5
Ketam Masak Lemak Cili Padi...

Assalamualaikum...


Selamat Tengahari...
Ini dah masuk lunch hour dah ni... Dah lunch ke belum semua...?
Aik tu nampaknya ada yang tak lunch lagi tuh. Apasal pulak...diet ker atau banyak sangat kerja sampai tak sempat nak ambil lunch. Mungkin juga tabiat sesetengah orang tu suka selesaikan sesuatu tugasan dulu...dah siap semua baru lah ada mood nak makan...betul tak?
Kerja tu kerja laa jugak...tapi jangan sampai skip makan...tak baik untuk kesihatan. Cerita pasal makan nih...kalau terkurang makan tak elok terlebih makan pun lagilah tak elok...sebaiknya kita bersederhana bukan dalam bab makan je tapi dalam semua aspek kehidupan duniawi, tak giteww...


Apa lah agaknya menu anda hari ni ek?
Menu Iza tengahari ni biasa-biasa jer...
Hari ini Iza masak lauk ketam kesukaan suami dan anak-anak. Iza ni sebenarnya tak berapa sangat ketam. Masak lemak ni pun Iza curi-curi kuah dengan sayur buncis jer. Kalau masak lemak macam ni memang lah sedap kalau kuahnya buat pekat-pekat gitu...tapi kena beringat...bukan kerana nak sedap makan...lupa kolestrol...lupa lemak-lemak segala...Jangan ingat buat kek ngan kuih jer nak kena sukat...makan pun kena bersukat jugak tauu...hihihi...bukan catu namanya tapi demi kesihatan.  Bila diri sihat, kita akan rasa cergas, ceria dan gembira...barulah kita boleh menceriakan dan menggembirakan orang di sekeliling kita pula...



KETAM LEMAK CILI PADI
source : Mesra.net Resepi
sharing : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
2 sudu kecil garam/secukup rasa
1 sudu teh gula/secukup rasa
2 keping asam gelugor
3 cm lengkuas, ditumbuk pecah-pecahkan
300 ml santan pekat
1 gelas air
kacang buncis, dipotong serong ~iza tambah

BAHAN KISAR/TUMBUK :
10 biji cili padi
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
4 cm kunyit hidup


CARA MENYEDIAKAN :
❀  Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian.
❀  Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih. Masukkan ketam dan kacang buncis.
❀  Tutup api setelah ketam masak.


TIPS :
Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.




5 sweet comments:

Qasey Honey said...

sedapnye tgk ketam msk cili padi ni...
menu favret ni...
bleh la nti cuba guna resepi ni...
tq yek resepi

Sue @ Nenie said...

Salam..sedapnya...silap2 haribulan lupa nasi jap duk leka ratah ketam

Gee® said...

waaa...kalau k.gee ini bkn menu biasa, luar biasa ni... jarang sgt masak ketam... mahal... sedapnya ketam masak lomak cili padi... menggoda!

tun_telani said...

uwaaaaa!!!!!!!!!!!!! terliurrrr!!!!!!!!!!!!! menci! menci!! tun allergic ketam. uhuk uhuk..

hanis salihah said...

Terliurnya.,,,nak masak ketam jugak la lunch hr ni...

Jemput singgah www.haniqhanisalihah.blogspot.com
Untuk perkongsian menurunkan kolesterol dengan pengambilan supplement