisang lebih.....apam ini lah yang jadi sasaran. Walau dah makan berkali-kali namun tekak ni tak pernah pun rasa muak atau jemu. Teksturnya yang lembut dan moist seakan menarik diri untuk terus buat dan buat lagi. 
Biasa buat tak ada marble-marble pun.....tapi dah macam trend pula sekarang baik puding, kek atau pun roti kalau boleh semua nak dimarblekan. Jadi saya pun cuba cubalah marblekan dengan filling blueberry. Pada saya kan, tak taulah pada orang lain.....kombinasi blueberry dengan pisang secocok lah, bagai pinang dibelah dua.....ada kelainan rasa kat situ.....Jom layannn!!


APAM PISANG MARBLE BLUEBERRY
(olahan drpd apam pisang kukus Diana Arshad)
sharing : Iza Akma SSK


Bahan A :
8 biji pisang emas, sederhana besar (anggaran 300gm)
1 sudu teh baking soda
secubit garam

Bahan B :
4 biji telur (medium size)
1/2 - 1 cawan gula perang@soft brown sugar (bergantung pada manis pisang)
200 ml minyak jagung atau mentega cair

Bahan C : (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

sedikit blueberry filling


Cara Penyediaan :
❀  Lecek pisang hingga halus. Tambahkan baking soda dan garam, digaul rata. Ketepikan.
❀  Pukul bahan (B) hingga sebati dan berkrim.
❀  Masukkan bahan (A) kacau rata.
❀  Tambahkan bahan (C) sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
❀  Asingkan sedikit adunan dan tambahkan dengan blueberry filling.
❀  Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak atau butter secara berselang seli atau corakkan mengikut suka.
❀  Kukus selama 45 minit.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.


.....setelah semalaman apam ni masih lagi lembut
dan bertambah moist.....memang sedap.....
tak jemu dimakan.....


6 sweet comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Iza .Memang nampak sedap dan menarik.Namanya pun marble kan?

Nazrah said...

salam..ya la kelainan gak kalau camni..bolehlah kita cuba insyallah...

tun_telani said...

cantiknyer apam pisang akak... tun memang minat pisang2 nih, tp hasben tun xsuka pulak. tiap2 kali buat kek pisang atau apam pisang, tun la yg terpaksa habiskn semua..

cik cek said...

Cantikkkk....

Wattie said...

Salam Iza,
Apam glamer ni....mmg terbaeeekkkk..

ibundo said...

salam pagi iza,
memang nampak moist je apam ni. ingin bundo nak mencubanya.