Assalamualaikum...
Stok daging korban lepas masih berbaki lagi lima kilo. Aduyaii, banyaknyaaa...
Teruk juga nak habiskan daging sebanyak itu. Tambah pulak daging, bukan boleh makan selalu...tak bagus untuk kesihatan. Tu yang Iza simpan sampai laa ni...bila teringin sangat baru masakkan. Pendeknya untuk tiga empat bulan ni pergi pasar tak payah beli daging dahh...kurang-kurang jimatlah sikit belanja dapur...nak-nak bila harga barang keperluan sekarang semakin hari semakin meningkat.
Fikir duk fikir teringin nak masak opor. Bila digoogle hampir semua resepi opor menggunakan rempah khas untuk opor. Puas lah meronda kat tesco, giant, carrefour...semua tempat tak jumpa...penat jer pusing sana sini. Biasanya macam tu lah...bila masa berkehendak sesangat tak jumpa...bila tak nak berlambak-lambak...
Tak boleh jadi macam nih. Nampak gayanya terpaksalah Iza buat rempah sendiri...baru boleh dapat merealisasikan opor daging tu. Walau rempah ready-made tak jumpa itu tak mematahkan semangat Iza untuk terus mencuba. Teknologi sekarang kan dah canggih...semuanya hanya di hujung jari. Apa-apa, semua rujuk kat pakcik google. Kat situlah tempat Iza duk melepak cari apa-apa resepi yang patut. Akhirnya bertemu juga dengan apa yang dicari...bak kata orang nak seribu daya, mahu seribu cara...
Jadi, hari ni Iza nak kongsikan dengan semua bagaimana nak buat rempah opor sendiri. Manalah tau kalau-kalau terdesak boleh juga digunapakai resepi ni. Terima kasihlah bebanyak pada penyumbang resepi. Kalau nak tahu kan aroma rempah ni...mak aiii, harumnyaaa...teramatlah wangi bauan rempahnya. Bila gunakan rempah ni untuk masak opor...waduh-waduh, bukan main sedap lagi opor tu...menyelerakan. Ni tak tipu tau...bukan nak promosi ker apa tapi memang betul-betul sedapp!! Resepi opor daging tu, kalau sempat malam nanti Iza update...eh eh malam ni puan umah nak duk santai tengok drama romantik 'Vanila Coklat'...esok aje okay. Jom layan rempahnya dulu...redaahh...^___^
RESEPI REMPAH OPOR JOHOR
source : Mama Voguesharing : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
(resepi ni anggaran untuk seekor ayam, boleh digandakan mengikut jumlah ayam)
(resepi ni anggaran untuk seekor ayam, boleh digandakan mengikut jumlah ayam)
- 20 tangkai lada kering
- 2 1/2 sudu besar ketumbar
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 2 sudu teh jintan manis
- 7 biji buah pelaga
- 1/2 butir buah pala ~iza ganti dgn 1/2 sdt serbuk pala
- 1/4 sajira (jika ada) ~tak buat
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 sudu teh lada hitam ~yg ni iza tambah
CARANYA :
❀ Kesemuanya dicuci dan dijemur sehingga benar2 kering (iza tak sempat jemur...terus sangai dlm kuali).❀ Kesemua bahan di atas digoreng tanpa minyak@sangai sehingga hampir garing.
❀ Bahan-bahan yang digoreng tadi hendaklah digiling semasa masih panas atau diblend kering saja. Kalau rajin lebih baik digiling kerana aromanya sungguh wangi semasa digiling panas-panas.(iza blend kering je...nak cepat...)
❀ Rempah boleh disimpan seperti rempah-rempah yang lain.