1
Ikan Bawal Masak Merah



Assalamualaikum...


Dah dekat sejam duk depan lappy ni, tulis satu dua ayat pas tu delete.....tulis lagi, delete lagi..... Masih duk tunggu lagi nih apa lahh bahan nak ditulis.....sedangkan ada keje lain yang beratur menunggu untuk dibereskan. Ntah apa kenalah hari ni, tulis tu tak kena tulis ni tak kena. Sorry semua ya.....memang hilang kata-kata betul petang ni.....tak boleh nak duduk lama di sini. Apa apa pun jom layan resepi lah terus.....jom.....




IKAN BAWAL MASAK MERAH
source : Mesra.Net Resepi 
sharing : Iza Akma SSK 

Bahan untuk menggoreng ikan
1 ekor ikan bawal hitam 
1 camca kecil kunyit 
2 cubit garam 

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih 
½ inci halia 
1 batang serai (saiz sederhana) 

Bahan Lain :
3 camca besar cili boh 
1 camca besar sos cili 
1 batang kayu manis 
2 biji buah pelaga 
2 kuntum cengkih 
1 kuntum bunga lawang 
1 batang cili merah (dibelah 2 memanjang) 
1 batang cili hijau (dibelah 2 memanjang) 
1 biji tomato (dipotong ikut suka) 
1 labu bawang besar (dimayang) 
1 camca kecil gula 
garam secukup rasa 


Caranya

1. Pertama sekali, gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam sehingga rata. Ggoreng sehingga garing. 
2. Sementara menunggu ikan itu garing, kisarkan bahan-bahan untuk dikisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia & serai sehingga halus. 
3. Setelah ikan yang digoreng garing, angkat lalu masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali untuk ditumis. Dalam masa yang sama sila masukkan sekali bahan lain seperti cili boh, sos cili, kayu manis, buah pelaga, cengkih, & bunga lawang. Kacau-kacau ia sehingga cilinya masak dan naik minyaknya (agak-agak dalam 5 minit sehingga naik baunya) 
4. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau & bawang besar yg telah dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Kacau-kacau ia dalam masa 1 minit, lepas tu boleh tutup api. 
5. Letakkan ikan di dalam mangkuk dan curahkan kuahnya di atas ikan tersebut. Dan boleh lah dihidangkan dan dimakan segera bersama nasi. 

kalu nak hias letaklah daun sup ke daun ketumbar pun bole... kalu nak laa... tapi bagi saya, tak payah letak pun takpe, sebab dalam kuah tu dah ada cili merah ngan hijau & bawang besar sebagai penyeri dia,...ikut suka daa.... Selamat Mencuba !!


7
Pengat Pisang Candil Keladi



Assalamualaikum...


Dah jadi kebiasaan di rumah ni mesti nak ada juadah minum petang. Nak kata kemestian tu tak lah. Tapi sekurang-kurangnya adalah hidangan untuk dijamu petang-petang begini. 
Agaknya apa pula menu kawan-kawan untuk minum petang hari ni ya.....?




Semalam beli pisang nangka sesikat.....tekak ni mengidam pula nak makan pisang nangka goreng. Selepas digoreng petang semalam ada berbaki sikit lagi. Pagi tadi kepala dok fikir, nak buat apa dengan lebihan pisang ni. Nak dibuat pengat rasanya tak cukup.....lagi pula anak-anak memang suka sangat pengat pisang. Kepala ni dok fikir lagi nak tambah apa supaya pengatnya nampak banyak. Dapat idea daripada majalah SEDAP.....tambahkan dengan candil. Terus cari balik resepi candil yang telah diprint agak lama dulu. Resepi candil tu menggunakan labu tapi sebab labu tak ada yang ada cuma keladi.....keladi pun keladi lah.....
Jadi ini lah dia menu minum petang saya sekeluarga, pengat pisang bersama candil keladi.




Minta maaf Yatie ya, sebab memandai jer tukarkan labu dengan keladi.
Thanks Yatie sharekan resepi candil yang sedap.....apa-apa pun next time nak kena try juga dengan labu.



PENGAT PISANG CANDIL KELADI 
source : yatiememories
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cwn labu rebus, toskan dan lecek halus >sy ganti dgn keladi
sedikit garam
Air secukupnya - utk merebus bubur candil
** sedikit pes keladi/esen keladi
** sedikit pewarna purple

2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ketul gula melaka - racik halus dan masak hingga hancur + 1 cwn air & tapiskan >yg ni sy tak buat
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
 ** sedikit garam
** sedikit gula merah
** pisang nangka  
(** bahan yg sy tambahkan)




Caranya : 
  • Labu/keladi yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus. 
  • Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk. Masukkan labu/keladi yg telah di lecek tadi (bersama sedikit pes keladi dan pewarna purple). Uli hingga menjadi doh, tak perlu tambah air sbb labu dah berair. Uli lagi sehingga menjadi doh lembut. (sy masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.....bergantung pada kelembutan doh.....uli hingga jadi doh yang lembut)
  • Didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih. 
  • Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan. 
  • Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi. 
  • Masukkan bebola candil tadi (bersama pisang) dan masukkan juga daun pandan...gaul sebati. 
  • Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.


3
Donut Tofu Lembut



Assalamualaikum...


Bersiaran kembali. Agak lama juga laman dapur ni tidak berupdate. Pada yang terus berkunjung, terima kasih lah banyak-banyak walau tak nampak bayang n3 terbaru di sini. Pada mereka yang follow tu,  tqvm kerana kesudian anda menambah bilangan follower for SSK. Kesudian anda semua (readers/follower) menghidupkan SSK cukup saya hargai. Jika ada antara mereka kunjungannya belum sempat dibalas dan mana-mana komen manis anda yang masih belum terjawab.....harap bersabar yer. Kebelakangan ni agak sibuk sikit dengan rutin harian. Nak berblogwalking lama-lama ke dapur teman-teman pun masa agak terbatas.....kekadang tu masuk dapur sana sekejap.....dapur sini sekejap.....semua sekejap-sekejap.....jadi silent reader jer baca n3 terbaru mereka.




Tofu@tauhu is my favourite. Tofu sumber lauk berkhasiat, murah, mudah di dapati dan sedap dijadikan apa menu sekalipun. Ada yang kata selalu makan tofu boleh buat kulit lebih anjal, lebih sihat dan awet muda.....betul ke tidak, tak tau lah. Kalau fikir-fikirkan mungkin ada kebenaran kerana tofu mengandungi tinggi kandungan protein dan kalsium, rich in iron, vitamin B, rendah lemak, rendah/bebas kalori serta kaya serat. Tofu bukan saja bagus untuk kesihatan tapi juga boleh disenaraikan salah satu makanan yang boleh dicuba untuk menurunkan berat badan.
Jika ada lebihan tofu.....dah tak tau nak dimasak apa lagi.....apakata cuba resepi donut ini. 
 Donutnya lembut dan sungguh sedap !!




DONUT TOFU LEMBUT
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
300 gram tepung gandum
125 gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160 ml susu suam@air suam
40 gram shortening
4 sudu besar gula
6 gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder

sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut



tofu lembut yang digunakan (**pic courtesy jintanmanis)

Caranya :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.




Nota:  
Menurut Ros, selain dibentukkan gegelang.....donut taufu ni juga boleh dibentuk seperti anyaman dan dipintal, lepas tu goreng macam biasa. Untuk kelainan toppingkan saja donut ikut selera masing-masing, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut ini.....


4
Kerutup Ayam



Assalamualaikum...


Teringin sangat nak menikmati masakan kerutup yang menggunakan rempah ratus asli.  Rempah siap adabi tu tak nak.....nak rempah yang ori lagi fresh. 
Pergi lah merayap melepak kat umah Cik Mat selongkar resepi. Selak punya selak jumpa satu resepi kerutup yang menurut Mat asalnya dari buku masakan 'Norzailina Nordin'.....namanya 'kerutup udang galah' .....Alamakk,  udang laah.....alahai.....
Aah gasak kau lah resepi, udang ku tukar dengan ayam. Sebab tu nama pun ditukarkan menjadi kerutup ayam.
Apa-apa pun resepi ni.....sedap.....two-thumbs up...!!




KERUTUP AYAM
source : MatGebu
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar) > sy gantikan ayam
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar




Caranya :
  • Udang dibersihkan, buang kotoran di kepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
  • Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
  • Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
  • Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....Sedapppp!!, tak caya luu boleh try sendiri beb!!!!


2
Banana Chocolate Chiffon Cake



Assalamualaikum...


Sekarang dah masuk minggu kedua Syawal....ramai lagi yang masih dalam mood raya. Kalau minggu lepas suasana kampung halaman cukup meriah menyaksikan kepulangan warga kota bagi sambutan lebaran. Setelah seminggu, kini suasana kota kembali sibuk.....balik kepada rutin asal..... 
Seperti kebiasaannya,  sepanjang Syawal ini keadaan trafik di ibukota akan sentiasa padat dengan kenderaan bertali arus.....memandangkan ramai yang akan mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri atas jemputan sahabat handai, rakan taulan, saudara mara. Adanya majlis sebegini, secara tak langsung dapatlah saling mengenali selain menjalin silaturahim sesama insan. Bak kata orang, yang jauh kita rapatkan.....yang dekat kita eratkan.....




Okey, berbalik pada n3..... 
Sebelum ni dah pernah juga buat cifon. Bila yang pertama tu sukses, teruja pula nak try yang lain. Resepi ni dah lama terperap sebenarnya cuma tunggu masa aje. Saya setuju dengan Ita, kek cifon ni ada kelainan daripada kek cifon yang lain-lain tu. Rasa tak yah cakap memang tip top! Sedap sangat! 
Keunikan kek ni pada teksturnya.....sangat lembut dan lembap-lembap gitew! ...tidak kesat sebagaimana cifon yang lain. Gabungan rasa coklat dengan pisang memang secocok.....sepadan.....buatkan saya jatuh cinta pandang pertama dengan cifon ni.....
Confirm habislah,  pada sesapa yang first time mencuba tu.....pasti jatuh hati.....tak caya, cuba lah.....




BANANA CHOCOLATE CHIFFON CAKE 
by: Rima 


20g cocoa powder (I used koko black) 
60 ml hot water 
100g banana - mashed/ blender smooth 
35g of cooking oil 
1/2 tsp chocolate paste 
85g low protein flour (cake flour) 
1 tsp ground cinnamon (i used 1/2 tsp.. will use 1/4 tsp next time) 
1/2 tsp baking powder (I used double action baking powder) 
75g caster sugar 
5 egg yolks 
5 egg whites 
1/4 tsp salt 
75g caster sugar 


  • Dissolve cocoa powder in hot water. Add bananas, cooking oil, chocolate paste. Stir well. Set aside. 
  • Sift flour, cinnamon and baking powder (i sifted it 3x). Add sugar. Stir well. Pour the cocoa powder mixture a little at a time into sifted dry ingredients. 
  • Add in egg yolks. Stir well. Set aside. (I whisk sugar and egg yolks using stand mixer till pale.. add in cocoa powder mixture, bananas, oil and chocolate paste and continue to whisk at low speed.. Add batter into sifted dry ingredients) 
  • Beat egg whites and salt until half inflate. Add sugar a little at a time and continue to whisk till stiff peak. 
  • Add like 1/3 of egg white into chocolate batter and fold in gently and lightly.. add the rest of chocolate batter into egg white and continue to fold in gently. Pour into 20 cm diameter ungreased chiffon pan (I used 22cm) Bake in preheated oven of 170C for 70 mins



KEK CHIFON PISANG COKLAT 
sharing : Iza Akma SSK


Bahan A 
20 g serbuk koko - ita guna Tudor Gold > sy guna serbuk koko biasa..
60 ml air panas 
100 g pisang - dilenyek atau kisar halus 
35 g minyak masak - ita guna Mazolla > sy guna minyak masak je..
1/2 sudu kecil paste coklat - ita guna coklat emulco 
75 gm gula caster 
5 biji kuning telur 

Bahan B 
85 g tepung kek 
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - ita tak letak > sy pun ..
1/2 sudu kecil baking powder - ita guna double action baking powder > sy pun..

Bahan C 
5 biji putih telur 
1/4 sudu kecil garam halus 
75 gm gula caster 


  • Larutkan serbuk koko dgn air panas. 
  • Bancuh bahan A hingga sebati. Masukkan B yang telah di ayak dan gaul hingga sempurna. 
  • Pukul putih telur dan garam di C hingga kembang. Kemudian tambahkan gula castor dan pukul lagi hingga kental dan bertanduk. 
  • Ambil 1/4 bahagian putih telur dan gaulkan dgn adunan kuning telur dan sebatikan hingga rata. 
  • Masukkan semua baki putih telur dan gaulkan lagi adunan hingga rata semuanyer. 
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan kek angel pan berdiameter 22 cm. bakar pada suhu 170C selama 70 minit. Ita bakar selama 1 jam suhu 160C mengikut kepanas oven.