3
Nasi Serai



Assalamualaikum...


Masyarakat Asia di Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Vietnam sering menggunakan serai dalam masakan. Tak kiralah masakan tu kari atau sup.....menggunakan ayam, ikan mahupun makanan laut boleh ditambahkan serai. Dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan sebagai penambah perisa dalam sesetengah masakan bagi membangkitkan aroma dan kelazatannya.


Hari ni rasa teringin nak makan nasi berperisa. Tak nak yang remeh cuma nak yang ringkas dan tak banyak gunakan bahan. Buka tenet, bermulalah misi pencarian. Cari punya cari, terus tangkap cintan dengan nasi serai Chef Hanieliza. Bahannya mudah semuanya memang dah tersedia di dapur. Kebetulan hari tu bonda datang bawakan serai.....banyak jugak.....punya ler gemuk-gemuk serainya tak macam yang jual tu kurus melidi cam tak cukup zat.....hihhih. Nasi dah ada kena cari regunya pulak. Lauk apa ek.....pun nak yang seringkas yang boleh. Lauk apa tu, tungguuu.....Apa pun jom tengok bahan-bahan nasi serai ni dulu, jommm!



NASI SERAI
by Chef Hanieliza~50 Hidangan Penambat Selera
source : Ummie@Home Sweet Home
sharing : Iza Akma SSK


Bahan A :
4 cawan beras basmathi
4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan - disimpul
4 batang serai - diketuk
3 sudu makan minyak sapi
1 pokok daun sup - dihiris
50 gm bawang goreng
garam secukup rasa
*iza tambah hirisan jagung rebus


Bahan B (Dihiris):
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


Cara Penyediaan :
❀  Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
❀  Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
❀  Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
❀  Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
❀  Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.



Memang tak rugi mencuba resepi nasi ni. Sebab apa tauu.....walaupun simple tapi hasilnya tersangatlah sedapnya. Cukup puashati lebih-lebih lagi dengan aroma serai yang sungguh memikat.....Terima kasih kak Liza dan kak Ummie yang telah berkongsi resepi ini.




3 sweet comments:

issnita said...

sedapnya nasi serai macam dah terbau-bau jer kat sini aromanya....

Wattie said...

Salam Iza,
Waaaa sedapnya nampak nasi serai tu, pekena dengan ayam masak merah...perghhhhh

Amie said...

sedap betul bau nasi serai...mampir sini kejap tumpang makan ye...