13
Cucur Susu Lemak Manis



Assalamualaikum...


Tadi pagi sibuk memikirkan apa lah juadah yang hendak dimasak untuk sajian tengahari. Sebaik selepas makan tengahari, belum pun sempat berehat...fikiran kembali memikirkan apa pula menu untuk minum petang. Begitulah rutin para ibu hampir setiap hari.

Itu tak termasuk lagi kerja-kerja rumah lain yang harus di laksanakan sebaik mungkin. Kadang-kadang kan boleh stress juga tau. Ya lah, kita ni bukannya robot atau mesin yang boleh dipaksa terus-terusan bekerja sepanjang masa.  Sesekali kena luangkan masa berehat...rehatkan tubuh...rehatkan minda...Berehat ni diumpamakan seperti mengecas bateri. Setelah dicas barulah kita akan beroleh tenaga baru dan lebih bersemangat menguruskan keluarga.

Alangkah seronok dan berbahagia di hati andai apa yang dilakukan dihargai oleh insan-insan sekeliling yang kita sayangi. Tapi jika hanya dipandang sebelah mata...tidak dihargai...akan terpalit rasa sedih di hati, meruntun duka di jiwa.



CUCUR SUSU LEMAK MANIS
source : Fida @ MyR
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate soda
6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
1/2 cawan susu segar/cair
garam secukup rasa


Cara Penyediaan :
❀  Ayak bahan-bahan kering ke dalam mangkuk. Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
❀  Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalik-balik untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan...
❀  Angkat cucur dan hidangkan.


Taraa...ini dia cucur susu yang Iza buat untuk minum petang.
Kat luar tu pun tengah hujan sekarang ni. Pekena pula cucur susu lemak manis panas-panas bersama secangkir nescafe...aduhhh...memang sedap. Meh ler join sekali makan cucur...air bawa sendiri eh...not sponsored.. ^_^




13 sweet comments:

KhaiRin - anies said...

sy letak gula je kasi manis sket..

inahar ali said...

salam iza..teringat akak masa kecik2 dulu..cucur manis mcm nih mmg feveret mak akak wat utk bekfes!! rasanye dh berkurun akak x wat cucur cenggini..bila tgk nih nostalgia lak! rasa nk terus kedapur godek2 cucur nih..hehe!!

Liza said...

salam iza...cucur manis ni kunyah sambil tgk tv mmg xsedau dah abis sepiring....sedaaapppp....ekekkeekeke

Amie said...

Assalam,
lamanya tak makan cucur yang manis2!

izahdaut said...

cantiknya cucur ni. tringin nak mencucur jugak la petang ni

Mamasya said...

Aslmkum Iza.cucur sedap buat minum ptg...seketul2 masuk mulut...tahu2 dah licin.cuma cucur manis belum pernah buat...nanti boleh cuba. fikir apa menu nak hidangkan utk famili setiap hari...sarapan..lunch..minum ptg...kdg2 tak da idea juga.balik2 menu sama takut boring pula....itulah yg selalu ronda2 dapur kwn2...
slmt berhujung minggu buat Iza

IZA AKMA said...

KhaiRin,
ye lah khairin..iza pun selalu buh gula je..tp resepi ni guna susu pekat..kelainan tu yg iza nak cuba

IZA AKMA said...

inahar ali,

mak iza pun selalu gak wat cucur ni masa kecik2 dulu..sampai sekarang masih tersimpul dlm ingatan..walau selalu mak buat tp tak pernah jemu2 mkn..cucur manis yg nostalgia

tp anak2 skang dah tak berapa gemar kuih2 mcm nih..maklum lah anak2 moden..lgpun zaman kita dulu apa yg mak masak itulah yg kita mkn..tp zaman la ni semua dah berubah..

IZA AKMA said...

Amie,
kalau dah lama tak mkn boleh lah cuba..
lagipun makanan manis2 tak baik diamalkan selalu amie..mudarat tuk kesihatan

biar kurang manis dlm makanan,minuman tp lebihkan manis dlm senyuman..dapat gak pahala..

IZA AKMA said...

izahdaut,
ni pasal iza pun dah lama tak mencucur sbb tu godek jugak...hihihi

IZA AKMA said...

Mamasya,
tul tu mamasya..bila pagi masak tghari masak ptg masak idea pun jadi kontang
hari2 masak benda yg sama boring pulak tekak..sesekali nak kena ada kelainan jugak..
nasib baiklah ada kwn2 blogger yg sudi berkongsi resepi, kongsi idea nak masak apa, bleh gak merempit cari resepi kan mamasya..

IZA AKMA said...

Liza,
mmg pun liza..sbb tu iza tak suka makan sambil tengok tv..nnt rasanya baru mkn sikit rupanyer dah berpinggan2..hehehe

aisyah ambris said...

Nak buat ptg ni..hehe