11
Checkered Bread

.... السلام عليكم


Salam berhujung minggu... Sekejap je kann masa berlari.
Pejam celik...celik pejam dah pun tiba ke penghujung minggu dan hari terakhir bulan mac.

Kalau diperhatikan kat kedai-kedai bakery cha-ya-nun-alif, terpukau mata bila tengokkan pelbagai macam rupa bentuk kek dan roti yang dijual. Semua cantik-cantik. Beli tak boleh...tengok je lah jamu mata. Kadang tu sempat juga curi idea berangan konon nak praktikkan pula kat rumah. Tapi itu lah semangat tu macam hangat-hangat tahi ayam. Masa kat situ punya berkobar...macam-macam rupa bentuk idea yang keluar ...sampai je rumah terus jadi sejuk. Bila dah sejuk idea pun tenggelam sama...lupa daaa...




Semalam iza merajinkan diri meroti. Lepas gian dah lama tak meroti. Lagipun nak perabiskan tepung roti yang dah nak expired tu. Mungkin ada yang kata adoiih buat lenguh tangan je buat roti. Baik beli roti siap senang criter...tangan tak kotor...takde lah nak duduk melangut berjam-jam mengadap dapur. Tapi pada iza seronok uli roti nih boleh lepas geram...nak tumbuk dinding tak leh...doh roti la jadi sasaran. Jadi kalau sesiapa yang rasa rasa geram marah kat suami kat anak-anak tu...buat lah roti yer...ada juga hasilnya...boleh dimakan...ya dak...

Malam sebelumnya dok layan anak-anak main catur...
Tengah-tengah main tu timbul pula idea buat roti ikut pattern papan catur tu. Bila idea dah mai kena lah di cuba kalau tak nanti hanyut lagi idea tu kang...hehehe. Inilah hasilnya setelah bereksperimen. Roti yang sedap, lembut dan gebuuss. Buat sarapan pagi tadi masih maintain kelembutannya...




CHECKERED BREAD
inspired from Bun Pandan RosJintanmanis
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 250 gm tepung roti
  • 50 gm tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 140 ml air suam / susu segar
  • 1 biji telur-tinggalkan sedikit untuk gliss nanti
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver / dough softener

  • pewarna hijau & pandan paste
  • coklat emulco & sikit black treackle (jika suka)




CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Masukkan semua bahan dalam bekas adunan. Uli hingga adunan tak melekat pada jari (kalau ada Breadmaker tekan Dough dan On je). Bahagikan doh kepada dua bahagian. Warnakan satu bahagian dengan hijau dan satu lagi coklat. Uli lagi sehingga warna sebati dengan doh. Perapkan adunan sehingga naik dua kali ganda.
❀   Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Bahagikan setiap warna doh menjadi 16 bebola dan biarkan lagi selama 8-15 minit.
❀   Sediakan loyang 9x5x3inci yang telah digriskan nipis. Bulat-bulatkan semula bebola tadi. Untuk lapisan pertama susun 4 bebola hijau dan 4 bebola coklat secara berselang warna seperti corak papan dam. Lepas tu ambil sehelai plastik, letakkan atas lapisan. Rata dan padatkan lapisan hingga tiada ruang yang kelihatan antara bebola-bebola tersebut. Ulang untuk lapisan kedua dengan kaedah yang sama.
❀   Rehatkan lagi selama 40 minit atau sehingga naik dua kali ganda. Gliss permukaan roti dengan sedikit campuran telur, susu dan madu. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
❀   Setelah masak, sejukkan atas redai. Amat sesuai dijadikan sarapan atau minum petang.

(pesan RosJintanmanis - kalau nak guna water roux pun boleh juga, tapi kena kurangkan sikit kuantiti susu segar...agak-agak dalam 100ml, tengok keadaan doh tu macam mana...)



~~ Selamat Mencuba ~~



11 sweet comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Iza.hanya orang yg rajin kedapur dan suka masak je yang tahu nikmatnya bila apa yang dimasak menjadi dan anak2 dan suami gembira dapat makan masakan kita.Betul tak??Roti ni memang mengancam...Kak Ros suka....

leyzajamil said...

as salam..pertama kali masuk blog masakan ni rasa macam kat dalam dapur sendiri..seronok tgk macam2 menu yg ada..tp sy nak tnya lah macamna nk dptkan kalendar berentri tu ye..unik lah..blh share dgn sy tak klu pn iza sudi..

Gee® said...

kombinasi kaler yg sgt nenarik... kalau cicah teh-o di petang hari sedap kan....

Mamasya said...

Slmt berhujung minggu Iza.cantik warna roti Iza..hijau dg coklat...menarik dipadankan...nampak pun lembut.

Nieza said...

assalam kak, nampak cantik dan gebus roti ni..saya pun lama tak meroti ni:)

KakAsma said...

IZa,
dah macam kat kedai dah tu...uli tangan pun jadi gebukan Za..chiok ..chiok...
kombinasi warna yang menarik..

HomeKreation said...

Wow, cantik nya, best nya hijo & ceklet ya.

ogyep yummy mellow said...

F1 baru je selesai kat sepang... Iza dah ber checkered pulak dah..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Iza.
Cantiknya roti.. Love the colour.. Kombinasi yg sempurna..

Sheila Shafeareen said...

salam iza mmg sesuai buat sarapan dan bekalan ank2....warna gabugaan pun cantik

Wattie said...

Assalamualaikum Iza,
Waaa kreatif betul la tangan Iza, cantik jer kejadian roti tu. Betul kata Iza, akak pun pernah rasa, kenkadang tu bila idea dtg, berkobar2 nak buat, tp last2 jadi sejuk, langsung tak buat, tu la bila dpt penyakit M, mmg susah nak carik ubatnya kan