10
Puding Kentang


.... السلام عليكم


Selamat Petang...
Di Ampang hari ni nampaknya cuaca baik dan cerah gitu...
Tak macam semalam sepanjang hari mendung...petang pula mencurah hujan.
Kalau dah hujan sessi fotografi terpaksalah ditangguh dulu tidak pun dibatalkan terus andainya cuaca tidak mengizinkan langsung. Maklumlah iza ni bukan lah pro...ibarat bayi yang baru nak merangkak, masih mentah dan masih terlalu lalu banyak lagi yang perlu dipelajari tentang seni fotografi.


Kalau dah cuaca panas dan kering macam ni menu apalagi yang sesuai kalau tak menu puding.
Lama juga tak memuding. Hari tu banyak beli kentang sebab dah plan nak buat puding ni dari minggu lepas lagi. Tapi asik tertangguh-tangguh. Hari ni ada free sikit dapatlah buat puding idaman ni...


Akhirnya puding yang diidamkan berhasil sudah...
Impian kini menjadi kenyataan...
Dapat menikmati puding yang sedap, lembut dan lemak manis...



PUDING KENTANG
source : MyResepi
sharing : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 1 peket agar-agar
  • 4-5 biji kentang sederhana besar
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan gula (boleh tambah/kurang)
  • 5 cawan air

CARA MENYEDIAKAN :
❀  Kupas kentang, kemudian potong 4 dan rebus. Bila dah empuk, tutup api, tos dan ketepikan.
❀  Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula, masak lagi hingga gula hancur.
❀  Sementara itu, masukkan kentang, telur, santan pekat, susu cair, esen vanila dan garam ke dalam blender. Blend hingga hancur.
❀  Masukkan kentang yang diblend tadi ke dalam agar-agar tadi sambil dikacau di atas api yang kecil.
❀  Kacau dalam 2 - 3 minit...tutup api, tuang puding ke dalam loyang dan sejukkan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
❀  Boleh diwarnakan/dimarblekan jika suka. Jika nak marblekan, sendengkan (tinggikan sebelah) loyang. Kemudian ambil 2-3 senduk adunan puding, tuang dlm loyang. Lepas tu ambil lagi 2-3 senduk lagi adunan warna yang lain, tuang ke dasar loyang yang senget tu. Teruskan dengan warna-warna yang lain. Buat sampai abis. Bila dah habis ratakan semula loyang dan lorek-lorekkan supaya nampak bercorak.

Selamat Mencuba...

والسلام





10 sweet comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
izahdaut said...

iza ampang kat mana?
nak tanay sepeket agar2 tu, agar2 tali ke serbuk? teringin nak makan puding panas2 gini. hari ni n semalam mmg ampang panas kan. mmg sedap buat dessert gini. cantik betul puding iza tu.. tertawan sangat

♥MAMASYAZA♥ said...

nampak sedappp sgttttt

Nuridah said...

Assalamualaikum Akma

sihat ke dik?? Lama kak Nur tk singgah sini...cantiknya kejadian puding itu...terguder tergulik2 akak kat sini...hehe...

Gee® said...

Waaa...canteknya... puding polka dot... terlior k.gee

IZA AKMA said...

@izahdaut
Untuk puding tu iza gunakan agar-agar tali yg biasa tu..iza ni kurang gemar guna serbuk..suka guna cara lama..hehehe..tang air tu kena adjust la sikit ikut arahan pada pek agar-agar..
Kita ni sama2 duk ampang..ntah2 pernah berselisih bahu tak..lokasi tu rahsia..nnt ade pulak paparazzi serang hendap..bahaya tuu..kih3x..

IZA AKMA said...

@♥MAMASYAZA♥
memang sedap mamasyaza..

IZA AKMA said...

@Nuridah
W'kmsalam kak Nur,
lamanya kak Nur tak mai sini..iza pun baru jer singgah dapur kak nur hari tu tp pasal blogwalking pun dah mcm lipas kudung sampai tak sempat nak tinggal jejak..harap kak nur tak kecik hati yer..
iza sihat jer kak..alhamdulillah..tkasih tak lupa tanya kabar..harap kak nur pun sihat2 juga di sana..
hamboi kak nur tergulik2 yer kak..hati2..tingkap pintu semua make sure dah tutup rapat..takut nanti ada pulak yg mengintai..hehehe

❤ Redroses2u.Net e-Boutique ❤ said...

luv this receipe ..nak try la ..

mannira said...

tertarik tgk puding ni..mcmana buat jadi mcm tu..selalu failed kalau nak buat puding lapis²..dia x melekat betul²..walau dah garis²puding kat bawah..nak buat dot2 gitu lagi la x reti...:)