6
Puteri Berendam...



Assalamualaikum...


Ada yang memanggilnya puteri berendam ada pula badak berendam...yang mana satu arr...
Alaahaii...kesian pulak tengok emo tu duk terpikio-pikio...hehehe. Dah-dah la tu emo, tak payah pening-pening kepala nak pikio nama mana. Puteri berendam ker badak berendam ker kuihnya tetap sama...berbentuk bebola hijau berinti kelapa dan berendam dalam kuah santan yang pekat.


Lama betul tak makan kuih ni...sampaikan tak ingat bila last sekali makan.
Kuih puteri berendam nostalgik pada Iza sebab ia mengingatkan Iza pada satu kisah yang masih tersimpul di ingatan...kira-kiranya memori si puteri berendam laa nih...(tangan terhenti menaip mengingatkan sambil tersenyum sendirian...) Okey dah dah dah...entah ke mana-mana pulak melalutnya...

Nak buat kuih ni kena tunggu angin R dulu baru boleh buat...sebab kuih ni banyak bebeno stepnya...nak kena sediakan inti dan kuah@dadihnya dulu...pas tu nak gentel bebola lagi...aduyaiii banyaknya kerja. Tapi bila kuih dah siap makan laju sesaja. Satu resepi ni dapat banyak tau. Jika saiz keluarga kecil macam Iza ni buat suku adunan pun dah cukup...itu pun dah banyak rasanya...
Apa lagi  moh ler kita semak bahan-bahan untuk buat puteri berendam ni....



PUTERI BERENDAM
by Chef Aini Salim
source : Iza Akma SSK


BAHAN A-Kuah@Dadih :
  • 1000 ml santan pekat dari 2 biji kelapa parut putih
  • 12 helai daun pandan
  • 2 sudu makan tepung pulut atau tepung jagung ~iza guna tepung jagung
  • 1 sudu teh garam

CARA :
❀  Semua bahan kuah digaul rata dan dimasak sehingga agak-agak pekat saja. Jangan dimasak terlalu pekat sebab bila sejuk ia akan jadi lebih pekat.



BAHAN B-Inti :
  • 1 biji kelapa parut putih
  • 1 sudu makan tepung pulut ~iza bancuh dgn sedikit air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan
  • 250 ml air
  • 100 gm gula tanjung ~iza guna gula merah
  • 100 gm gula melaka
  • 100 gm gula pasir

CARA :
❀  Ketiga-tiga jenis gula dimasak dengan air sehingga mendidih dan gulanya hancur. Tapis.
❀  Masukkan kelapa, garam dan daun pandan. Gaulkan dan masak lagi sehingga pekat.
❀  Baru dimasukkan tepung pulut/tepung jagung dan kacau sehingga inti masak. Sejukkan dahulu, kemudian bulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.

Panduan : Untuk lebih mudah siapkan A & B first then proceed with C...



BAHAN C-Doh :
  • 600 gm tepung pulut
  • 350 gm kentang
(bahan di bawah gaul rata dan tapis)
  • 4 helai daun pandan, ditumbuk halus
  • 500 ml air suam kuku
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu teh warna hijau, jika suka
  • 1/2 sudu teh warna kuning

CARA :
❀  Kentang dikupas bersih, direbus dan dilecek halus.
❀  Uli semua Bahan C sehingga jadi doh yang lembut.
❀  Ambil sedikit adunan, lalu isikan inti dan bulat-bulatkan.
❀  Didihkan air, masukkan sehelai dua daun pandan dan sedikit garam. Apabila airnya mendidih, masukkan bebola adunan dan rebuslah sehingga timbul. Keluarkan bebola yang sudah masak dan masukkan ke dalam bekas yang telah diisi dengan setengah bahagian kuah@dadih. Kemudian siramkan di atasnya lebihan dadih.
❀  Siap untuk dihidangkan.




6 sweet comments:

ummiaisyah said...

salam kenal singgahsana kitchen..
sy suka sgt bdk berendam..nikmat bila mkn lemak2 manis...

Sue @ Nenie said...

Salam..Saya belum pernah makan ni..tapi tgk bahan2 nya...mesti sedapppp kan....

rahel said...

Salam Isa,betul2 kaw2 punya puteri berendam yer..sukanya mkn kuih ni...lama juga Rahel tak buat...nak tumpang makan kat sini je ngan Isa..bole k?

tun_telani said...

nmpk sgt sedap! tun pun xpernah makan ni. kalau onde2 tu biasa la.

Wattie said...

Salam Iza,
WAaaa puteri berendam ya, nampak sedap sangat, klu dok sebelah nak jugak mintak semangkok, seriusly akak tak pernah makan lagi kueh ni huwaaaaaa, klu nak kata jakun pun takpala Iza....

mama sara nur said...

assalam salam kenal
sedapnye...feberet ni terutama di bulan posa he he
kadang2 sahur pun masih makan ni sb mak memang wat byk he he