4
Ayam Mayonis



Assalamualaikum...


Mayonis antara bahan penting dalam penyediaan salad dan sandwich. Mayonis juga semakin popular apabila bahan tersebut digabungkan dengan bahan tradisional menambah keenakan rasanya. Seperti telur dadar, jika ditambahkan sedikit mayonis ke dalam.....hasilnya, telur dadar akan lebih gebu dan rasanya lebih sedap. Begitu juga jika ditambahkan dalam adunan kek, keknya akan jadi lebih lembap. Tak cukup dengan tu, kita tambahkan pula mayonis dalam masakan ayam. Kuahnya akan sedikit memekat dan rasanya menjadi  lebih sedappp dan menyelerakan. Terima kasih Mama Ghock.....




AYAM MAYONIS 
source : Cookery Pot-Secret of Happiness 
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
4 ketul peha ayam, di goreng
1 batang seleri, potong serong
2 sudu besar cendawan dalam tin, dihiris
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan mayonis
minyak utk menumis garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
**iza tambah 1 batang serai, diketuk

Bahan Hiris:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Hiasan :
1/2 biji bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
1 biji cili hijau - hiris serong


Cara Penyediaan :
❀  Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan cili kisar.  Kacau rata hingga garing dan pecah minyak.
❀  Masukkan bahan hiris (iza masukkan serai pada step ini) dan kacau hingga naik bau.  Masukkan sos cili, cendawan, seleri, garam dan gula secukupnya.  Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih. (Nak cepat masukkan air panas).
❀  Masukkan ayam dan mayonis, kacau rata. Tutup api dan masukkan bahan hiasan dan gaul hingga semua bahan sebati.
❀  Hidangkan bersama nasi panas.




Mayonis Sebagai Perawatan Diri :
Bahan asas mayonis yang terdiri daripada telur dan berasaskan minyak hakikatnya menawarkan kelebihan tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan. Apa kata kita bermanja-manjakan diri dengan mayonis.  Berikut empat petua kecantikan menggunakan mayonis:-
  • Pelembap kulit - Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Jadi, ia kaya dengan bahan pelembap. Gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit. Malah anda boleh praktikkan pada bahagian badan lain seperti siku, lutut dan kaki. Caranya;
    - Ambil sedikit mayonis dan sapukannya pada bahagian permukaan kulit, siku, lutut ataupun kaki.
    - Sapu dan urutlah dengan lembut dan biarkannya serap dalam kulit kira-kira dalam 10 minit.
    - Kemudian, bilas bahagian tadi dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala secara perlahan-lahan.
    Amalan ini boleh membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit anda
  • Perapi rambut - Mampu meresap di bahagian bawah kulit. Berupaya menjadikan rambut sihat bersinar. Gunakan sebagai perapi rambut. Caranya, lumur mayonis pada rambut sekurang-kurangnya sepuluh minit dan bilas.
  • Rawatan kuku - Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama sepuluh minit. Cuci dan keringkan kuku. Amalkan selalu, kuku anda akan menjadi lebih kuat dan sihat selain tampak natural.
  • Mengurangkan kesan panahan matahari - Sebagai pelindung kulit. Mayonis mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar dan memberi kelegaan pada kulit.


4 sweet comments:

Liza said...

salam iza...rasa2nya ayam ni kalau mkn dgn nasi berperisa pun sedap kan...bhn2 dia pun senang...Liza masuk list dulu yer, nnt senang2 nk try...thnx yer

IZA AKMA said...

Liza,
Wassalam. Boleh liza.....nk mkn dgn nasi putih bleh nasi berperisa pun bleh. Bahan pun senang keje memasaknya pun taklah remeh.....ok liza bila senang cuba lah ya..

KhaiRin said...

mkn time ujan2 gini perrrghhh

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Lama akak tak datang jengah dapur akma..ni cuti sampai hujung tahun boleh la akak datang selalu..akak dah buat pudding kek tu sedap tapi belum buat N3 tengah tunggu giliran,