7
Chocolate Bread Cake



Assalamualaikum...


Roti gaya gini dah lama nampak di fp Rinnchan. Tapi masa tu belum ada rasa nak buat lagi.....orang kata apa.....belum sampai seru!  Aiii, masak pun nak kena tunggu seru ker....? Jawabnya, yes. Sesetengah recipe memang  tunggu seru atau mood. Misalnya, buat kek.....kalau mood tengah takde tu jangan lah memaksa diri.....nanti ada yang tepung tumpah, tersalah sukat, kek bantat, tak sedap macam-macam lagi lah.

Orang tua-tua pun ada pesan kalau rasa-rasa mood tu ke laut tapi kita paksa jugak diri buat.....alamatnya kejadiannya nanti tak seperti yang diharapkan. Jangan dipandang enteng kata-kata mereka nie ya sebab kekadang ada kebenarannya. Mereka kan lebih dulu makan garam jadi apa yang mereka katakan semua berdasarkan  pengalaman. Pendek kata memasak tu biarlah dari hati. Kalau hati ikhlas, ceria, happy InsyaAllah semua rasa tu akan mengalir ke dalam masakan kita menjadikan masakan lebih enak dan lazat.....walau masakan itu hanyalah sekeping telur dadar.


Bila Ita tayang Choc Bread Cake di blog kesayangan dia hari tu, barulah bertandang semangat nak mencuba. Lagi pula cuti-cuti sekolah macam nilah waktu yang sesuai, kalau buat terlebih pun tak perlu risau sapa nak kasi abih sebab anak-anak boleh tolong perabihkan. Dengan mood ceria dan senang hati, saya pun menguli dan menumbuk doh roti. Terpaksa lah bekerja keras sikit.....uli dengan tangan sebab takde bm.....masih belum berkesempatan mencari lagi.


Ini lah padahnya tak ikut kata tok guru. Tok guru soh bulatkan kecil-kecil sebesar guli.....dan buh dalam dua loyang. Tapi saya pi buh dalam satu loyang. Akibatnya roti saya dah jadi macam gunung berapi nak meletup. Masa tengah bakar tu suspen jer sebab adunan terlalu mengembang sampai penuh loyang.....sib baik tak melimpah keluar. Rasa dah sedap cuma tak puashati dengan rupanya yang agak hodoh tu. Ini bukan kes takde mood ya tapi kes menderhaka tok guru, tok guru ajar lain anak murid buat lain.....itulah akibatnya .....hehhehheh. Tapi tak apa lah, hodoh-hodoh pun abis laku jugak.....yang penting rasanya.....



CHOCOLATE BREAD CAKE
by Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread
source : Naz Rinn Chan   ref : Masam Manis


Bahan A :
300gm high protein flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko

Bahan B :
50gm gula castor
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180gm air sejuk
7.5gm yis segera
1/2 tsp choc emulco

Bahan C :
15gm butter
15gm shortening

kismis/coklat chip (jika suka)


❀  Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
❀  Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh.
❀  Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
❀  Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
❀  Tumbuk doh untuk membuang udara. Kalau nak letak kismis masa ni boleh gaulkan doh dengan kismis atau coklat chip.
❀  Bahagikan doh kepada dua bahagian.
❀  Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
❀  Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6".
❀  Masukkan satu doh yang telah digulung tadi.
❀  Biarkan doh naik dua kali ganda.


Pesanan Ita@Masam Manis:
Bulat-bulatkan doh sebesar guli dan susun dalam 2 loyang bersaiz 5" x 9" dan tinggi 3". Jika gunakan loyang yang kecil kena bahagikan doh pada 3 bahagian kerana doh roti akan mengembang lagi bila di bakar dan besar kemungkinan akan menolak adunan kek di atas dan membuatkan kek tertumpah. Berhati2 ye! Pastikan doh roti di bulatkan atau di gulung kecil aje anggaran 1 - 1.5cm aje tingginya Bila dah siap rehatkan semula doh dalam 10 minit.


Untuk lapisan kek :
Jika anda punya tepung sponge mix.....boleh ikut resepi di bawah.


KEK SPONGE MIX

2 butir telur gred A
150gm sponge mix perisa vanilla
30gm air
2.5gm esen pandan
60gm minyak jagung/minyak masak


❀  Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.






Pada anda yang tidak punya tepung sponge mix tapi teringin mencuba, boleh gunakan resepi yang Ita kongsikan ini.  Saya gunakan yang ini sebab takde stok sponge mix.  Saya suka lapisan keknya.....very spongy dan lembuutt sangat.....


FRENCH SPONGE CAKE
by Chef Alex Goh
Sumber : Buku Masakan Fruity Cake


Bahan A :
4 biji kuning telur
20 gm gula castor
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B  :
4 biji putih telur
100 gm gula

Bahan C :
110 gm tepung - ita guna tepung kek
70 gm mentega cair - ita guna minyak Mazola


❀  Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
❀  Dalam bekas lain putar pula putih telur dalam bahan B hingga kembang, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku. (nak tau dah kental ke belum.....kalau diterbalikkan mangkuk, adunan putih telur tak akan jatuh)
❀  Masukkan adunan meringue (bahan B) kedalam adunan bahan A. Kacau rata dengan menggunakan kaedah kaup balik sehingga rata.
❀  Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau rata dengan kaedah kaup balik juga.
❀  Masukkan minyak atau butter cair dan kacau rata guna kaedah kaup balik juga.
❀  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yg di sukai.
❀  Tuang adunan kek berselang-seli warna ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
❀  Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.



7 sweet comments:

CT Delima said...

As'salam Akma

Dah elok lah tu kejadiannya. macam kek marble mula2 k.ct tengok. K.ct ni masih tek berkesempatan jer nak buat. atau orang kata seru tak sampai..hehehe.

Betul lah kata2 Akma tu, kalau hati kita tak tenteram jangalah lakukan sesutau benda pasti tak menjadi..pesanan orang tua2 mesti diingati dan disampaikan juga pada anak2 betul tak :)

tun_telani said...

cantiknyer!! tun pun belum smp seru. dh save resepi masa kak nor buat roti kek nih. tun kt kampung ni uli roti guna mixer mata cangkuk je kak.. alhamdulillah lembut jugak jadinyer. kalau tun uli tangan mmg keras kejung jadinyer. hehe

Ayu said...

Assalam iza, waduhhh cantikkkknya chocolate bread kek mu itu...ceria warnanya mesti sedap dan lembut rasanya tukan..basically more to kek or bread ya iza rasanya?..

Roses_Leo09 said...

rosesleo09 aka hanim
kombinasi warna kek yang menarik. kreatif ......

ady said...

as-salam kak IZA AKMA
ingat kan tadi kek marble kak..npk cantik.. npk lembut Chocolate Bread Cake tu..

Nieza said...

Assalam kak, pekabo? lama tak singgah sini..sekali singgah tgk bread kek yg cantik ni..sedapnya kak..bila nk merajinkan diri buat ni yer...hehe

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Cantik,,,,taoi akak bab ini kurang teliti tumpang makan aje la