3
Salam Aidilfitri...Minal Aidin Wal Faizin





Sejalan Dengan Berlalunya Ramadhan Tahun Ini 
Kemenangan Akan Kita Gapai 
Dalam Kerendahan Hati Ada Ketinggian Budi 
Dalam Kemiskinan Harta Ada Kekayaan Jiwa 
Dalam Kesempitan Hidup Ada Keluasan Ilmu 
Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah SWT 
Kami Sekeluarga Menghulurkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 H 
Taqobalallahu Minna Wa Minkum 
Mohon Maaf Zahir Dan Batin


Salam buat semua pengunjung Singgahsana Kitchen.....
Hanya tinggal beberapa hari saja kita berada di Ramadhan ini. Berlalunya Ramadhan menandakan Syawal bakal menjelang.  Sempena kedatangan Syawal yang mulia ini SSK menyusun jari sepuluh memohon jutaan kemaafan kepada semua sekiranya terdapat keterlanjuran kata tanpa disedari sepanjang SSK melakarkan coretannya di sini.

Singgahsana Kitchen mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri Minal Aidin Wal Faizin kepada semua follower, readers dan pengunjung blog ini walau di mana jua berada serta tak lupa pada rakan-rakan blogger yang mengenali SSK. Semoga kita termasuk dalam golongan yang kembali kepada fitrah dan beroleh kemenangan.....dan hari lebaran ini akan memberikan sejuta pengertian serta kegembiraan pada semua.....


4
Biskut Kelapa



Tinjau sana tinjau sini.....semua umah duk berlumba-lumba buat tayangan perdana biskut raya.....hehheh.....memikat hati semuanya..... 
Minggu lepas sempat jugaklah saya berprojek kukis mengukis nih.....ingat raya this year tak nak buat banyak-banyak.....cukup lah sekadar dua tiga jenis.....bukan apa menyahut seruan kerajaan berjimat cermat.....ayat cover line lahh tuu.....tau tak per.....kihkihkih..... 
Ye lah raya nanti adik beradik lain pun bawa balik biskut.....kumpulkan semua.....banyak jugak.....mau penuh satu meja.....mana plak nak diletakkan hidangan lain, kann.....




Sebut je biskut kelapa mesti ramai muda belia kurang berminat.....mana taknya biskut-biskut  seangkatannya ini.....sinonim dengan biskut orang lama. Tapi kalau diperhatikan sekarang, dah banyak resepi biskut lama diolah semula untuk disesuaikan dengan citarasa orang-orang sekarang serta dihias cantik.....samada dicelup atau dilorekkan dengan pelbagai warna coklat. 




Banyak-banyak biskut kelapa, saya tertarik untuk mencuba resepi yang satu ini. Jika lihat pada bahannya.....saya tau memang sedap sebab banyak gunakan kelapa selain badam. 
Tepat sangkaan saya, biskut yang sungguh mabeles.....penuh dengan rasa kelapa, lemak-lemak, manisnya just nice, sungguh gebu, rangup dan paling penting rasanya mirip sekali dengan bangkit kelapa.....cair di mulut....teramatlah sedaappnya!!  Dah lama mencari biskut rasanya seperti ni.....akhirnya kini ku temui.....Resepi yang semestinya disimpan. Tqvm,  kepada penyumbangnya.....



BISKUT KELAPA 
Sumber : Puteri Manja (FB)


Bahan-Bahan : (120-130 keping)
 225 gm tepung jagung "Brown & Polson" (cap kupu2) *
150 gm tepung gandum *
1/2 camca teh baking powder * (*disatukan & diayak)
 125 gm gula aising
75 gm kelapa kering 
(dibakar sebentar then dikisar halus...bakar dlm 5-7 minit > sy sangai dlm kuali jer)
25 gm serbuk badam
1 biji telur gred A (berat lebih kurang 60gm sebiji)
1/2 camca teh sesen vanilla
155 gm butter


Untuk Hiasan :
 ceri merah, didadu kecil
kelapa kering (saya guna toasted coconut)
kuning telur untuk sapuan




Caranya :
  • Satukan kelapa kering yang dikisar dengan serbuk badam dan tepung-tepung tadi. Ketepikan.
  • Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan-akan serbuk roti.
  • Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat-bulatkan doh dan tutup dengan tuala lembap.
  • Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susun dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 12-14 minit @ ikut oven masing-masing. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


17
Chocolate Cornflakes



Assalamualaikum...


Pasti sekarang ramai kaum ibu tak menang tangan.....sibuk dengan persiapan raya yang bakal menjelang.....especially biskut raya.  Pada mereka yang gemar menyediakan biskut sendiri.....inilah masanya paling sesuai mencuba pelbagai resepi yang berkenan di hati.....kalau boleh.....satu meja tu nak dipenuhkan dengan homemade cookies. Hati akan rasa puas dan berbunga bangga.....bila semua tetamu memuji keenakan cookies kita .....seronok kann kalau camtu......




Dengan harga barangan yang kian meningkat dah tentu-tentunya memberi kesan dalam peningkatan harga jualan biskut raya di pasaran.  Makanya buat sendiri lebih berbaloi-baloi dan jimat.....selain keluarga, sanak saudara dan sahabat handai dapat merasai sendiri air tangan kita...betul tak.....untung-untung andai biskut kita tu memenuhi citarasa mereka.....siapa sangka satu hari nanti kita bakal menerima tempahan menggunung.....jadi tokeh cookies yang berjaya.....mana tau kann.....rezeki ni kalau nak datang tak kira masa.....




Setiap tahun raya, cookies cornflakes ni pasti tak lupa saya masukkan dalam list. 
Cornflakes coklat ni  selain mudah disediakan.....juga sedap.....semestinya menambat hati kanak-kanak.
Resepinya dah pernah saya masukkan dulu.....boleh lihat SINI.
Jika post terdahulu saya gunakan 100% cornflakes tapi kali ini saya campurkan cornflakes dengan cococrunch dan cocoa crispies.....maintain sedap.....!!
Sebenarnya nak campur apa pun boleh.....terpulang.....ikut suka masing-masing.....
Ok lah....jom layan resepi.....



CHOCOLATE CORNFLAKES
sharing : Iza Akma@SSK


Bahan-Bahan :
( lebih kurang 100 biji )

1 kotak besar cornflakes(325gm)
(sy buat campuran cornflakes + cocoa crispies + cococrunch)
1 sudu besar madu
5 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu besar gula
6 bar cooking chocolate/450gm (sy buat 500gm)
3 sudu besar peanut butter *optional
50gm cocoa butter  
(sy gantikan dgn shortening, fungsinya sama > utk mempercepatkan proses coklat membeku)
manik hiasan jika suka
papercup secukupnya


Caranya:
  • Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair.
  • Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.
  • Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.
  • Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan. 




Tips :  
~~~~~
*Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain. Cubalah.. insyaALLAH sedap..
*Jika coklat sudah mula sejuk, cornflakes payah sket nak stick antara satu sama lain.
Cara saya > setelah cornflakes dimasukkan ke dalam coklat yang dicairkan.....kacau sebati. Kemudian letakkan bekas berisi cornflakes yang dah bersalut coklat tu diatas periuk nasi elektrik yang berisi air panas & on plug.....supaya cornflakes tak beku & senang nak masukkan kedalam paper cup.


1
Puding Tembikai




Assalamualaikum...


Dalam tak sedar, kita dah berada dalam minggu ketiga berpuasa.....sekejap jer rasanya masa berlalu....
Ermm.....nak bebel apa yer petang ni....
Memandangkan kepala pun masih serabut lagi ney.....idea pun dah kontang nak menulis.....kita layan menu jer lah terus.....okay, jom.... 




Puding ni buat semalam untuk berbuka.....dapat juga menyejukkan tekak setelah seharian berpuasa. 
Dah lama intai kat dapur kawan-kawan.....baru semalam dapat merealisasikannya.....org lain dah laju ke depan kita baru nak mencuba.....hihi.....kes nak perabihkan lebihan roti dan cincau dalam fridge tu.....tak elok membazir kann.....
Puding ni memang sedap.....terima kasih bebanyak kepada penyumbang resepi.....




PUDING TEMBIKAI 
By : Cendana Kasih 
Sharing : linapg.blogspot.com & Iza Akma@SSK


Bahan-Bahan : 
1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g) 
2 keping roti gardenia * 
6 cawan air (4cwn air) 
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula) 
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) * 
1 cawan susu cair (sy tambah) * 
2 sudu besar mentega 
1 sudu kecil esen vanila 
cincau, dipotong dadu kecil 
sedikit pewarna hijau/merah (sy tambah stoberi emulco) 


Caranya :
  • Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.
  • Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend halus.
  • Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
  • Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy guna 1cwn. Biarkan keras sedikit.
  • Pastu sedikit lagi warna asal (sy guna 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  • Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Biar sejuk.
  • Simpan ke dalam petisejuk.




3
Lemak Udang Dengan Peria




Salam hari Sabtu semua. 
Bila sebut peria, pasti ramai tidak berapa gemar kerana rasanya yang pahit lebih-lebih lagi peria katak. Kenapa namanya peria katak.....heheh.....mungkin kerana rupanya tu kot. Peria ni selain sedap dimasak lemak juga sedap direbus dan dicicah bersama sambal belacan.....pahit pada siapa yang tak suka.....tapi sungguh menyelerakan pada mereka yang menggemarinya. 




Lagipun ada pendapat mengatakan, peria jenis ni boleh jadi penawar kepada penyakit hipertensi dan diabetes.....kerana ia mampu menurunkan tekanan darah dan paras gula dalam darah.....pesan orang tua-tua kita, yang pahit itu ubat sementara yang manis itu penyakit.....heheh..... 
Oh ya, untuk mengurangkan pahit peria katak ni.....selepas disiang, rendam dalam air garam. Tapi kekadang tu.....saya tak rendam pun sebab nak rasa pahit-pahitnya tuu.....tu yang sedapp.....
Tapi terserahlah pada selera masing-masing.



Kalau masak lemak gini nak-nak dicampur udang.....alamatnya udang yang habis dulu.....biasa laa.....anak-anak kaut udang jer.....perianya tinggal.....sapa lagi yang kena habiskan.....tukang masak laa jawabnya.....tapi tak ada masalah kerana saya cukup suka peria.....kekadang ratah macam tuu aje.....
Apa pun resepi daripada CMG ni memang sedap.....menyelerakan.....



LEMAK UDANG DENGAN PERIA


Bahan-Bahan :
6-7 biji peria katak
10 ekor udang bersaiz besar
1 helai daun kunyit, disiat2
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Sedikit air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa


Bahan Di Kisar Halus :
20 - 25 biji cili padi merah siam (boleh kurangkan)
1/2 inci kunyit hidup
1 inci cekur, hiris (sy tak letak)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan




Caranya : 
  • Peria katak dibelah dua setiap satu, buang biji dan rendam dalam air berisi garam. Udang dikerat hujung kepalanya, buang kotoran, cuci bersih dan toskan. 
  • Dalam periuk, satukan udang dengan bahan kisar halus, serai, asam gelugor dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan kacau, bila mendidih, masukkan peria katak, tuang sedikit air jika ingin lebih kuah. 
  • Tambah santan pekat, garam secukup rasa, secubit gula dan daun kunyit, kacau perlahan hingga mendidih dan peria sedikit lembut, gunakan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...