7
Kelebihan Asyura, Puding Roti Cokletie



Assalamualaikum...


Hari ini bersamaan 9 Muharam 1433H. Umumnya di bulan Muharam ini dianjur untuk memperbanyakkan amalan puasa sunat. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk melakukan ibadah sunat khusus yang dilakukan pada masa tertentu, iaitu peluang melakukan puasa sunat Hari Asyura yang jatuhnya esok, hari ke-sepuluh Muharam seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadith berikut: 

   Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura 
dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. 

-Riwayat al-Bukhari & Muslim- 

Kelebihan puasa Asyura :

Dalam hadith Rasulullah ada menyatakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang 
tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat 
menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi 
ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, 
“Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu. -Riwayat Muslim- 





Sebenarnya puasa Asyura adalah sehari saja, iaitu pada 10 Muharam. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W. memerintahkan supaya kita sentiasa membezakan amalan Yahudi yang mengagungkan 10 Muharram (.....Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharam lah Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim).

Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai 
padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari 
sebelumnya atau sehari selepasnya.” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh as-Suyuthi)


Tetapi, kalau puasa hari Asyura (10 Muharram) saja pun tiada masalah, dan bukanlah makruh. Tetapi sebaiknya puasa itu diperbanyakkan.....boleh melakukan sehari sebelumnya (9 Muharram, dipanggil hari Tasu’a) dan sehari pada 10 Muharram. Ataupun boleh mulakan puasa pada 10 Muharram dan tambah sehari lagi puasa pada 11 Muharam. Kalau nak buat 3 hari (9 – 11 Muharram), pun boleh juga. Malah puasa 3 hari berturut ini diamalkan oleh Imam as-Syafie.

Maka gunakanlah segala kesempatan dan peluang yang ada untuk menambah amalan sebagai bekalan di akhirat nanti. Marilah sama-sama kita melakukan puasa sunat ini.....Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menambahkan keberkatan dalam hidup kita.....InsyaAllah, Aminnn.




N3 hari ni Puding Roti Cokletie. Dengar nama saja dah tau.....puding yang penuh rasa coklat. Biasa kalau buat puding guna serbuk koko.....tapi resepi ni mencampurkan coklat masakan.....wooo.....tentu lagi best dan lebih nyamann terasa.....



PUDING ROTI COKLETIE
source : yatiezaini@myR
sharing : Iza Akma SSK

           Bahan-Bahan :  (4 orang)
(A)
100 gm coklat masakan
1 sudu makan mentega


(B)
4 keping roti - dipotong kecil
200 ml susu cair
100 ml air
2 biji telor - dipukul
sedikit esen vanilla


(C)
6 gm agar-agar serbuk
300 ml air
5 sudu makan gula
Cara Penyediaan :
❀  Bahan (A) dicairkan secara double boil.
❀  Bahan (B) dimasukkan ke dalam blender dan diblend sekejap.
❀  Masakkan bahan (C) hingga semuanya hancur dan mendidih.
❀  Masukkan bahan (A) yang telah cair dengan bahan (B) yang dah siap diblend tadi ke dalam bahan (C) yang mendidih. Kacau hingga mendidih sekali lagi.
❀  Bolehlah dimasukkan ke dalam acuan kegemaran masing-masing.
❀  Simpan dalam peti ais dulu sehingga beku barulah di hidangkan.
.....menjadi kesukaan seisi keluarga


7 sweet comments:

Cendana Kasih said...

teringat bubur assyura... tak buat ke??

tun_telani said...

alhamdulillah, dh berbuka pun =)
kalau dpt mkn puding choclate nih time berbuka td mesti best..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

sedapnya nampak pudding ni.Licin dan cantik.Kak Ros simpan resepinya dulu ya.

Chik Mimi said...

cantiknya pudding tu...

Mamasya said...

Aslmkum Iza
Cantiknya puding coklat tu....sedap mkn sejuk2...

ibundo said...

salam iza,
sedap nampak puding ni. bundo ambil resepi ye... pekenan..

Wattie said...

Salam Iza,
Kalau mai sini mesti jealous tengok hasilan yg glamer dari Iza. Nak rasa seketul boleh