12
Kek UbiKayu Pelangi Kasih

.... السلام عليكم


Selamat Petang... SSK kembali menemui anda hari ini.
Janggal pula rasanya nak start balik berblog bila dah lama berehat. Tapi seronok juga bila membawa diri jauh buat sementara waktu daripada laptop, daripada dunia blog...minda jadi ringan dan kurangnya bebanan dirasa. Jadi masa yang ada tu boleh digunakan untuk memberi lebih perhatian pada perkara lain yang lebih memerlukan...


Selama membawa diri kelautan sepi tuu...sempat jugalah mencuba kek ubikayu nih. Jangan disangka ubikayu hanya sedap dimakan rebus, dibuat kuih...buat kek pun sedap tauu. Rasanya memang lain daripada kek kek yang biasa tu. Kalau tak cayer cubalah dan rasakan sendiri...

Iza follow resepi yang telah diolah oleh CMG. Cuma iza bagi color sikit. Manis kek ni just nice. Resepi asal AlongRoz juga iza sertakan sekali sebagai panduan. Mana lah tahu kalau kalau nak buat lagi lain kali...tak payah susah-susah nak selongkar selongkar lagi dah...


KEK UBIKAYU
source : CMG@DTS
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 190 g mentega
  • 160 g gula halus
  • 3 biji telur gred A
  • 120 g tepung gandum*
  • 1/2 camca besar baking powder*(*digaul rata dan diayak)
  • 420 g parutan ubi kayu, diperah airnya
  • 1/4 cawan susu sejat
  • 1/2 camca besar esen vanilla
  • 1/2 camca teh pewarna kuning

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (8x8x3) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas dengan mentega. Ketepikan.
❀   Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Kemudian masukkan ubi parut tadi dan gaul rata.
❀   Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu sejat hingga habis. Gaul rata.
❀   Akhir sekali masukkan esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin kek tadi dan ratakan. Bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan...



Resepi asal sebelum diolah...

KEK UBIKAYU
recipe by AlongRoz  (loyang 9 inci persegi)

  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn gula kastor
  • 3 cwn ubikayu (sagat & tapis)
  • 1 1/2 cwn (375gm) mentega
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu makan vanilla
  • 5 biji telur

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul.
❀   Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul.
❀   Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
❀   Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.



~~ Selamat Mencuba ~~



12 sweet comments:

ummiaisyah said...

salam kenal Iza ..
cantiknya kek akak ni..ms kecik2 dulu penah gak merasa mkn kek ubi kayu..jiran bagi...dh tua2 ni x jumpa dah

Sheila Shafeareen said...

as'salam emmm cantik kek ubi kayu dan menarik tentu sdp rasa ubi kayu tu...boleh le try npk resepi pun simple1 aje....kek ni dlm basah tak? cos akk suka yg lembab

zila 4ever said...

salam kenal dan ziarah disini..semua masakan sedap2..sy follow blog ni yer..:)

ogyep yummy mellow said...

Ini baru betul klasik bertemu moden... Kelasss gitu..

Asyifa Mustaffa said...

As salam, singgah n follow...cantik kek tu...msti sdap kan...:)

Sari Yusa Ibrahim said...

tak sangka kek dari ubi kayu, cantikkk

IZA AKMA said...

@Sheila Shafeareen
w'kmsalam..kek ni memang sedap sheila..dlmnya lembut n lembap2 giteww..cubalah

mayangsayang said...

salam kenal kak... sedapnyer kek tu.. suka terjah blog akak.. kek pelik2 & tak disangka2..

mayangsayang said...

aritu wat kek nangka akak .. mmg best dan mabeles le...

Gee® said...

waaa...cantik!!

IZA AKMA said...

Pada semua kwn2 yg ikhlas hati menurunkan komen di sini tqvm...komen anda semua amat iza hargai.
Salam perkenalan dan salam singgah buat nama2 baru yg sudi jenguk dapur maya iza yg seberapanya ni...
Terima kasih semua...muaahhh!

IZA AKMA said...

@mayangsayang
Terima kasih mayangsayang mencuba kek nangka tu. Akceli kek tu resepi turun temurun my famili dan dah lama dlm simpanan. Tak ramai tahu yg nangka boleh dijadikan kek. Sbb tu iza ketengahkan resepi ni agar kita semua boleh berkongsi ilmu...