7
Ros Ayam Berkacang


Alhamdulillah, bersua kembali.
Pertamanya terima kasih atas teman-teman blogger yang sudi bertanyakan khabar. Rupanya masih ada juga teman-teman yang ambil berat selama seminggu saya menyepikan diri daripada berblogging.
Kak Nur, Yatie, Izah dan lain-lain....terima kasih sekali lagi di atas keperihatinan anda itu.
Nanti akan saya terjah dapur kalian yer....nak selongkar balik apa-apa yang dah ketinggalan....teruk juga nih nak kejar semula....


Ok berbalik pada menu....hari ni nak tukar selera dengan menu raya....ros ayam berkacang yang dimakan bersama nasi himpit. Masa sedang membelek-belek koleksi lama majalah SAJI terjumpa lah dengan resepi ini. Nampak menyelerakan betul fotonya dalam majalah....terus mencuit hati saya untuk mencuba.
Pada saya menu ini seperti kuah kacang nasi himpit yang biasa tu. Selalunya dalam kuah kacang dicampurkan dengan daging atau hirisan ayam sebagai perencah. Tapi resepi ini istimewa sedikit sebab adanya potongan ayam di dalam kuah sebagai lauk bila dimakan bersama nasi himpit....jadi rasanya tak perlu lah lauk sampingan yang lain....jimat tenaga....jimat belanja....yang pentingnya sedappp!!
Di bawah ini, saya sertakan resepi asal seperti dalam majalah.


ROS AYAM BERKACANG


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12) *sy guna 10 ketul ayam
3 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar) *sy cuma buat 1 cawan penuh
1/2 cawan kerisik

1/2 cawan cili kering kisar
2 batang serai (dititik)
3 cawan air
1 kiub pati ayam
2 keping asam gelugor
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula

Bahan Kisar:
10 ulas bawang merah *sy guna 1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
3 cm inci halia
4 cm lengkuas
1 cm kunyit


Caranya:
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik aroma.
  • Masukkan cili kisar dan kacau sehingga bahan tumisan menjadi garing.
  • Masukkan ayam, digaul rata dan biarkan seketika.
  • Masukkan air, kacang, kerisik, pati ayam dan asam gelugor. Masak sehingga mendidih dan mesra.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masaklah sehingga pekat.
  • Taburkan bawang goreng dan hidangkan bersama nasi himpit atau ketupat.

Nota:
** Jika mahukan lebih pedas....sila tambahkan cili kisar
** Kuantiti kacang tanah ikut selera
** Tambahkan lagi sedikit air jika kelihatan terlalu pekat. Kepekatan kuah bergantung pada citarasa masing-masing.


9
Kek Lapis Coffee Cheese





Assalamualaikum...


Telah seminggu tak buka lappy.  Laman blog ini pun tak berupdate....terbiar sepi macam hilang tuan.   Bukan apa, semenjak dua menjak ini....banyak  masalah yang timbul....makanya mood untuk berblog pun jatuh merundum ....ahaa....bukan nilai saham je yang jatuh merundum tau....mood pun begitu juga....ikut keadaan semasa.
Bila tengah bersemangat perjalanan blog laju jer tapi bila moody, macam ni lah....slow sikit....
Tambah lagi  tiada menu istimewa yang boleh dikongsikan di sini....masak pun menu biasa-biasa je....itu yang perjalanan blog pun ikut sama tergendala.
Al-maklum lah kan, bila dah lama beristirehat....nak start balik....aduhai....payah sikit....nak kena warm-up dulu....




Dalam pada menyepikan diri tu....sempat jugalah mencuba satu resepi yang dah lama kepingin nak buat. Kek lapis ini adalah versi kukus dan tiada penggunaan tepung dalam adunan. Kek ini lebih kurang sama saja seperti kek kek lapis kukus yang lain. Biasanya kek yang dikukus teksturnya lebih moist dan lembut.
Ok lah, tak perlu berceloteh panjang lagi....jom kita ke resepi....



KEK LAPIS COFFEE CHEESE

Bahan A:
375 gm cream cheese
125 gm butter
70 gm gula kastor

Bahan B:
10 biji kuning telur
1 tin (300gm) kaya
1 tin (380gm) susu pekat manis

Bahan C:
180 gm cheese cracker [blend halus]

Bahan D:
10 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 tsp cream of tartar

Bahan E: [diayak bersama]
3 1/2 tbsp serbuk coffee segera (saya guna nescafe)
2 tbsp serbuk koko


Caranya:
  • Pukul bahan A sehingga kembang. Kemudian masukkan bahan B. Terus pukul lagi sehingga adunan jadi pekat. Masukkan pula bahan C, kaupbalikkan hingga rata.
  • Dalam bekas yang lain, pukul bahan D hingga pekat dan kental (soft peak form). Masukkan ke dalam adunan di atas sedikit demi sedikit sambil dikaupbalikkan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain manakala satu bahagian lagi dimasukkan dengan bahan E, kacau rata.
  • Gris dan alas loyang 8"sq.  Tuang dan ratakan 1/3 bahagian plain ke dalam loyang. Kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15-20 minit atau sehingga masak. Tuangkan dan ratakan pula adunan coffee, kukus lagi. Ulangi sehingga habis dengan tiga layer plain dan tiga layer coffee.

Nota: Setiap lapisan hendaklah betul-betul masak sebelum dilapiskan dengan lapisan baru


9
Mee Hoon Udang Lada Hitam


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Walau tiada entri terkini, SSK masih terus menerima kunjungan setia daripada teman-teman. Terima kasih diucapkan atas kunjungan anda semua yang sudi melapangkan masa menziarah laman SSK sepanjang tidak bersiaran.
Setelah seminggu dapur tidak berasap....hari ini dapur SSK bekerja semula seperti biasa. Ya lah kan....kita ni bukannya mesin ataupun robot yang boleh bekerja sepanjang masa....adakalanya harus berehat juga bagi menenangkan minda dan jiwa....jauh dari hiruk-pikuk kota. Alangkan mesin pun jika dipaksa terus-terusan bekerja boleh rosak....inikan pula kita manusia yang cuma ada tulang empat kerat....
Ok, lah mihun ni sebenarnya menu sebelum tuan rumah pergi bercuti....masa tu sibuk-sibuk packing....tak sempat nak post....hari ini baru berkesempatan. Tengoklah punyalah kaya dengan udang....sebab nak perhabiskan segala stok dalam fridgekan. Jom, semak resepi....


MEE HOON UDANG LADA HITAM

Bahan-Bahan:
1/2 bungkus mee hoon ( rendam dalam air sejuk sebentar)
10 ekor udang, digoreng sekejap
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
1 keping fishcake, dihiris nipis
3 pokok sawi, dihiris
2 biji tomato, dihiris
segenggam taugeh
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1 biji telur, dijadikan scramble
2 cawan air@ikut keperluan
Bahan Tumbuk/Kisar Halus:
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1/2 sudu besar biji lada hitam

Bahan Sos:
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos blackpepper
1 sudu besar sos ikan
garam seukup rasa


Caranya:
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumiskan hirisan bawang dan cili merah sehingga garing dan naik aromanya.
  • Masukkan rempah kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  • Masukkan hirisan tomato, batang sawi dan fishcake. Goreng sehingga lembut.
  • Masukkan air dan biarkan mendidih. Gaul dan rasa. Jika ada yang terkurang, tambah.
  • Masukkan mee, gaul dan balik-balikkan. Setelah mee lembut, masukkan daun sawi, tauge, telur, udang, gaul-gaul dan segera matikan api. Semasa menghidang taburkan bawang goreng.


1
Apam Balik Mini Labu Coklat Urai


Assalamualaikum...

Labu atau dipanggil dengan sebutan inggerisnya pumpkin lazimnya dicari untuk dibuat sayur lemak atau pengat. Padahal buah bewarna oren ini mempunyai kaya kandungan nutrisi dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan.
Sebelum ini apam labu sudah.....donut labu pun sudah....apakata kali ini apam balik dengan campuran labu. Pasti ada yang tertanya-tanya, haa....apam balik dengan labu....tak pernah dengar pun....apalagi makan....betul tak....?


Sebelum ini, saya juga tak pernah dengar apam balik campur labu....sehinggalah berjumpa resepi yang satu ini dalam majalah SEDAP. Dengan tidak berfikir panjang, saya cuba. Resepi asal bahan intinya ialah tapai pulut hitam. Tapi kan mana lah nak cari tapai pulut hitam tu kat sini....kat Indonesia banyak lah.  Makanya saya gunakan coklat urai@rice sebagai pengganti.
Ini lah hasilnya....apam balik labu yang sedap dan lembut....ditambah lagi dengan taburan kacang almond dan coklat rice....pasti disukai.... Ok lah, tak usah buang masa lagi jom semak resepi....


APAM BALIK MINI LABU COKLAT URAI


Bahan-Bahan:
250 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
1/4 sudu teh serbuk penaik
50 gm gula kastor
1/4 sudu teh garam
200 ml air
100 gm labu, kukus/rebus & lecek halus
1/2 sudu teh yis segera
3 biji telur
30 gm gula pasir
1/4 sudu teh soda bikarbonat
25 gm marjerin, cairkan

Bahan Inti:
marjerin sebagai sapuan
coklat urai@rice
                                                  almond nib/kacang tanah


                                         Caranya:
  • Campurkan tepung gandum, susu tepung, serbuk penaik, gula kastor dan garam. Kacau rata.
  • Tuangkan air dan labu sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan sehingga rata. Masukkan yis, kacau rata. Perapkan selama 30 minit.
  • Pukul ringan telur bersama gula pasir. Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau rata. Masukkan soda bikarbonat dan marjerin cair. Kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam kuali non stick tanpa perlu disapu marjerin. Biarkan ia mengembang.Tutup dan biarkan sehingga masak.
  • Sapukan nipis marjerin. Taburkan dengan bahan inti. Lipat dua dan angkat. Segera sapukan kulit apam balik dengan butter ketika masih panas supaya lebih lembut.


2
Homemade Cendol


Bila tengok ramai teman-teman buat cendol sendiri....saya pun tak nak ketinggalan mahu mencuba juga. Ini percubaan pertama saya dalam membuat cendol....rasa segan nak tunjuk sebab tak lawa macam teman-teman lain buat. Saya sendiri tengok lucu pun ada....mana tidaknya....cendol tu tak jadi panjang seperti yang jual tu....putus-putus....! Tapi tak mengapalah....lain kali boleh cuba guna acuan maruku pula. Saya letakkan jugalah resepi daripada Alaf21 ini di sini sebagai rujukan saya nanti.


HOMEMADE CENDOL

Bahan-Bahan:
20 helai daun pandan } dikisar
500ml air } & ditapis
sedikit pewarna hijau
1 camt. air kapur
150 g. tepung kacang hijau@hkwee
1 camB. tepung beras
430 ml air


Caranya:
  • Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
  • Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
  • Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
  • Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.


4
Dalca Ayam


Oleh kerana dah lama tak menjamu selera dengan dalca....maka hari ini saya masak lauk dalca sebagai menu keluarga. Lagipun kacang dhal merupakan diet yang baik untuk kesihatan kerana ia dapat meningkatkan metabolisme buah pinggang, mengekalkan fungsi otot dan kepadatan buah buah pinggang di samping melancarkan perjalanan darah ke jantung.
Saya gemarkan dalca kerana ada pelbagai campuran sayuran di dalamnya. Selalunya saya suka masukkan sekali pisang kari ke dalam....tapi puas saya cari....kat pasar malam pun tak ada. Dah terlanjur masak tu, saya masak lah  lebih sebab favorit anak-anak and dear hubby makan bersama roti ataupun roti canai.


DALCA AYAM

Bahan-Bahan:
1 cawan kacang dhal [rendam 1 jam]
10 ketul ayam
1 biji tomato, dipotong dadu
4 sudu makan rempah kari daging
5 biji buah pelaga *
5 kuntum bunga cengkih *
1 batang kulit kayu manis *
2 tangkai daun kari *
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
3 cawan air@secukupnya
garam & gula secukup rasa
minyak masak


Bahan Tumbuk/Kisar:
1 labu bawang besar
2 inci halia
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
sedikit serbuk kunyit

Bahan Sayuran:
3 biji cili hijau [dibelah dua tidak putus]
2 biji tomato [dipotong 4]
1 batang lobak merah [potong 3cm, belah dua]
2 biji kentang [dipotong 4]
2 biji terung [dipotong 2 inci, belah dua]
5 tangkai kacang panjang


Caranya:
  • Toskan kacang dhal dan rebus. Bila kacang setengah lembut masukkan ubi kentang dan lobak merah. Teruskan merebus hingga lembut. Ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan bertanda (*) diikuti dengan setengah bahan kisar. Tumis sehingga garing. Kemudian masukkan buah tomato dadu dan teruskan menumis hingga naik bau.
  • Satukan rempah dengan setengah lagi bahan kisar. Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Teruskan menumis sehingga rempah sedikit garing. Masukkan ayam, tutup kuali dan masak sehingga ayam empuk.
  • Bila ayam dah empuk, masukkan santan, air, asam, garam dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Setelah itu masukkan terung, cili hijau, kacang panjang beserta bahan rebusan tadi. Masakkan lagi hingga mendidih.
  • Rasakan asam dan garamnya. Akhir sekali masukkan buah tomato. Angkat.


2
Peria Tumis Telur Asin


Sayur peria mungkin tergolong dalam sayuran yang kurang popular. Disebabkab rasanya yang sedikit pahit menjadikan ia sebagai sayur paling kurang diminati terutamanya anak-anak remaja kini.
Walaupun pahit....namun disitulah terletaknya keistimewaan peria berbanding sayuran lain. Bak kata orang tua-tua....pahit itu adalah ubat manakala manis itu racun.

Dikatakan sayur peria berkhasiat untuk kesihatan:
Insulin pada peria berfungsi mengawal kadar glukos dalam darah....baik untuk pesakit diabetes. Selain itu peria juga berkhasiat dalam penulenan darah, penyakit buasir, baik untuk perut sebagai agen pencernaan membantu merangsang rembesan jus gaster yang bertindak menghalang sembelit. Manakala bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, amalkan saja memakan peria kerana peria merangsang hati merembeskan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan.

Khasiat lainnya,  baik untuk penjagaan mata melalui kandungan karoten yang tinggi, membantu menguatkan sistem imun dalam badan serta menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri ciri penulenan darah.


Haa....banyak sungguh khasiat peria dari sudut kesihatan dan kecantikan. Sebenarnya peria ni sedap kalau kena dengan cara masaknya. Masa sedang membelek-belek majalah SEDAP jumpalah dengan satu resepi sayur bersama telur asin. Tengok fotonya nampak menyelerakan. Saya pun cuba dengan cara saya sendiri mengikut bahan yang ada di dapur. Jom semak resepi....


PERIA TUMIS TELUR ASIN

Bahan-Bahan:
1 biji peria [buang biji, dihiris, rendam sekejap dalam air garam dan toskan]
2 biji telur asin
10 ekor udang sederhana besar (tak letak...sebab tak ada)
1 sudu makan taucu pedas
garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Kasar:
5 biji cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan


Caranya:
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing dan terbit aroma.
  • Masukkan udang dan taucu. Biarkan seketika hingga udang masak.
  • Kemudian pecahkan telur asin, biarkan seketika dan kacau sehingga berbutir kasar.
  • Masukkan peria dan tutup kuali. Masak sehingga peria empuk dan kuahnya sedikit kering. Tambahkan gula dan garam jika perlu.


10
Talam Kaswi Keladi


Kuih kaswi adalah sejenis kuih tradisi yang tidak asing lagi kepada penggemar kuih-muih Melayu. Namun kuih kaswi yang sering dinikmati hanya mempunyai satu warna iaitu coklat tua kerana gula melaka menjadi bahan pemanis utamanya.
Saya sering terfikir apa agaknya rasa jika kuih kaswi yang sedia ada ditambahkan dengan keladi atau keledek. Resepi ini dah lama berada dalam simpanan....cuma belum sampai seru. Jadi dengan rasa ingin tahu....saya pun cuba. Oleh kerana ini pertama kali mencuba....saya cuma buat suku resepi.
Tapikan nak bagitahu....menyesal betul....kenapa lah tak buat setengah ataupun satu adunan sekaligus....sebabnya tak sampai setengah jam lepas potong dah habis....



Anak-anak yang kurang gemar kaswi pun....makan sampai berebut-rebut....sedap punya pasal sampai tak cukup....
Kuih kaswi ini teramat lah marvellousnya....sedap sangat....terasa lemak-lemak keladi, sedikit kenyal....pendek kata rasa kuih kaswi yang kenyal-kenyal begini lah yang saya cari selama ini. Seronok....akhirnya ketemu jua dengan kaswi keladi idaman hati......





TALAM KASWI KELADI

Bahan-Bahan:
180 gm tepung beras
120 gm tepung ubi
70 gm tepung jagung
260 gm gula pasir
1200 gm santan [400 gm santan kotak + 800 gm air]
300 gm keladi tanpa kulit [rebus hingga empuk dan toskan airnya]
1 sudu teh esen keladi
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
pewarna ungu secukupnya


Caranya:
  • Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas)
  • Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.
  • Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.
  • Sapu minyak pada loyang dan tuangkan adunan putih dan ungu berselang seli.
  • Kukus adunan selama 40 minit dan sejukkan kuih sebelum dipotong. 
  • Dimakan tanpa kelapa pun dah cukup sedap sebab dah ada santan.


2
Kerabu Jantung Pisang


Hidangan kerabu sememangnya sedap sebagai juadah pembuka selera....terutamanya jika bulan puasa....tapikan tak payah tunggu bulan puasa pun....sebagai menu harian pun sedap. Bagi mereka yang gemarkan masakan kampung, jantung pisang semestinya dicari....tak kiralah apa jenis masakannya. Kebiasaanya jantung pisang direbus dan sedap dimakan bersama sambal belacan. Tapi keenakan jantung pisang bukan setakat direbus....ianya sedap dan enak juga dibuat kerabu.
Resepi ini asalnya daripada buku Air Tangan Sheila Rusly....diketengahkan oleh kak Raihan Shaari@Periuk Tanah dan disalin daripada Nieza@Our Journey Begins.
Terima kasih pada penyumbang resepi....izinkan saya panjangkan di laman dapur ini pula ya....



KERABU JANTUNG PISANG

Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam
*** tumbuk semua bahan A hingga lumat


Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak - saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
(buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah)
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin - gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus) - ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis - diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa


Caranya:
  • Didihkan air dalam periuk. Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan. Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....


3
Lepat Pisang Tepung Beras


Assalamualaikum...

Sungguh pantas masa berlalu....tanpa sedar dah berada minggu kedua march rupanya. Apakah ini petandanya akhir zaman semakin mendekati umat manusia sekalian....hanya Dia saja yang lebih mengetahui....
Petang semalam bila tengok di dapur ada pisang ....daun pisang pun ada....teringin pula nak melepat....lama tak makan.  Dulu masa kecil, bila teringin nak makan lepat pisang....boleh lah manja-manja minta bonda buatkan. Tapi bila dah berkeluarga, nak bermanja dengan siapa ya....nak tak nak terpaksalah buat sendiri.
Saya lebih suka lepat yang lebih pisang sebab rasanya lebih lembut....yang dijual tu kurang rasa pisang sebab lebih tepungnya....ya lah peniaga mana yang tak nak untung lebih kan....lebih-lebih lagi dengan harga barang yang serba mahal kini ....yang pasti lebih puas jika dibuat sendiri....



            LEPAT PISANG TEPUNG BERAS


Bahan-Bahan:

1 kg pisang emas ] dilenyek
200 gm tepung beras
110 gm tepung gandum
50 gm susu tepung
110 gm gula pasir
100 gm air
100 gm kelapa parut
daun pisang secukupnya


                                                         Caranya:
  • Gaulkan tepung beras, tepung gandum dan susu tepung hingga rata.
  • Masukkan pisang yang dilenyekkan bersama gula serta kelapa parut. Gaulkan hingga sebati sambil dimasukkan air sedikit demi sedikit.
  • Ambil sekeping daun pisang dan letakkan dua sudu makan adunan di atasnya.
  • Lipat memanjang dan kukus selama 25 minit.


Nota: Pastikan pisang dilenyekkan hingga halus dan tidak berketul-ketul. Ini mengelakkan adunan berketul dan tidak rata.




4
Muffin Kukus Labu aka Apam Labu


Jika semua perasankan, kehangatan menu daripada labu masih belum reda....tak habis-habis sana-sini duk tayang donat labu, apam labu, pengat labu, sayur labu....pendek kata semua lah tentang labu. Sebenarnya mencampurkan labu ke dalam adunan kuih moden, bukanlah perkara baru. Daripada apa yang dilihat, orang amerika sememangnya sangat suka membuat kuih-muih daripada labu. Ini kerana, campuran labu akan membuatkan kuih menjadi lembut dan memberikan warna cerah pada kuih.
Dapur SSK juga turut tidak terkecuali menerima tempias labu. Selepas mencuba donat labu, kali ini mencuba pula muffin labu. Muffin ni agak berbeza, selain dikukus....ianya menjadi sangat lembut dan manis kerana adanya campuran labu. Resepinya saya ambil daripada majalah SEDAP. Tak taulah kenapa dinamakan muffin sebab kelihatannya seperti apam....jadi rasanya tak salah dinamakan juga apam labu. Saya cuba simpan semalaman nak tengok macam mana....ternyata masih lembut dan rasanya lebih sedap.




MUFFIN KUKUS LABU aka APAM LABU

Bahan-Bahan:

200 gm tepung gandum
100 gm labu kuning, kukus dan lecek halus
125 gm gula kastor
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
100 gm santan pekat kotak
1 biji telur
30 gm minyak masak


Caranya:
  • Campurkan tepung gandum, labu kuning, gula kastor, serbuk penaik dan garam. Kacau rata.
  • Masukkan campuran santan, telur dan minyak masak. Kacau rata.
  • Tuangkan ke dalam acuan muffin rendah yang telah disapu sedikit minyak.
  • Kukus selama 15 minit sehingga masak dengan menggunakan api besar.


Nota: Saya gunakan papercup bersaiz 8cm yang dimasukkan dalam acuan berlubang (khas untuk buat apam supaya apam dapat mekar dengan cantik)....dapat 14 biji.




3
Cucur Maggi


Selamat petang semua....apa agaknya juadah minum petang anda hari ini ya? Saya cuma buat menu yang cepat dan ringkas saja. Kebetulan ada tinggal sekeping lagi maggi....nak digoreng sikit sangat....lastnya buat cucur. Sungguhpun ringkas, tapi paling laku dan disukai anak-anak....cukuplah sebagai pengalas perut menjelang waktu makan malam.


CUCUR MAGGI

Bahan-Bahan:
1 keping maggi
(patah-patahkan...rendam hingga lembut...dapat anggaran 2 cawan)
2 cawan tepung gandum
1 cawan air atau secukupnya
1/2 tsp soda bikarbonat
1 sudu besar mayonis
udang / ikan bilis,  ikut suka banyak mana
garam secukupnya

2 biji cili merah *
2 biji cili hijau *   
(* buang biji dan hiris halus)
1 pokok daun bawang & sup, dihiris

Bahan Ditumbuk Kasar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih




Caranya:
  • Satukan semua bahan dalam bekas. Masukkan air sikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan seperti membuat cucur.
  • Panaskan minyak. Celupkan hujung sudu ke dalam minyak panas. Sudukan adunan dan jatuhkan dengan hujung sudu ke dalam minyak. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos cili.




6
Ayam Sosha Istimewa


Sepatutnya nasi beriani dalam n3 bawah tu...lauknya ialah beriani ayam. Tapi saya tak buat sebab saya nak cuba bagaimana pula rasanya ayam sosha. Resepi dah lama print....ambil daripada mana pun tak ingat dah....yang saya ingat asal resepi daripada Pn Asma Laili....seorang tukang masak tersohor di Singapura. Saya suka dengan resepi-resepi beliau dan tak pernah miss tonton rancangan SEDAP di Astro Channel....
Ok lah berbalik pada menu, masakan ayam ini memang teramatlah sedapnya....wangi dengan aroma bawang goreng....laju jer makan bersama nasi beriani di samping juga acar darat tu. Berbaloi rasanya mencuba resepi ayam sosha ini....nak sedap lagi....simpan semalaman....keesokan panaskan.....rasanya akan bertambah mantap....sosnya ada rasa ala-ala acar buah masam-masam manis....hmmm....marvellous!!


AYAM SOSHA ISTIMEWA

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
(lumur dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng ½ masak)
1/2 jari kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puri
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan hirisan daun pudina
1/2 cawan air asam
sedikit madu
1/2 kg bawang kecil, dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis digoreng
1/2 cawan gajus, digoreng
sedikit kacang peas, hirisan tomato (untuk tabur)
sedikit minyak dan garam

Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
1/2 jari halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Caranya:
  • Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih.
  • Masukkan bahan kisar,  tumis hingga garing.
  • Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
  • Masukkan tomato puri dan sos tomato.
  • Masukkan daun pudina. Tuang air asam.
  • Masukkan madu dan garam. Masak hingga pekat.
  • Tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng dan bawang goreng. Gaul rata.
  • Barulah masukkan ayam goreng. Gaul rata.
  • Bila ayam sudah masak, masukkan gajus goreng. Gaul rata.
  • Tabur kacang peas dan hirisan tomato, hirisan daun pudina. Enak disajikan dengan nasi minyak atau nasi beriani.


0
Acar Darat


Acar begini memang sesuai sangat dipadankan dengan nasi beriani atau pun nasi minyak yang dah tersedia berminyak.  Walaupun acar ini ringkas tapi sedap, terasa udang keringnya dan rasa masam-masam manis tu buatkan selera makan bertambah-tambah. Tak sangka pula, anak-anak pun suka dengan acar ini. Resepi saya cedok daripada  SINI.



ACAR DARAT

Bahan-Bahan:
2 biji timun, kerat, belah 2, buang empulur dan hiris macam anak mancis *
3/4 camca teh serbuk kunyit *
1/2 camca teh garam* (*digaul rata)
1 batang lobak merah, buang kulit, hiris dan potong macam anak mancis
1 biji lada merah, belah dua, buang biji, hiris macam anak mancis
1 biji lada hijau, belah dua, buang biji dan hiris macam anak mancis
10 biji bawang merah, belah 2 setiap biji
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap biji
1 inci halia, hiris halus
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1/3 cawan cuka makan
sedikit biji sawi *yg ini saya tambah
gula dan garam secukup rasa


Caranya:
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan biji sawi  hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
  • Tambah gula (dalam 1/4 cawan), dan bila gula memekat, masukkan lobak merah, hirisan cili hijau dan merah, kacau hingga rata. Masak sekejap dan masukkan timun (toskan dahulu). Gaul hingga sebati. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  • Masak hingga sedikit kering dan timun sedikit lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih...




0
Nasi Beriani


Assalamualaikum...

Terima kasih buat semua pengunjung yang terus setia mengunjungi SSK dan selamat datang kepada mereka yang pertama kali berkunjung.  Diharapkan kunjungan anda ke SSK akan berterusan dengan tiada rasa jemu, ya...
Entri hari ini sebenarnya adalah hidangan kami pada hujung minggu lepas. Bila semua dah berkumpul, apa salahnya penuhi masa emas itu dengan memasak hidangan yang lebih istimewa untuk makan-makan sekeluarga....ya lah bukan senang kan nak dapatkan masa berkualiti begini....melainkan cuti hujung minggu saja. Untuk itu saya mencuba satu resepi nasi beriani mudah yang tidak langsung memerlukan rempah beriani. Resepi saya ambil dari SINI.  Ok lah, jom....


NASI BERIANI


Bahan-Bahan:
3 pot beras Basmathi dicuci dan ditoskan
3 pot air
1/2 pot yogurt ( boleh digantikan dengan 1/2 pot susu pekat dicampurkan dengan 2-3 sdb perahan air limau nipis)
Sedikit garam mengikut rasa
3 biji lada merah }
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
sedikit pewarna kuning *tak guna sebab nasi dah kuning semulajadi
saffron(koma-koma)  *tak guna saffron sebab tak ada
3 sudu besar air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotong sepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka



Caranya:
  • Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
  • Tumis bwawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
  • Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
  • Apabila mendidih, masukkan beras.
  • Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
  • Apabila nasi tlah masak, ambilkan minyak dari lauk beryani dan diletakkan kedalam nasi. Ambil jugak sedikit dari rempah beryani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
  • Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan  air mawar bersama saffron. Renjis-renjiskan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar
  • Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi