7
Nasi Kismis



Assalamualaikum...


Salam manis daripada saya buat pengunjung semua. 
Cuti hujung minggu semalam banyak masa terluang.  Jadi saya gunakan kesempatan itu untuk memasak sesuatu yang istimewa for lunch. Kalau untuk lunch, menu apa lagi kalau tidak nasi.

Menu kali ini saya pilih daripada buku Resepi Kenduri Kahwin oleh YM Raja Rosly Bin Raja Mazlan atau lebih dikenali umum dengan panggilan ‘Pak Engku’. Siapa yang tidak mengenali beliau, pemilik diploma dalam jurusan Perhotelan & Catering. Malah beliau juga adalah pengasas Kuzie Catering & Wedding Planner yang telah dimulakan secara rasminya pada tahun 1994 dan beroperasi di Shah Alam, Selangor. Pelanggan beliau bukan saja terdiri daripada kenamaan, tetapi juga popular dikalangan artis dan selebriti sehingga beliau di iktiraf oleh pihak media sebagai Chef Selebriti.




Kalau nak merasai sendiri air tangan Pak Engku secara live agak payah lah sikit.
Tapi dengan adanya resepi yang beliau turunkan dalam buku ini secara tak langsung dapat juga kita rasa betapa istimewanya resepi masakan beliau.
Salah satunya resepi Nasi Kismis ni.....memang sedap.....delicious! Tidak hairan lah kalau para pelanggannya terdiri daripada artis-artis and VVIP.....ternyata masakan beliau memang ada taste.....



NASI KISMIS
by Pak Engku-Resepi Kenduri Kahwin
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
1 kg beras basmathi
100 gm minyak sapi
100 gm marjerin
1 liter air
1/2 tin susu cair
20 gm kismis
10 gm badam
10 gm gajus
1 sudu makan rempah kari
garam / perasa secukup rasa

Bahan Tumis :
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia * ( * dikisar )
5 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar - potong 1/2 inci


Caranya :
 ❀  Panaskan marjerin. Gorengkan dahulu kismis, badam dan gajus berasingan. Angkat dan ketepikan.
 ❀  Tambahkan minyak sapi kepada marjerin dan biarkan panas. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar tadi.
 ❀  Masukkan bahan tumisan yang lain bersama rempah kari. Kacau hingga tumisan dan rempah agak garing dan naik baunya.
 ❀  Masukkan air, susu cair dan garam juga sedikit gula sebagai ganti serbuk perasa. Biarkan ia mendidih.
 ❀  Sementara itu masukkan beras dalam rice cooker. Bila bahan yang dimasak tadi dah mendidih terus tuangkan dalam rice cooker. Kacaukan sebentar hingga rata dan tutupkan periuk. Biarkan nasi masak.
 ❀  Bila hampir masak masukkan kismis, gajus, badam dan kemudian biarkan nasi masak.


.....bertambah-tambah enak Nasi Kismis ni bila saya gandingkan bersama
Ayam Syahjahan dengan Acar Timun Nenas


6
Kari Kering Jantung Pisang



Assalamualaikum...


Gulai lemak atau rebus jantung pisang dicicah bersama sambal belacan merupakan juadah yang lazim disediakan dan didengar oleh kita semua.
Sebelum ini saya pernah kongsikan dengan semua pengunjung resepi Jantung Pisang Goreng Pedas (nak tahu boleh cari di Menu Index, ya......). Kekadang bila masak jantung pisang dengan menu yang sama.....jemu lah. Sesekali nak juga masak dengan menu berlainan.....setidak-tidaknya kerja memasak taklah membosankan sangat.....kan,kan.....
Kali ni saya nak share satu resepi jantung pisang yang agak menarik untuk dicuba.




Pernah tak anda tahu atau dengar jantung pisang dimasak kari?
Saya pun ini lah first time memasak dan merasa kari jantung pisang. Bunyinya agak pelik tapi pada saya lah kan, sedap.....memang lain daripada yang lain. Pada sesiapa yang ingin tahu macam mana rasanya dipersilakan mencuba, wokey.....
Cuma lain kali kalau saya masak lagi, saya akan tambahkan kuantiti cili pada bahan tumbuk atau tambahan sedikit cili kering kisar.....Terima kasih banyak-banyak pada penyumbang resepi,  Puan Ros.....izinkan saya turunkan resepi di sini yer.....



KARI KERING JANTUNG PISANG
source : Puan Ros 
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
sebiji jantung pisang sederhana besar
4 sudu besar santan kara
2 sudu besar rempah kari
2 sudu jus limau nipis
5 biji cili padi dipotong halus
1/2 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk :
1 biji bawang besar (separuh ditumbuk
dan separuh di potong nipis)
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
segenggam udang kering halus >iza guna 2 sdm isi udang kering


Caranya :
  • Jantung pisang dibuang lapisan kulit luar yang agak keras. Potong 2 dan dihiris nipis. Campur bersama 2 sudu garam, basuh bersih dan toskan airnya. 
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga terbit bau. Masukkan pula serbuk kari dan tumis sebentar lagi.
  • Masukkan jantung pisang dan kacau sebati. Tambah santan dan kacau.  Masukkan cili padi. 
  • Masukkan semua bahan perasa dan masak hingga agak kering dan pecah minyak (.....bila dah agak kering & cukup rasanya iza tutupkan api, baru masukkan jus limau.....kacau rata-rata)
  • Angkat dan hidang bersama nasi panas. 


masa photo shoot nie, jantung pisang baru jer masak.....tengah panas lagi
kelihatan agak sedikit berkuah tapi jika dibiarkan seketika dgn sendirinya kuah akan jadi kering.....


8
Puding Kek



Assalamualaikum...


Salam manis buat pengunjung semua. Bersua kembali kita hari ini.
Masa selongkar-selongkar petisejuk, ghupernya terselit satu bar kecil kek lapis dalam nun. Ini mesti kek lebih raya hari tu. Setelah dibelek-belek keknya masih elok, rasanya pun maintain lagi.....takde siapa yang berminat lagi nak makan.....nak dibuang sayang pulak rasanya. Nak buat kek dalam kek, semangat membaking jatuh menjunam. Ingat hati nak buat yang simple-simple yang tak banyak ambil masa. Terus teringat dengan sejenis puding yang berisi kek dalamnya. Haaa.....jangan tak tau, kek pun boleh dibuat puding tau.




Pertama kali saya jumpa kek dalam puding ni, pada bazar ramadan tahun lepas.....puding kek buah.
Then seolah dah jadi popular pulak, jumpa lagi  kat bazar ramadan baru-baru  ni.....tapi kali ni menggunakan kek coklat. Dah lama berkenan nak mencuba. Sementara kek berada depan mata, boleh lah try puding yang agak special ni. Hasilnya tidak mengecewakan.....kira berbaloi jugak lah mencuba selain tidak membazirkan kan. Bila kek yang tak laku tadi berubah menjadi puding.....laku laa pulak.....sekejap jer dah habis kena ngap. Terima kasih Dayang.....saya panjangkan pula resepi yang sedap ni di sini.....



PUDING KEK
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
3 cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit 
jika nak lebih manis - bergantung pada kemanisan kek)
3/4 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
hirisan kek secukupnya (dipotong kiub@ ikut suka) 


inilah kek yang saya gunakan,
kek lapis hawflakes....


Caranya :
  • Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk.
  • Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
  • Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dengan air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yang sudah dipotong tadi.
  • Sejukkan sebelum hidang.

Nota :
Adunan agar2 ini juga sesuai untuk puding koktel tetapi sukatan gula perlu ditambah sedikit.


puding ni sedap.....ada rasa puding & kek.....


2
Ikan Bilis Taucu



Assalamualaikum...


Hari ni nak share menu yang tersangatlah simplenya. Menu ni menu dinner semalam sebagai lauk tambahan. Dah hari-hari tekak disajikan dengan ikan, ayam.....naik jemu pulak. Sesekali pekena ikan bilis goreng begini, lupa diet.....tak sedar laju jer nasi bertambah masuk ke pinggan.....hehehe.....
Okey lah, tak nak bebel banyak di hari Jumaat ni.....jom.....




IKAN BILIS TAUCU 
adaptasi dari majalah RASA 
sharing : Iza Akma SSK 

Bahan-Bahan
1 cawan ikan bilis [digoreng garing] 
2 sudu makan taucu 
2 biji putik jagung 
1/2 biji capsicum 
1 sudu kecil cuka 
gula secukup rasa 
sedikit air jika perlu
minyak untuk menumis 

Bahan Hiris
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 biji cili merah 


Caranya
  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu dan berbau wangi. 
  • Selepas itu masukkan taucu dan gula secukup rasa. Kacau sebati. 
  • Masukkan puitk jagung, capsicum dan cuka. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air dan gaul sehingga mendidih dan serata. 
  • Sesuaikan rasanya. Jika dah ok, masukkan ikan bilis tadi. Gaulkan seketika. 
  • Angkat dan sedia dihidangkan.


lauk sempoi tapi cukup membangkitkan selera.....
nak-nak makan dengan nasi hangat.....


14
Kek Kukus Epal



Assalamualaikum...


Tengahari semalam lepas siap memasak sambil menunggu anak-anak pulang dari sekolah.....ada free sekejap.....kemas-kemas lah rak buku yang dah tak sedap mata memandang tu. Pelbagai buku daripada ilmiah sehinggalah pada masakan dan majalah. Bila tiba pada buku masakan, tetiba jatuh sehelai kertas daripada sebuah buku bertulisan tangan tertera resepi 'steamed apple cake'. Saya kenal tulisan pada kertas tu tulisan saya tapi tak ingat bila masa saya salin.....even daripada mana dapat pun tak tau sebab tak pulak dituliskan sekali. Malas nak fikir panjang.....terus ke dapur bereksperimen. Hati tertanya-tanya samada sukses ker tidak ker......




Dalam fridge ada tinggal 2 biji epal hijau.....dah dua tiga hari terbiar tergolek-golek.....agaknya rakyat kat umah ni dah jemu kot sebab tu tak berusik. Alang-alang membazir, saya gunakan lah.....Membuatnya tak lah remeh mana, mengukusnya pun cuma 10 minit aje.....sekelip mata dah siap boleh terus makan. Tak rugi saya mencuba sebab kek ni teksturnya halus, lembut dan gebu sesangat.




Overall sukses.....cuma rasa epalnya tu kurang. Agaknya kalau ada esen epal, tambahkan sedikit.....pasti rasa epal akan lebih menyerlah. Walau apa pun memang sedapp.....gebusss.....
Okeylah, sebelum helaian kertas tu menghilang terbang melayang dengan resepinya sekali.....saya taip semula di sini sebagai rujukan. 


KEK KUKUS EPAL
sharing : Iza Akma SSK


Bahan A :
2 biji telur (gred B)
65 gm gula kastor
1 tsp ovalet

Pukul bahan A sehingga kembang dan pekat.




Bahan B
130 gm tepung superfine 
1/2 tsp baking powder 
1/4 tsp soda bokarbonat 

Satukan bahan B.
Masukkan ke dalam adunan telur yang telah dipukul kembang tadi berselang-seli dengan minyak jagung pada bahan C.
Teruskan memukul sehingga sebati. Ketepikan.




Bahan C :
1 biji epal hijau
secubit garam
70 ml minyak jagung

Potong apple kecil-kecil. Blend bersama garam dalam pengisar kering sehingga halus.
Tuangkan kedalam adunan di atas, kaupbalikkan hingga rata.
Isikan adunan dalam acuan kecil-kecil. 
Kukus selama 10 minit dengan api kuat.




3
Masak Lemak Nenas Sepat Masin



Assalamualaikum...


Baru-baru ni, sambil-sambil holiday duduk bersantai-santai menghirup udara segar bayu laut china selatan..... sempat juga memborong barangan hasil laut kering. Lagipun memang dah plan tunggu peluang ni beli ikan bilis, ikan masin dan yang sewaktu dengannya. Punya ler jauh memborong.....macam kat KL tak de......Bukan apa, kat sana rasanya lebih murah.....lebih berbaloi. Sebab tu dah jadi kelaziman kalau pergi sana mesti beli banyak-banyak buat stok.....sampai penuh lah petisejuk tuu.
So, ikan masin dah ada..... nenas pun ada.....tercapailah hasrat nak merasa lemak nenas dengan ikan sepat masin. Biasanya guna isi ikan kurau bila masak lemak nenas atau nangka.....tapi kali ni ubah selera tukar ikan sepat. 




 Kalau sepat masin goreng, dengan tulang-tulang halus die boleh makan terus sebab rangup kan. Berbeza masak berkuah begini, bila menjamu selera tu kenalah lebih berhati-hati.....takut nanti tercekik pulak  tulang-tulang halus tu. Pada sesiapa nak kurangkan masin pada ikan, seperti biasa rendam sebentar ikan tu dulu. Saya tak rendam.....terus masukkan saja dalam kuah.....dan tambahkan garam last sekali itupun jika perlu saja kerana masin ikan akan meresap dalam kuah. Masak sempoi cam nih rasanya semua dah tau.....tapi tak apalah nak share juga di sini untuk rujukan saya akan datang.




MASAK LEMAK NENAS SEPAT MASIN 
sharing : Iza Akma SSK 


Bahan-Bahan
½ biji nenas kecil (masak) - dihiris nipis 
3 ekor ikan sepat masin - dipotong 2 
1 cawan santan pekat 
1 cawan air 
1 keping asam gelugor 
1 helai daun kunyit - dikoyakkan 
1 batang serai - dititik 
garam & gula secukup rasa 

Bahan Tumbuk/Kisar
2 biji cili merah / 6-8 biji cili padi *
(* kalau nak pedas tambah lagi) 
5 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih 
sedikit kunyit hidup 


Caranya
  • Satukan serai bersama bahan kisar dan daun kunyit dalam periuk, kacau sebentar. 
  • Selepas itu masukkan 1/2 cawan santan pekat bersama 1 cawan air. Masak dengan api perlahan dan dikacau selalu. 
  • Bila kuah agak didih, masukkan nenas dan asam gelugor. 
  • Setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat dan baki 1/2 cawan santan pekat tadi. Sesuaikan rasa, tambahkan garam. Jika suka boleh tambahkan sedikit gula. Teruskan memasak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. 
  • Bila dah cukup rasanya bolehlah tutup api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan ulam-ulaman.




4
Gold Kiwi Pudding



Assalamualaikum...


Kini terdapat dua pilihan kiwi di pasaran, kiwi hijau dan terbaru kiwi gold. Jika diamati kan ada perbezaan antara keduanya. Kulit kiwi gold berwarna coklat muda agak kemerahan, lembut dan tidak terlalu berbulu. Manakala kiwi hijau berkulit coklat dengan bulu-bulu halus di seluruh permukaannya. Uniknya kiwi gold kerana isinya berwarna kuning dengan rasa lebih manis berbanding kiwi hijau. 
Dari segi nilai khasiat, kiwi gold mempunyai kandungan vitamin C melebihi kiwi hijau. Namun begitu kiwi hijau menandingi kiwi gold dari segi kandungan serat. Walau apa pun kurang dan lebihnya, dua-dua kaya dengan vitamin dan anti-oksidan. 




Dua tiga hari ni, cuaca kat luar tu panas. Bila panas-panas cam ni rasa nak makan yang sejuk-sejuk aje.....biar panas badan kat dalam tu reda sikit. Hari minggu hari tu masa menyoping di pasaraya nampaklah kiwi emas. Biasanya bila time nak cari sesangat kiwi ni tak pulak adanya.....kiwi hijau jer yang penuh kat rak tu. Boleh dikatakan langkah kanan.....apalagi terus rembat 2 pek. Nak buat apa belakang cerita. Anak-anak pulak memang pantang nampak kiwi. Sampaikan buah-buah tu tak boleh nak duduk diam dalam petisejuk.....sebiji demi sebiji diorang bawa keluar ansur-ansurkan makan. Sebelum habis dikerjakan, lebih baik lah dipudingkan segera. Okeyy, jom intai-intai resepi.....





GOLD KIWI PUDDING
versi asal Puding Laici by K.Liza
source : Yatie & KNor
sharing : Iza Akma SSK


Bahan- Bahan :
5 gm serbuk agar-agar
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji gold kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna kuning lemon
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan


Caranya :
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
  • Masukkan susu cair dan kiwi yang diblend tadi serta pewarna kuning lemon. Padamkan api. Kacau hingga sebati. 
  • Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  • Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti ais.
  • Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dengan hirisan buah kiwi.


.....buah kiwi pun anak-anak dah suka, inikan pulak dah jadi puding.....lagiii lah depa sukaa.....
Emmm sedapp!....nyamannn.....



7
Apam Tepung Beras



Assalamualaikum...


Dulu-dulu selalu tengok my grandma buat apam cam nih. Kekadang tu apam beras tapai.....memang sedap.....lembutt dan halus apamnya. Masa tu zaman sekolah-sekolah kan, tau makan aje.....macam mana nak buat step by step tak ambil tau pun.  Sekarang bila dah ada keluarga sendiri, anak-anak pulak suka makan apam.....barulah terhegeh-hegeh duk buat.




Menggunakan nasi sebagai salah satu bahan asas, before this saya dah cuba Apam Salju dan Apam Snow White. Dua-dua apam tu mengancam habis.....sedap. Memandangkan dah lama tak buat apam.....tekak ni teringin pulak rasanya nak makan. Kebetulan dalam fridge ada sepeket eno.....ntah bila beli pun tak ingat.....expired datenya pun jauh lagi. Pagi tadi sebelum mula memasak, bancuhlah adunan.....ya lah apam kan, makan masa juga.....nak kena perap sebelum boleh dikukus.




Setelah siap dikukus taraaa, ini lah hasilnya.....ada yang tersenyum lebar.....yang macam nak tak nak senyum pun ada.....Terima kasih Watie, share resepi apam yang lembut, gebu dan sedap. 



APAM TEPUNG BERAS 
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno


Caranya :
  • Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi). 
  • Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar. 
  • Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat. 
  • Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.




0
Ayam Kashmir



Assalamualaikum...


Menu ayam kashmir ni rasanya dah ramai yang mencuba.....rata-rata kata sedap. Bila semua kata sedap.....saya pun teringin juga nak rasa macam mana sedap yang dikatakan tu. Semalam  lepaskan geram.....dapatlah merasa keenakan ayam kashmir ni. Yea lah memang betul sedappp!.....kuahnya pekat sekali walaupun tiada penggunaan santan seperti kari-kari yang lain. Resepi ni hasil skodeng di dapur Dayang. Asalnya daripada majalah RASA tapi dah diubahsuaikan oleh Dayang. Di sini saya sertakan kedua-dua versi sebagai rujukan saya masa datang.
Terima kasih Dayang.....minta izin pastekan kat sini ya.....Jomm.....


.....lebih sedap jika masakan ni dibiarkan bermalam.....
sesuai dimakan dengan apa jua jenis nasi.....
kuahnya yang pekat juga sedap jika dicicah bersama roti, roti canai atau mungkin juga lempeng.....


AYAM KASHMIR
source : DapurKu Sayang
sharing : Iza Akma SSK

Bahan-Bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

Bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

Bahan B :
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Caranya :
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  • Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
  • Hidangkan setelah masak. 


AYAM KASHMIR
versi asal : majalah Rasa, Januari 2011 

Bahan-Bahan
1 kg ayam (dipotong 14) 

Bahan A
81 g bawang merah (dihiris)
40 g bawang putih (dihiris) 
60 g halia (dihiris) 
2.5 cm kulit kayu manis 
8 biji buah pelaga 
4 batang serai 

Bahan B
100 g pes tomato 
60 g serbuk cili 
80 g rempah beriyani 
80 g serbuk kari daging 
2 keping asam gelugur
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa 
minyak masak secukupnya 

Caranya
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga kekuningan. 
  • Masukkan ayam dan gaulkannya. biarkan ia masak. 
  • Masukkan tomato, rempah beriyani, rempah kari daging, pes tomato dan asam keping. Biarkan ia masak selama 20 minit. 
  • Masukkan serbuk perasa dan sedia dinikmati.


8
Talam Lapis Sagu Keladi & .....selamat berjuang putera ku.....



Assalamualaikum...


Hari ni bermulanya peperiksaan PMR.....perjuangan dan cabaran pertama yang harus ditempuhi oleh semua anak-anak di peringkat menengah. Keputusan peperiksaan ini penting sebagai permulaan ke mana hala tuju mereka nanti. Di saat ini bukan anak-anak saja yang berdebar malah ibu bapa juga tidak terkecuali kecut perut.....mungkin ada juga tu yang tak boleh lena malam semalam memikirkan hari ini.
Anak yang nak duk periksa biasa-biasa aje.....ibu bapa pulak yang terlebih-lebih perasaannya.....macam lah ibu bapa pula yang nak periksa.....wajar lah tu kann. Wujudnya perasaan sebegitu adalah lantunan daripada rasa tanggungjawab dan keprihatinan kita ibu bapa terhadap anak-anak yang dikasihi.
Selamat menduduki peperiksaan buat semua anak-anak. Especially buat putera ku Muhammad Shakir.....semoga tenang menjawab dan dipermudahkan Allah segalanya.....Aminn.




Bila sebut keladi, tentunya ramai teringatkan talam keladi berlauk, lapis keladi, talam keladi, pengat dan banyak lagi menu sedap yang menggunakan keladi sebagai satu bahan ramuannya. Kuih-kuih daripada keladi sememangnya enak dan sedap sekali. Begitu juga dengan sagu dibuat kuih, adakalanya dimasukkan sekali ke dalam bubur@pengat bagi menambahkan lagi kesedapan bubur tersebut. Mungkin anda semua pernah membuat mahupun merasa kuih lapis keladi atau lapis bersagu. Kedua-dua kuih tu tak dinafikan teramatlah sedapnya terutamanya pada penggemar kuih-kuih basah. 
Pernahkah anda semua merasa kuih talam serupa ini? Untuk resepi ni saya gunakan keladi thai. Bau keladinya dah cukup menyerlah.....buatkan kuih ni asli dengan aroma keladi.....dah tak payah tambah lagi esen keladi atau pes keladi. Pada tekak saya laa kann, kuih ni sedapp, teksturnya lembut kenyal-kenyal manja dengan rasa lemak-lemak manis.....



TALAM LAPIS SAGU KELADI
source : Buku Masakan Ala-Nyonya
sharing : Iza Akma SSK


Bahan Untuk Lapisan Keladi :
(A)
300 gm keladi [stim & lenyek halus] >sy rebus aje
130 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
40 gm tepung green pea [putih]
300 gm santan pekat > sy guna 200 gm
santan kotak+100 gm air
200 gm air
sedikit pewarna ungu

(B)
220 gm gula pasir > sy guna 200gm saja
1/2 tsp garam
500 gm air
2 helai daun pandan-simpul


Caranya :
  • Masakkan bahan (B) hingga gula melarut. Biarkan sedikit suam.
  • Satukan bahan (A) dalam bekas. Kacau hingga rata.
  • Tuangkan sirap tadi, kacau hingga sebati dan rata. 
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ketepikan.




Bahan Untuk Lapisan Sagu :
(C)
70 gm tepung beras
80 gm tepung ubi
200 gm santan pekat
100 gm air

(D)
130 gm gula pasir > sy guna 120gm
1/2 tsp garam
250 gm air
2 helai daun pandan-disimpul

(E)
80 gm sago
[ masakkan dengan air yang banyak sehingga sago menjadi jernih.....angkat, tuangkan dalam tapis dan siramkan dengan air paip untuk buangkan kanjinya.....ketepikan ]


Caranya :
  • Masakkan bahan (D) sehingga gula melarut, tutup api. Masa sirap ni masih panas-panas masukkan sago yang telah dimasak tadi. Kacau sehingga sago merata dalam sirap.
  • Satukan bahan (C) dalam bekas. Kacau hingga rata.
  • Tuangkan sirap tadi, kacau hingga adunan sebati dan rata. 
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ketepikan.




Cara Melapis :
  • Sebelum mula mengukus adunan, kukusan haruslah dipanaskan terlebih dahulu. Bila air dah betul-betul mendidih barulah boleh mulakan mengukus. Alaskan loyang 9" dengan plastik tahan panas dan lenserkan dengan sedikit minyak.
  • Mulakan melapis dengan adunan keladi sebagai lapisan pertama. Tuangkan lapisan keladi ke dalam loyang dan kukus selama 4-5 minit dengan api sederhana.
  • Selepas itu, lapiskan dengan lapisan sagu sebagai lapisan kedua. Kukus lagi 4-5 minit.
  • Ulangi lapisan seterusnya dengan step yang sama. Bila tiba lapisan terakhir lebihkan masa mengukus kepada 25-30 minit.

*** Setiap kali mula melapis lapisan baru, lap penutup kukusan bagi mengelakkan wap air menitik atas kuih.