12
Ayam Kicap Berempah Mamak Penang

Assalamualaikum...


Saat ini pasti ramai yang sedang terpaku di depan tv menonton filem menarik Kuch-Kuch Hota Hai...sebuah cerita romantik yang cukup menyentuh perasaan sesiapa yang menontonnya selain dendangan lagu-lagunya yang sedap didengar. Sedang tangan menaip entri ini, telinga dibuaikan dengan alunan lagu-lagunya. Pertama kali Iza lihat cerita ni masa duduk Dhaka tahun 1999 dulu...ikut suami bertugas di sana. Sejak itu barulah timbul minat dengan cerita-cerita Hindustan beserta lagu-lagunya. Sejak itu juga Iza baru mengenali siapa itu Shah Rukh Khan, Salman Khan, Amir Khan, Kajol, Rani Mukherjee dan lain-lain. Nampak sangat ketinggalan keretapi kann...he he he...

Pagi tadi fikiran dah buntu nak masak apa. Mulalah duk merayap...diam-diam pi selongkar dapur teman-teman. Lepas satu-satu dapur diterjah. Tiba di dapur kak Wattie, terpandang satu resepi yang sungguh menawan hati. Kalau u all nak tau kak Wattie ni seorang yang memang rajin di dapur. Selain memasak untuk keluarga, kak Wattie juga mengambil tempahan pelbagai jenis kek dan cookies untuk pelbagai majlis. Hasiltangannya semua indah dipandang dan cantik-cantik belaka. Siapa yang nak lihat atau teringin nak menempah bolehlah berkunjung ke SINI ya.


Berbalik pada resepi yang telah menambat hatiku itu.
Masakan ayam kicap berempah ala mamak penang ni memang terasa rempah ratusnya sekaligus menjadikan ia sungguh enak. Jangan pulak takut tengok resepi yang panjang berjela tu ya. Nampak aje panjang tapi kalau dibaca betul-betul kaedah memasaknya sama jer seperti masakan yang lain...cuma penerangan die jer yang buatkan panjang.
Pada sesiapa yang sedang rindu-rinduan dengan masakan penang tu, apakata cuba resepi yang enak banget nih...pasti akan lenyap rasa rindu tersebut. Okay jom redaahh...



AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
recipe           : MamakHaji
source of ref : Kak Wattie @ Wattie's HomeMade
sharing         : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16 . Masukan serbuk kunyit 1 tsp dan garam 1 tsp. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak. Kalau gunakan ayam kampung tidak perlu digoreng kerana isi ayam kampung berkeadaan kental.
  • 3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah unik. Air bawang digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat likat.
    Pes Bawang Putih dan Halia. Harap anda telah mahir dalam penyediaan pes bawang putih dan Halia ini. Untuk masakan ini, satu biji bawang putih dan 3 inci halia sudah memadai. Sekiranya anda telah sedia ada pes ini gunakan 2 tsp.
  • 1 tsp serbuk lada hitam.
  • 3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang moderate). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalu boleh kurang garam dalam masakan kerana ia akan memekatkan perederan darah dalam tubuh badan dan membantu kolestrol terbentuk.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos cili.
  • 1 tsp air limau nipis.
  • 1 tsp Jintan manis.
  • 1 tsp Jintan Putih.
  • 1/2 serbuk kas-kas (dikecualikan).
  • 1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan mengikut kepedasan yang anda ingin).
  • 2 sudu besar rempah kari Daging.
  • 3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah pelaga 3.
  • 2 batang serai yang telah di ketuk.
  • Garam , Gula secukup rasa.


CARA MENYEDIAKAN :

❀  Panaskan minyak, masukkan ke dalam minyak 2 batang serai, tumiskan bunga lawang, kayu manis danbuah pelaga. Apabila naik bau rempah masukkan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Segera masukan kisaran bawang merah sehingga baunya naik.
❀  Masukan semua bahan-bahan seperti di atas dan biarkan kuahnya didih. Masukan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit dimasak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya.
❀  Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya memepunyai kemasinan yang berlainan. Maka sukatan garam tidak dapat diberi dengan tepat. Sikiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan.
❀  Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak dalam bulan puasa ini amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.
❀  Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren – karot. Warna hijau – celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah – Cili Merah. Unggu – Hirisan bawang bulat.

Selamat mencuba.
* tsp – sudu teh dan sudu besar – tablespoon.



NOTA :
Salam, Jangan terkejut resipi ini banyak menggunakan bahan-bahan. Bahan-bahan yang digunakan adalah pada kebiasaannya setiap dapur memiliki. Untuk resipi nasi kandar anda boleh mula mengumpul rempah-rempah dari kedai Rempah. Jangan membeli rempah ini yang terdapat dalam palstik yang rendah mutu. Ujian kesedapan masakan nasi kandar adalah apabila anda buka tuduk penutup …bau rempah mula mengharum dan akan menyelerakan sesiapa sahaja. Kalau kali pertama gagal..cuba lagi. Masakan yang di masak sendiri adalah masakan yang terbaik dan berkualiti disamping itu kita hadiahkan kepada ahli keluarga yang tersayang. Para suami juga boleh mencuba masak resepi – resepi ini untuk kemesraan rukun rumah tangga. Resipi mamak menggunakan kaedah pengalaman bukan sebagai catatan dalam buku resepi yang anda didapati di mana-mana. Mamak bukanlah seorang pakar mengarang resipi tetapi ingin berkongsi dengan anda dalam pengalaman masak. Tujuan blog ini bukanlah ingin mencari nama atau wang tetapi sekadar berkongsi Ilmu di antara insan. Wassalam.





12 sweet comments:

Mas said...

hmmm..menyelerakan betoi ayam tu kak..
mas nak try la resepi ni..
anak2 suka sangat makan nasi kandar..he3

maceh juga atas tips2nya...

rahel said...

Nampak kaw2 sangat ayam kicap berempah tu..tergoda gue..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Dish ayam ni nampak sangat menyelerakan! Chickenlovers like me will go finish it in no time...:)

Antan Bertingkah said...

Sedapnya tengok ayam tu... Salam kenal dari akak...

Wattie said...

Assalamualaikum Iza,
Waaaa, Iza pun dah cuba ayam ni, sedapkan, hasil tangan Iza mmg nampak sungguh menyelerakan. Terimakasih kerana mencuba dan terimakasih juga kerana sudi promote blog biz kecik2 akak yg lagi satu tu...jasamu dikenang, muahhhhhhh luv u dear....

Roses_Leo09 said...

emm menyelerakan tengok masakn iza ni. hanim KIV yer resepi ni

IZA AKMA said...

@Mas
Sama2 Mas.
Kalau anak2 dah suka wajib dicuba menu ayam ni Mas jgn tak cuba... ;)

IZA AKMA said...

@rahelMekasih Rahel...
Kalau tergoda jgn tunggu lama2...:))

IZA AKMA said...

@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
Tq Love..
Pada chickenlovers mcm u Love jgn lupa try tau...tak rugi cuba sbb dish ayam ni sememangnya sedapp!!

IZA AKMA said...

@Antan Bertingkah
Jgn ler tengok jer kena buat tau baru leh tahu betapa sedapnya ayam kicap berempah mamak style nih...
Btw salam perkenalan juga dari Iza :)

IZA AKMA said...

@Wattie
W'kmsalam.
Mekasih, ini pun gara2 tak tahan tengok kat dapur kak Wattie...tu yg angkut resepi balik. Mmg sedap la ayam ni kak...kami satu keluarga makan tak dongak dagu...he3x
Alaa itu small matter lah kak...kwn2 kan...bukan nak kena kuar modal ker apa. Moga biz kak Wattie sukses.

IZA AKMA said...

@Roses_Leo09
Mekasih Hanim.
Bila2 nanti cuba ler...pasti tak nyesal.