2
Pulut Serikaya Keledek



Assalamualaikum...


Salam Jumaat semua.
Rasa sekejap masa berlalu.
Kita cuma ada hari ini dan esok sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya.

Masa bercuti-cuti ke Tanah Tinggi Cameron hari tu, sakan membeli keledek. Geram pulak tengok keledek pelbagai warna.....ada kuning biasa, oren dan purple. Kat situ, keledek ni dijual rebus..... kebanyakannya peniaga cina.....nak beli camner kan.....telan air liur jer laahh. Jadi belilah yang mentah nanti kat umah bolehlah direbus sikit. Masa beli tu macam-macam menu keledek berlegar dalam kotak fikiran.....rasa macam nak buat kesemua.....


Bila balik rumah, aduhhh.....banyak pulak nampaknya keledek ku borong.....masa kat situ nampak sikit jer. Mula lah selongkar balik resepi yang dah tersimpan lama kat dalam peti besi. Antaranya resepi serimuka berserikaya keledek. Dah lama mengidam nak buat resepi ini.....akhirnya tercapai jugak yang diidam.

Serimuka ni hasil cantuman dua resepi. Untuk lapisan pulut ikut resepi Kak Wan sementara untuk lapisan serikayanya pula resepi Puan Noraini Sidek. Iza cuma buat separuh daripada resepi. Pada lapisan serikaya tu iza saja-saja tambah satu sudu makan tepung gandum. Hasilnya seperti dalam gambar. Iza rasakan kalau tak tambah pun tak jadi masalah. Apa pun kuih ni memang lah sedap nak-nak lapisan keledeknya tu.....sebiji rasa serikaya....apatah lagi guna keledek oren yang lemak manis tu. Dalam tak sedar hampir suku loyang jugalah iza habiskan sorang.....heheheh. 



PULUT SERIKAYA KELEDEK
source : Iza Akma SSK


Lapisan Bawah :
250gm beras pulut (rendam 2-3 jam)
150ml santan pekat (santan kotak)
100ml air
1 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan di simpul


Caranya :
❀  Toskan pulut, gaul bersama santan dan garam. Masukkan daun pandan. Kukus selama 30 minit.
❀  Angkat, keluarkan daun pandan dan gaul pulut hingga rata.
❀  Kemudian masukkan dalam loyang lain yang telah dileser sedikit minyak atau di alas dengan plastik. Tekan hingga padat dan ratakan.




Lapisan Serikaya :
60gm tepung jagung
250gm keledek oren (rebus & lecek)
1 tsp esen vanila
100gm gula pasir
2 biji telur
200gm santan pekat@kotak
100gm air


Caranya :
❀  Blend gula, telur, santan dan air. Kemudian masukkan keledek yang dah dilecek tadi, blend lagi. Masukkan tepung jagung, teruskan blend hingga halus. Tapiskan adunan jika bergentel.
❀  Tuangkan ke atas lapisan pulut yang telah masak.
❀  Kukus lagi selama lebih kurang 1 jam atau sehingga lapisan atas mengeras.
❀  Sejukkan dahulu sebelum dipotong.



3
Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken II



Assalamualaikum...


Semenjak dua menjak ni cuaca tak menentu.
Kekadang disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.
Macam hari ini.....masa tengah duk mengarang waktu ni, kat luar sana tengah gerimis. Cuaca pun mendung jer seolah mentari sedang bersembunyi di sebalik celahan awan kumulus.


Inilah lauk ayam yang saya katakan semalam. Memasaknya mudah cuma nak menyediakan pesnya ambil masa sikit. Tak kisah laa kan, janji puashati dapat sediakan sendiri. Kalau nak senang, pes boleh dimasak sebelum dan di simpan dalam fridge. Bila-bila masa nak masak dah boleh terus gunakan. Untuk resepi ini saya gunakan isi ayam yang dipotong kecil.....jadi proses memasak menjadi lebih singkat.....cepat dimasak cepat pulak waktu untuk santap. Tanpa lengahkan masa jom semak resepi.


VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
by Echo's Kitchen
source : Love 
sharing : Iza Akma SSK


Let's make the ~ Spicy Lemongrass Paste first.....

Ingredients : (2-3 times cooking)
4-5 stalks lemongrass - use only the white part
25 pcs fried chillis (soak in hot boiled water for 5 minutes)
1 1/2 inch of ginger
8 cloves of garlic
1 inch galangal - added by Love
1/2 cup of cooking oil (you can also use 1/3 cup for less oil version )


Method :
❀  Blend all ingredients except for oil with some water if needed until it forms paste.
❀  In a pot, heat oil and saute the blend paste over low-medium heat. The longer it's sauteed the better. I used to do it up to an hour, depends on the quantity.
❀  Saute until the paste becomes thick.
❀  This paste can be stored in an airtight container and kept chilled.


Note: This Paste could be stored in the fridge for about 1 month, and the same paste could be use to make Lemongrass chicken, Lemongrass Shrimp/beef.


For the ~ Chicken...

Ingredients :
2 tbsp Spicy Lemongrass Paste
1-1.5 lb chicken pieces/chicken breast pieces (marinate with a pinch of black pepper powder and some salt)
1 tsp meat curry powder
1/2 onion, chopped
1 tbsp soy sauce/ fish sauce
1/2 tsp salt
1/2 tsp sugar/ palm sugar
1/2 cup water


Method :
❀  Heat up a cooking pan, cook the chicken pieces WITHOUT oil, cover if needed, until the grease starts to release. (BUT If using skinless chicken/breast, you will need to add 1 tsp of oil or so to grease the pan ~ I used nonstick pan)
❀  When the grease released is visible, stir in the chopped onion, and cook for another minute.
❀  Add curry powder, stir well and add Spicy Lemongrass Paste, stir for another minute.
❀  Add water, salt, soy sauce/fish sauce and sugar.
❀  Bring it to boil and stir until the mixture thickens a little.



Berselera kami seisi keluarga menjamu selera nasi serai bersama lauk ayam ni semalam.
Keenakannya bagai terasa-rasa hingga ke hari ini. Takpe, lain kali boleh buat lagi dengan versi yang kurang minyak pulak.
Apa pun terima kasih pada Love dan pada penyumbang asal resepi ini.....





3
Nasi Serai



Assalamualaikum...


Masyarakat Asia di Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Vietnam sering menggunakan serai dalam masakan. Tak kiralah masakan tu kari atau sup.....menggunakan ayam, ikan mahupun makanan laut boleh ditambahkan serai. Dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan sebagai penambah perisa dalam sesetengah masakan bagi membangkitkan aroma dan kelazatannya.


Hari ni rasa teringin nak makan nasi berperisa. Tak nak yang remeh cuma nak yang ringkas dan tak banyak gunakan bahan. Buka tenet, bermulalah misi pencarian. Cari punya cari, terus tangkap cintan dengan nasi serai Chef Hanieliza. Bahannya mudah semuanya memang dah tersedia di dapur. Kebetulan hari tu bonda datang bawakan serai.....banyak jugak.....punya ler gemuk-gemuk serainya tak macam yang jual tu kurus melidi cam tak cukup zat.....hihhih. Nasi dah ada kena cari regunya pulak. Lauk apa ek.....pun nak yang seringkas yang boleh. Lauk apa tu, tungguuu.....Apa pun jom tengok bahan-bahan nasi serai ni dulu, jommm!



NASI SERAI
by Chef Hanieliza~50 Hidangan Penambat Selera
source : Ummie@Home Sweet Home
sharing : Iza Akma SSK


Bahan A :
4 cawan beras basmathi
4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan - disimpul
4 batang serai - diketuk
3 sudu makan minyak sapi
1 pokok daun sup - dihiris
50 gm bawang goreng
garam secukup rasa
*iza tambah hirisan jagung rebus


Bahan B (Dihiris):
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih


Cara Penyediaan :
❀  Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
❀  Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
❀  Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
❀  Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
❀  Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.



Memang tak rugi mencuba resepi nasi ni. Sebab apa tauu.....walaupun simple tapi hasilnya tersangatlah sedapnya. Cukup puashati lebih-lebih lagi dengan aroma serai yang sungguh memikat.....Terima kasih kak Liza dan kak Ummie yang telah berkongsi resepi ini.




7
Puding Lemak Cendol



Assalamualaikum...


Cendol di gemari pelbagai golongan masyarakat serta tidak keterlaluan jika dikatakan ia minuman@dessert 1Malaysia. Ramai yang berfikir cendol asalnya dari resepi Mamak yang berhijrah dari India. Di India tak ada resepi Cendol Mamak. Cendol sebenarnya berasal dari Tanah Jawa. Dalam kurun ke-18, apabila British membuka Tanah Besar Melayu, peniaga mamak jalanan dari tanah Jawa ini kebanyakannya berhijrah ke sini terutamanya ke Pulau Pinang dan Singapura. Mereka membawa sama resepi-resepi seperti cendol dan mee rebus atau mee mamak dari Tanah Jawa sebagai hidangan jualan untuk orang tempatan yang terdiri dari orang Acheh. Orang Acheh ini satu masa dulu memang penduduk asal Pulau Pinang, sebab itulah ada jalan-jalan yang bernama Lebuh Acheh atau Kg.Aceh di Pulau Pinang. Atas kemungkinan fakta sejarah inilah menjadikan Pulau Mutiara terkenal dengan cendol dan mee mamak manakala Johor dan Kota Singa pula terkenal dengan mee rebus.


Asalnya cendol ni saya beli nak buat kuih lain.....lain pulak yang jadinya. Bila fikir-fikirkan kalau dibuat kuih, seloyang kecil pun susah nak habis. Terpaksalah saya fikirkan sesuatu yang cepat laku. Akhirnya, saya terpanggil untuk mencuba Puding Lemak Cendol ni. Daripada maklum balas dua tiga rakan blogger yang mencuba.....katanya, sedap.



PUDING LEMAK CENDOL
by Yatie@Sinar Kehidupanku 
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn gula pasir
4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)
2 helai daun pandan
500 gm cendol (tapiskan)


Cara Penyediaan :
❀  Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
❀  Masak adunan tadi dengan api sederhana.
❀  Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
❀  Masukkan cendol yang ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
❀  Angkat dan tuang dalam loyang. Biarkan sejuk dalam 2 jam.
❀  Setelah sejuk bolehlah dipotong.



Ya memang tak salah lagi.....sedap.....cukup lemak manisnya. Cuma ralat sikit sebab puding yang saya buat ni terlembik sikit.....huhuhu. Masa kat atas api lagi saya dah dapat agak puding ni lembik sikit sebab dah lebih setengah jam mengacau adunan tak jugak likat-likat. Mungkin saya yang tersalah sukat kot sebab tengok rakan lain buat elok jer jadi?? Ingatan untuk saya, lain kali kena kurangkan sikit santan juga gula.....saya dah kurangkan jadi satu cawan pun masih lagi manis pada saya. Apa pun terima kasih buat penyumbang resepi.





3
Jemput-Jemput Roti



Assalamualaikum...


Roti berbeli tapi selalu tak habis. Kesian roti tu tersadai tak bermakan. Jadi untuk tak nak membazir saya buatkan lah jemput-jemput atau cucur roti, sarapan pagi tadi. Saya cuma buat separuh daripada resepi tapi berbaloi betul sbb banyak jugak dapatnya. Mana taknya macam-macam tambahan dalam.....ada ayam, udang, jagung.....boleh dikategorikan sebagai menu sarapan yang berkhasiat, sesuai sangat untuk anak-anak yang sedang membesar. My dauhter, Puteri awal-awal dah pesan kalau buat cucur tak nak letak jagung.....tak suka. Jadi untuk separuh adunan saya cuma masukkan sikit jer buat syarat, dalam 2 sudu makan. Kemudian saya siat-siatkan cendawan tiram, masukkan dalam adunan.....cendawan takpe sebab dia memang sukakan cendawan. Kita buatkan pun untuk mereka makan kan.....ikut saja laa. Baru-baru keluar kuali tu, agak rangup tapi bila dah lama sikit.....jadi lembuutt.....memang sedapp. Thanks Bro Rozzan.....



JEMPUT-JEMPUT ROTI
source : Welcome to RSR
sharing : Iza Akma SSK

Bahan-Bahan :
14 keping roti (wholemeal atau plain white bread)-koyak2kan menjadi kepingan kecil
8-10 sudu besar tepung jagung
1 ½ cawan air
½ cawan susu cair
3 biji telur (saiz besar) >iza guna 2 biji jer
80 gm isi ayam (potong dadu kecil2)
80 gm udang sederhana (buang kulit dan cincang kecil)
2 batang cili merah (potong kecil2)-kurangkan jika tak mahu pedas
1 biji bawang besar (dadu halus2)
50 gm jagung (whole kernel corn) >iza guna lebihan jagung rebus
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa




Cara Penyediaan :
❀  Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Tuang air dan susu cair lalu biarkan sebentar supaya air/susu meresap ke dalam roti.  Pastikan kesemua kepingan roti itu telah diresapi air/susu.
❀  Kemudian masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang.  Gaul rata-rata. (iza kurangkan jagung dan tambahkan cendawan tiram yg disiat-siat)
❀  Akhir sekali, masukkan garam, lada putih serbuk dan tepung jagung. Gaul lagi sehingga adunan sebati. Jikalau adunan cair, tambahkan sedikit roti atau tepung jagung. (adunan kelihatan cair, agak sukar utk digoreng jadi iza tambahkan sedikit lagi roti & sedikit tepung jagung)
❀  Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
❀  Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.




7
Chocolate Bread Cake



Assalamualaikum...


Roti gaya gini dah lama nampak di fp Rinnchan. Tapi masa tu belum ada rasa nak buat lagi.....orang kata apa.....belum sampai seru!  Aiii, masak pun nak kena tunggu seru ker....? Jawabnya, yes. Sesetengah recipe memang  tunggu seru atau mood. Misalnya, buat kek.....kalau mood tengah takde tu jangan lah memaksa diri.....nanti ada yang tepung tumpah, tersalah sukat, kek bantat, tak sedap macam-macam lagi lah.

Orang tua-tua pun ada pesan kalau rasa-rasa mood tu ke laut tapi kita paksa jugak diri buat.....alamatnya kejadiannya nanti tak seperti yang diharapkan. Jangan dipandang enteng kata-kata mereka nie ya sebab kekadang ada kebenarannya. Mereka kan lebih dulu makan garam jadi apa yang mereka katakan semua berdasarkan  pengalaman. Pendek kata memasak tu biarlah dari hati. Kalau hati ikhlas, ceria, happy InsyaAllah semua rasa tu akan mengalir ke dalam masakan kita menjadikan masakan lebih enak dan lazat.....walau masakan itu hanyalah sekeping telur dadar.


Bila Ita tayang Choc Bread Cake di blog kesayangan dia hari tu, barulah bertandang semangat nak mencuba. Lagi pula cuti-cuti sekolah macam nilah waktu yang sesuai, kalau buat terlebih pun tak perlu risau sapa nak kasi abih sebab anak-anak boleh tolong perabihkan. Dengan mood ceria dan senang hati, saya pun menguli dan menumbuk doh roti. Terpaksa lah bekerja keras sikit.....uli dengan tangan sebab takde bm.....masih belum berkesempatan mencari lagi.


Ini lah padahnya tak ikut kata tok guru. Tok guru soh bulatkan kecil-kecil sebesar guli.....dan buh dalam dua loyang. Tapi saya pi buh dalam satu loyang. Akibatnya roti saya dah jadi macam gunung berapi nak meletup. Masa tengah bakar tu suspen jer sebab adunan terlalu mengembang sampai penuh loyang.....sib baik tak melimpah keluar. Rasa dah sedap cuma tak puashati dengan rupanya yang agak hodoh tu. Ini bukan kes takde mood ya tapi kes menderhaka tok guru, tok guru ajar lain anak murid buat lain.....itulah akibatnya .....hehhehheh. Tapi tak apa lah, hodoh-hodoh pun abis laku jugak.....yang penting rasanya.....



CHOCOLATE BREAD CAKE
by Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread
source : Naz Rinn Chan   ref : Masam Manis


Bahan A :
300gm high protein flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko

Bahan B :
50gm gula castor
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180gm air sejuk
7.5gm yis segera
1/2 tsp choc emulco

Bahan C :
15gm butter
15gm shortening

kismis/coklat chip (jika suka)


❀  Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
❀  Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh.
❀  Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
❀  Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
❀  Tumbuk doh untuk membuang udara. Kalau nak letak kismis masa ni boleh gaulkan doh dengan kismis atau coklat chip.
❀  Bahagikan doh kepada dua bahagian.
❀  Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
❀  Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6".
❀  Masukkan satu doh yang telah digulung tadi.
❀  Biarkan doh naik dua kali ganda.


Pesanan Ita@Masam Manis:
Bulat-bulatkan doh sebesar guli dan susun dalam 2 loyang bersaiz 5" x 9" dan tinggi 3". Jika gunakan loyang yang kecil kena bahagikan doh pada 3 bahagian kerana doh roti akan mengembang lagi bila di bakar dan besar kemungkinan akan menolak adunan kek di atas dan membuatkan kek tertumpah. Berhati2 ye! Pastikan doh roti di bulatkan atau di gulung kecil aje anggaran 1 - 1.5cm aje tingginya Bila dah siap rehatkan semula doh dalam 10 minit.


Untuk lapisan kek :
Jika anda punya tepung sponge mix.....boleh ikut resepi di bawah.


KEK SPONGE MIX

2 butir telur gred A
150gm sponge mix perisa vanilla
30gm air
2.5gm esen pandan
60gm minyak jagung/minyak masak


❀  Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.






Pada anda yang tidak punya tepung sponge mix tapi teringin mencuba, boleh gunakan resepi yang Ita kongsikan ini.  Saya gunakan yang ini sebab takde stok sponge mix.  Saya suka lapisan keknya.....very spongy dan lembuutt sangat.....


FRENCH SPONGE CAKE
by Chef Alex Goh
Sumber : Buku Masakan Fruity Cake


Bahan A :
4 biji kuning telur
20 gm gula castor
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B  :
4 biji putih telur
100 gm gula

Bahan C :
110 gm tepung - ita guna tepung kek
70 gm mentega cair - ita guna minyak Mazola


❀  Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
❀  Dalam bekas lain putar pula putih telur dalam bahan B hingga kembang, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku. (nak tau dah kental ke belum.....kalau diterbalikkan mangkuk, adunan putih telur tak akan jatuh)
❀  Masukkan adunan meringue (bahan B) kedalam adunan bahan A. Kacau rata dengan menggunakan kaedah kaup balik sehingga rata.
❀  Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau rata dengan kaedah kaup balik juga.
❀  Masukkan minyak atau butter cair dan kacau rata guna kaedah kaup balik juga.
❀  Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yg di sukai.
❀  Tuang adunan kek berselang-seli warna ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
❀  Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.



4
Ayam Mayonis



Assalamualaikum...


Mayonis antara bahan penting dalam penyediaan salad dan sandwich. Mayonis juga semakin popular apabila bahan tersebut digabungkan dengan bahan tradisional menambah keenakan rasanya. Seperti telur dadar, jika ditambahkan sedikit mayonis ke dalam.....hasilnya, telur dadar akan lebih gebu dan rasanya lebih sedap. Begitu juga jika ditambahkan dalam adunan kek, keknya akan jadi lebih lembap. Tak cukup dengan tu, kita tambahkan pula mayonis dalam masakan ayam. Kuahnya akan sedikit memekat dan rasanya menjadi  lebih sedappp dan menyelerakan. Terima kasih Mama Ghock.....




AYAM MAYONIS 
source : Cookery Pot-Secret of Happiness 
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
4 ketul peha ayam, di goreng
1 batang seleri, potong serong
2 sudu besar cendawan dalam tin, dihiris
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan mayonis
minyak utk menumis garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
**iza tambah 1 batang serai, diketuk

Bahan Hiris:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Hiasan :
1/2 biji bawang besar - potong baji
1 biji tomato - potong baji
1 biji cili hijau - hiris serong


Cara Penyediaan :
❀  Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan cili kisar.  Kacau rata hingga garing dan pecah minyak.
❀  Masukkan bahan hiris (iza masukkan serai pada step ini) dan kacau hingga naik bau.  Masukkan sos cili, cendawan, seleri, garam dan gula secukupnya.  Masukkan air dan kacau rata hingga mendidih. (Nak cepat masukkan air panas).
❀  Masukkan ayam dan mayonis, kacau rata. Tutup api dan masukkan bahan hiasan dan gaul hingga semua bahan sebati.
❀  Hidangkan bersama nasi panas.




Mayonis Sebagai Perawatan Diri :
Bahan asas mayonis yang terdiri daripada telur dan berasaskan minyak hakikatnya menawarkan kelebihan tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan. Apa kata kita bermanja-manjakan diri dengan mayonis.  Berikut empat petua kecantikan menggunakan mayonis:-
  • Pelembap kulit - Kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Jadi, ia kaya dengan bahan pelembap. Gunakan kelebihan mayonis ni untuk melembapkan kulit. Malah anda boleh praktikkan pada bahagian badan lain seperti siku, lutut dan kaki. Caranya;
    - Ambil sedikit mayonis dan sapukannya pada bahagian permukaan kulit, siku, lutut ataupun kaki.
    - Sapu dan urutlah dengan lembut dan biarkannya serap dalam kulit kira-kira dalam 10 minit.
    - Kemudian, bilas bahagian tadi dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala secara perlahan-lahan.
    Amalan ini boleh membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit anda
  • Perapi rambut - Mampu meresap di bahagian bawah kulit. Berupaya menjadikan rambut sihat bersinar. Gunakan sebagai perapi rambut. Caranya, lumur mayonis pada rambut sekurang-kurangnya sepuluh minit dan bilas.
  • Rawatan kuku - Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama sepuluh minit. Cuci dan keringkan kuku. Amalkan selalu, kuku anda akan menjadi lebih kuat dan sihat selain tampak natural.
  • Mengurangkan kesan panahan matahari - Sebagai pelindung kulit. Mayonis mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar dan memberi kelegaan pada kulit.


21
Resepi Tepung Goreng Pisang Rangup



Assalamualaikum...


Rangup krup krap krup krap. Apakah resepi killer yang digunapakai supaya kerangupan pisang goreng mampu bertahan lama.....walau dah sejuk, tapi maintain garing macam baru digoreng. Ramai yang tidak menyedari malah tidak menyangka, pisang goreng panas lagi rangup yang dibeli untuk dinikmati setiap petang bersama keluarga sebenarnya mungkin memudaratkan kesihatan. 

Baru-baru ni, saya terbaca di mukabuku (mungkin rakan2 lain pun ada terbaca sama), pasal strategi dan taktik rahsia terkini segelintir peniaga pisang goreng bagi melariskan jualan pisang goreng mereka semata-mata untuk mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan kesihatan pada orang lain.


Percaya atau tidak, taktik dierang sebelum menggoreng pisang yang hendak dijual, dierang akan merendam plastik minyak masak beserta minyaknya sekali ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Ada juga yang menggoreng dan mencairkan dulu botol plastik seperti botol air mineral, botol minuman bergas atau penyedut air dalam minyak panas sehingga sebati sebelum meletakkan pisang ke dalam minyak berkenaan. Oleh kerana plastik tu bahan mudah cair, maka botol tersebut akan dengan mudahnya melarut dalam minyak panas.....lepas tu barulah digorengkan pisang seperti biasa.

Plastik yang sememangnya bersifat kedap udara akan menyaluti pisang tersebut membolehkan pisang terus kekal segar dan rangup. Ada sesetengah peniaga pula bereksperimen sendiri dengan menambahkan campuran bahan plastik ke dalam ramuan tepung sebelum digoreng bersama pisang untuk memastikan pisang goreng mereka kekal rangup berjam lamanya. 


Inilah antara taktik-taktik popular yang diamalkan peniaga pisang goreng (bukan semua ya....). Formula yang tidak melibatkan kos yang mahal.....secara tak langsung mendatangkan pulangan yang lebih lumayan. Kita yang tak tahu menahu, terus menikmati dan memuji keenakan dan kerangupan pisang goreng dari gerai-gerai berkenaan sehingga menjadi pelanggan tetap mereka. Sedangkan sebenarnya kita sedang menikmati pisang bersalut plastik! 

Bila bahan-bahan plastik tersebut mencair dalam minyak panas, bermakna segala bahan kimia yang terkandung pada plastik berkenaan juga akan bersekali larut bersama-sama minyak tersebut. Kemudian minyak yang dah tercemar tu digunakan pula untuk menggoreng pisang. Bukan kah ini membahayakan kesihatan. Bahan kimia tersebut akan terus tinggal dalam tubuh kerana ia sebenarnya  tidak larut dalam air sehingga tidak dapat dibuang keluar, baik melalui urin atau proses pengeluran kotoran lain. Bila tidak dapat disalurkan keluar maka akan berlaku pengumpulan bahan-bahan kimia berbahaya ini dalam tubuh yang berupaya menyebabkan kanser.


Jadi lepas ni ada baiknya menggoreng sendiri pisang dirumah, lebih berbaloi dan lebih sihat. Lazimnya kalau nak menggoreng pisang, bahan asasnya hanyalah tepung gandum, tepung beras dan sikit kapur makan. Ada juga yang menambahkan telur. Inilah yang saya nak kongsikan di sini. 

Tentu anda pernah makan pisang goreng kat hotel-hotel kan.....iaitu pisang yang digoreng secara live di stall yang terletak berhampiran dengan buffer. Haa, jadi inilah resepinya. Saya terjumpa resepi ni kat blog Hairul.com. En Hairul Hissam dengan baik hatinya telah berkongsi pengalaman beliau menyediakan adunan batter menggoreng pisang yang cukup rangup ketika beliau bekerja di hotel dulu. Terima kasih pada En Hairul.  Adoiii,  panjang lebar pula cerita-ceriti hari ini. Jadi sebelum pengunjung beralih channel.....jom lah kita lihat rahsianya.....



Resepi TEPUNG GORENG PISANG RANGUP
source : Hairul.com
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat(santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)>sy   ganti  dgn sikit pewarna kuning
garam secukup rasa (dlm 1/2 sudu kecil)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin



Cara Penyediaan :
❀  Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja. Setelah marjerin cair, alihkan daripada api dan biarkan ia sejuk sendiri.
❀  Satukan kesemua bahan kecuali marjerin cair dan air. Kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul. Lebih mudah dan baik hasilnya menggaul menggunakan tangan. Sebab utamanya kerana adanya baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semua bahan menjadi sebati dan pekat. Jika kelihatan tercair, tambahkan lagi tepung gandum atau tepung beras. Adunan batter perlu pekat ya.....lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu kerana mesti dapatkan bancuhan tepung atau batter yang benar-benar pekat.
❀  Setelah adunan benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.
❀  Seterusnya celup pisang dengan batter dan goreng dengan minyak yang panas.


Nota : Adunan batter ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, cempedak, keledek, tempe dan sebagainya. Resepi ni memang rangup. Caranya sama saja, celup dan goreng dalam minyak panas.



6
Apam Pisang Marble Blueberry



Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia.....dan selamat petang.....
kepada para pengunjung yang singgah ke teratak yang tidak seberapanya ini.....

Apam pisang ni dah ramai blogger masakan yang mencuba. Bukan saja senang malah rasanya pun mantop. Ramai mereka memuji dan mengakui akan keenakan apam ini.....tak ketinggalan saya juga.




Pertama kali mencuba terus jadi. Dah banyak kali dah buat. Asal ada pisang lebih.....apam ini lah yang jadi sasaran. Walau dah makan berkali-kali namun tekak ni tak pernah pun rasa muak atau jemu. Teksturnya yang lembut dan moist seakan menarik diri untuk terus buat dan buat lagi. 
Biasa buat tak ada marble-marble pun.....tapi dah macam trend pula sekarang baik puding, kek atau pun roti kalau boleh semua nak dimarblekan. Jadi saya pun cuba cubalah marblekan dengan filling blueberry. Pada saya kan, tak taulah pada orang lain.....kombinasi blueberry dengan pisang secocok lah, bagai pinang dibelah dua.....ada kelainan rasa kat situ.....Jom layannn!!


APAM PISANG MARBLE BLUEBERRY
(olahan drpd apam pisang kukus Diana Arshad)
sharing : Iza Akma SSK


Bahan A :
8 biji pisang emas, sederhana besar (anggaran 300gm)
1 sudu teh baking soda
secubit garam

Bahan B :
4 biji telur (medium size)
1/2 - 1 cawan gula perang@soft brown sugar (bergantung pada manis pisang)
200 ml minyak jagung atau mentega cair

Bahan C : (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

sedikit blueberry filling


Cara Penyediaan :
❀  Lecek pisang hingga halus. Tambahkan baking soda dan garam, digaul rata. Ketepikan.
❀  Pukul bahan (B) hingga sebati dan berkrim.
❀  Masukkan bahan (A) kacau rata.
❀  Tambahkan bahan (C) sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
❀  Asingkan sedikit adunan dan tambahkan dengan blueberry filling.
❀  Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak atau butter secara berselang seli atau corakkan mengikut suka.
❀  Kukus selama 45 minit.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.


.....setelah semalaman apam ni masih lagi lembut
dan bertambah moist.....memang sedap.....
tak jemu dimakan.....


7
Kelebihan Asyura, Puding Roti Cokletie



Assalamualaikum...


Hari ini bersamaan 9 Muharam 1433H. Umumnya di bulan Muharam ini dianjur untuk memperbanyakkan amalan puasa sunat. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk melakukan ibadah sunat khusus yang dilakukan pada masa tertentu, iaitu peluang melakukan puasa sunat Hari Asyura yang jatuhnya esok, hari ke-sepuluh Muharam seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadith berikut: 

   Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura 
dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. 

-Riwayat al-Bukhari & Muslim- 

Kelebihan puasa Asyura :

Dalam hadith Rasulullah ada menyatakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang 
tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat 
menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi 
ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, 
“Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu. -Riwayat Muslim- 





Sebenarnya puasa Asyura adalah sehari saja, iaitu pada 10 Muharam. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W. memerintahkan supaya kita sentiasa membezakan amalan Yahudi yang mengagungkan 10 Muharram (.....Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharam lah Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim).

Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai 
padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari 
sebelumnya atau sehari selepasnya.” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh as-Suyuthi)


Tetapi, kalau puasa hari Asyura (10 Muharram) saja pun tiada masalah, dan bukanlah makruh. Tetapi sebaiknya puasa itu diperbanyakkan.....boleh melakukan sehari sebelumnya (9 Muharram, dipanggil hari Tasu’a) dan sehari pada 10 Muharram. Ataupun boleh mulakan puasa pada 10 Muharram dan tambah sehari lagi puasa pada 11 Muharam. Kalau nak buat 3 hari (9 – 11 Muharram), pun boleh juga. Malah puasa 3 hari berturut ini diamalkan oleh Imam as-Syafie.

Maka gunakanlah segala kesempatan dan peluang yang ada untuk menambah amalan sebagai bekalan di akhirat nanti. Marilah sama-sama kita melakukan puasa sunat ini.....Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menambahkan keberkatan dalam hidup kita.....InsyaAllah, Aminnn.




N3 hari ni Puding Roti Cokletie. Dengar nama saja dah tau.....puding yang penuh rasa coklat. Biasa kalau buat puding guna serbuk koko.....tapi resepi ni mencampurkan coklat masakan.....wooo.....tentu lagi best dan lebih nyamann terasa.....



PUDING ROTI COKLETIE
source : yatiezaini@myR
sharing : Iza Akma SSK

           Bahan-Bahan :  (4 orang)
(A)
100 gm coklat masakan
1 sudu makan mentega


(B)
4 keping roti - dipotong kecil
200 ml susu cair
100 ml air
2 biji telor - dipukul
sedikit esen vanilla


(C)
6 gm agar-agar serbuk
300 ml air
5 sudu makan gula
Cara Penyediaan :
❀  Bahan (A) dicairkan secara double boil.
❀  Bahan (B) dimasukkan ke dalam blender dan diblend sekejap.
❀  Masakkan bahan (C) hingga semuanya hancur dan mendidih.
❀  Masukkan bahan (A) yang telah cair dengan bahan (B) yang dah siap diblend tadi ke dalam bahan (C) yang mendidih. Kacau hingga mendidih sekali lagi.
❀  Bolehlah dimasukkan ke dalam acuan kegemaran masing-masing.
❀  Simpan dalam peti ais dulu sehingga beku barulah di hidangkan.
.....menjadi kesukaan seisi keluarga


16
Apam Karamel Tapai Ubi

Assalamualaikum...


Zaman saya kanak-kanak dulu, apam karamel seringkali jadi kuih pilihan sajian pada tetamu tika jamuan mahupun di majlis-majlis. Kiranya apam ni antara kuih yang popular giteww…..Masa tu saya selalu duk tertanya sendiri tang mana specialnya kuih ni. Rata-rata yang menggemarinya mereka yang usia mak-mak…..tapi tak pula kanak-kanak…..termasuklah saya (tapi tu duluu…..sekarang suka daa). Hairan jugak…..sampaikan bila ada disajikan kuih ni dalam kenduri-kendara, yang sedap pulak rasanya…..maka terdengar lah suara berbisik sesama sendiri bertanyakan siapa yang membuatnya….. lepas tu mula lah duk kecek resepi pada tuan empunyer…..mana tau untung sabut timbul …..boleh lah pasang angan-angan buat sendiri pulak.....




Sebabnya orang dulu-dulu bab-bab resepi ni lokek sikit nak kongsi dengan orang lain…..naper ntah…..Ada tu dengan adik beradik pun kedekut…..siap kenakan pengeras kalau nak kan satu-satu resepi…..kalau bagi pun macam melepas batuk ditangga…..resepi hampeh…..tak boleh pakai langsung…..alangkah kecewanya mereka yang benar-benar berharap resepi akan menjadi.....
Hihihi.....bila mengingatkan bermacam gelagat dan ragam manusia ni boleh tersenyum sendiri dibuatnya. Tapi itu lah semua tu kisah dulu kala…..sewaktu era pen dan kertas…..sekarang ni era IT.....criter kedekut-kedekut resepi ni dah berlalu…..sebut saja resepi apa nak segalanya dihujung jari…..




Kini seiring dengan perjalanan masa kuih ini telah diberi sentuhan baru. Apakata kali ini kita berubah angin dalam membikin apam caramel. Nak tau apa kelainannya, jom semak resepi…..




APAM KARAMEL TAPAI UBI
(by Puan Azimah Mansur)
source : Iza Akma SSK



Bahan A : (Karamel)
200 gm gula pasir
200 ml air

❀ Masukkan gula ke dalam kuali@periuk. Masakkan sehingga gula mencair dan sedikit keperangan (agak-gak lah ya…..jangan sampai terhangus pulak, nanti pahit jadinya kuih tu…..)
❀ Kemudian masukkan air, kacau sehingga gula larut.
❀ Angkat dan sejukkan.



Bahan B :
4 biji telur
200 gm mentega@marjerin
200 gm tapai ubi
400 gm tepung gandum *
2 tsp baking powder *
(* diayak)
100 gm santan pekat (santan kotak)


❀ Panaskan kukusan. Sapukan nipis minyak pada acuan.
❀ Pukul mentega bersama tapai ubi hingga lembut.
❀ Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga sebati.
❀ Masukkan tepung berselang-seli dengan santan dan caramel. Kacau rata.
❀ Sudukan adunan ke dalam acuan kecil-kecil yang digemari. Kukus selama 15 minit.