22
Opor Daging Johor



Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia.
Semalam 1 Februari merupakan Hari Wilayah.
Dalam edisi terlewat ini, Singgahsana Kitchen mengambil peluang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah kepada semua warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan...dengan sambutan tahun ini bertemakan 'Rakyat Bersatu, Wilayah Persekutuan Maju'. Moga Wilayah Persekutuan dan rakyatnya akan lebih maju ke hadapan serta lebih berdaya saing.


Pagi semalam dah duduk mengadap blog ingat nak entrikan resepi Opor Daging ni. Dalam diam suami kejutkan Iza dari belakang suruh Iza cuti berblog sehari. Semalam kan cuti wilayah...suami tak kerja. Jadi suami minta Iza temankan dia ada hal sikit kat luar. Iza hanya sempat publishkan komen aje...then terus sign-out. Kebetulan semalam juga 1 Feb merupakan ulangtahun kelahiran anak Iza yang nombor dua tu. Dah terlanjur keluar, kami beli lah something as a present for him.


Hari ni Iza masukkan resepi Opor Daging yang Iza war-warkan hari tu. Iza namakan Opor Daging Johor sebab Iza gunakan rempah opor versi Johor. Opor ni sungguh sedap...menjilat jari. Sedap kalau digandingkan dengan nasi minyak ker nasi beriani ker...tapi Iza sajikan dengan nasi putih jer. Selain nasi, opor ni sedap juga kalau dimakan bersama roti.
Okey lah tak nak membebel panjang...jom redah tengok bahan-bahannya...jomm...


OPOR DAGING JOHOR
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 500 gm daging, dipotong kiub/ikut suka
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar (penuh) serbuk rempah opor
  • 2 sudu besar kerisek
  • gula kabung/gula melaka/gula merah secukupnya
  • garam secukup rasa

BAHAN KISAR:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 1/2 inci halia
  • 1 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 7 tangkai cili kering

BAHAN TUMIS :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang serai, diketuk


CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis beserta bahan kisar hingga naik bau.
❀  Sementara itu rempah opor dicampurkan sedikit air dijadikan pes. Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan pes opor. Kacau sebati.
❀  Kemudian masukkan daging bersama 1-1 1/2 cawan air (jika gunakan daging batang pinang...air yang diperlukan kurang daripada itu). Biarkan hingga didih. Kacau sekali sekala.
❀  Bila airnya dah berkurangan, masukkan santan, kerisek, garam dan gula melaka.(iza hanya gunakan gula melaka tanpa penambahan gula pasir. Gula melaka digunakan bagi mendapatkan warna yang agak kehitaman. Selain menjadikan rasa opor lemak manis berbanding gula pasir yang kemanisannya lebih tajam).
❀  Masaklah sehingga daging empuk dan kuahnya pecah minyak serta menjadi pekat. Sesuaikan rasa, siap untuk dihidangkan.


masakan opor ni bertambah sedap setelah dipanaskan keesokan hari...
setelah dipanaskan berulangkali, warna menjadi lebih cantik...lebih gelap...lebih menawan...




22 sweet comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Nampak sedap ..mana akak nak dapat rempah opor.

ady said...

as-salam kak
sungguh menyelerakan opor daging johor ni...terliur dibuatnye..sedap mkn dgn nasi panas2..

KakAsma said...

wow Iza menyelerakan sungguh.nak nak!!!

Liza said...

salam iza...nmpk menyelerakan opor dgg tu, tp mana nk cari rempahnya yer...

cik cek said...

sedapnya...:)

Mas said...

hmmmm...sedapnya opor daging...
mas suka sangat....

Wattie said...

Assalamualaikum Iza,
Ishhhh berselera sungguh akak tengok opor daging Iza, rasa macam nak cicah dengan roti.

Selalu mai sini, tp tak leh letak komen, hari ni akak tukar Firefox, harap berhasil, insyaAllah

Wattie said...

Izaaaa......finally....my comment has been saved, ok la tu kan...alhamdulillah

Chik Mimi said...

Assalamualaikum iza nampak sungguh sedap opor ni ,boleh masuk list

Cekgu Maz said...

salam singgah...dah la lom makan lagi nie..tengok opor tu membuatkan perot jd lapar...musti sedap kan..

norlieharumaini said...

macam resepi masak hitam akak punya..la.. ermm.. sedap

Roses_Leo09 said...

assalamualaikum iza ...
emmm .... sedapnya. kalau makan dengan nasi beriani mesti sedap kan. boleh tak ganti daging dengan ayam? hanim KIV resepi ni yer iza

IZA AKMA said...

@Paty's Kitchen - Cook with passion.
opor ni mmglah sedap kak paty..
mana nak dapat rempah opor? haa sure kak paty tak baca betul2 nih..
kat resepi dah terang2 ada link kak..hihih

IZA AKMA said...

@ady
wassalam,
betul sedap ady..makin dipanaskan maakin tambah sedap..
sapa yg diet tu leh campak ke laut jap..heheh

IZA AKMA said...

KakAsma
resepi dah ada tu, rasa2 free leh la cuba ya kak...

IZA AKMA said...

@Liza
wassalam,
naper liza...nie mesti penat blogwalking nih kan
rempahnya takyah nak susah2 cari lagi dah Liza, resepi buat rempah opor tu iza dah sertakan dah...
cer cek betul2 kat resepi opor daging tu...iza dah siap linkkan lagi...adoiii penat jer iza bagi link tauu...huhuhu

IZA AKMA said...

@cik cek
...^_^

IZA AKMA said...

@Mas
ya laa mas..
iza pun suuker sangat opor, dulu kini dan selamanya...heheheh

IZA AKMA said...

@Wattie
w'kmsalam,
ye ker kak wattie...awat jadi cam tuu..
tapi kan kak, komen yg kak wattie sangka tak lepas tu dah masuk pun dlm box...dua2 ade...
apa pun mekasih kak wattie cayannngg masih tak putus asa mencuba dgn tinggalkan komen kedua...:)

IZA AKMA said...

@Chik Mimi
w'kmsalam,
haaa org penang dah mai dahhh...hihihi
mmg sedap opor ni chik mimi...kalau guna rempah buat sendiri, dia punya wangi tu mmg len drpd rempah instant...

IZA AKMA said...

@Cekgu Maz
selamat datang maz...
laa dah kat kol empat tak kan tak makan lagi maz...nanti perut masuk angin susah lak...ker diet...hihihi

IZA AKMA said...

@Roses_Leo09
w'kmsalam,
makan dengan nasi putih pun sodapp inikan nasi beriani lagilah terangkat...hehheh
kalau tak nak daging, ganti ngan ayam pun boleh saja hanim...bak kata datuk chef wan kita yang buat die...