9
SMECC Lapis Keju

.... السلام عليكم


Kebiasaannya telur memainkan peranan dalam pembuatan kek. Telur berfungsi menyebatikan adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Contohnya dalam butter cake, telur merupakan cecair yang membantu menyebatikan butter dan gula selain mencairkan gula. Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama di mana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek.




Kek coklat yang mengisi ruang entri hari ini agak berlainan sikit yang mana tak langsung guna telur. Ramai yang dah mencuba dan memuji kek yang glamour dengan nama SMECC ni.  Iza rasa terpanggil mencuba sebab nak rasakan sendiri kat mana kelainannya. Setelah dinilai rasa...tiada beza dan kurangnya pun...boleh dikatakan sama dengan kek kek lain yang diadun bersama telur. Kejadian kek tak sikit pun terjejas walau tanpa telur. Malah kek masih tetap sedap, ternyata lembut, moist dan mantap sekali.




Terima kasih DJ yang bersusah payah mencipta kek yang mabeles dan Rahel yang telah memberi idea mengolah dengan menambah lapisan cheese di dalamnya menjadi ala-ala brownies layered cheese. Jadi pada kawan-kawan kat luar sana yang terdesak dan didesak buatkan kek tapi stok telur dah kehabisan...nak pergi keluar beli tiada kerajinan...maka SMECC ini merupakan satu penyelesaian yang terbaik. Cuba lah pasti tak rugi...




SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
(SMECC) LAPIS KEJU
source : Iza Akma SSK


BAHAN LAPISAN KEK COKLAT: (loyang 6-7inci)
recipe SMECC ~DJ~
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
❀   Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
❀   Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
❀   Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati. ( * untuk SMECC Lapis Keju, sila lihat step seterusnya dibawah...)
❀   Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
❀   Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


walau rupanya tak cun...sememeh...
bak kata omputih, "don't judge a book by its cover"...
namun rasanya sungguh menjilat jari...!!

BAHAN LAPISAN KEJU :
source of ref : Rahel
  • 250g cream cheese
  • 70g gula kastor
  • 20g tepung gandum
  • 1 biji telur saiz L
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 25ml air
  • 3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan air dalam periuk pengukus. Griskan loyang 7" dan alas dengan baking paper.
❀   Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
❀   Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit. Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
❀   Kemudian pukul cream cheese, gula, tepung gandum, jus lemon dan air sehingga berkrim. Tambahkan telur. Pukul rata.
❀   Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi. Ratakan.
❀   Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling di permukaan adunan cream cheese tadi. Kukus lagi selama 15 minit.
❀   Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.


Note :
  - air kukusan hendaklah betul-betul mendidih sebelum mengukus kek.
  - balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
  - tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.



Untuk resepi topping ni pula, iza dapat masa attend kelas kek. Topping ni jenis lembut. Kek yang disapukan dengan topping ni bila diletakkan dalam petisejuk...topping masih berkeadaan lembut tak keras...


BAHAN UNTUK TOPPING :
  • 150 gm dark cooking chocolate 
  • 50 ml fresh milk 
  • 1/2 tbsp liquid glucose (optional)
    atau gantikan dgn anggaran 1 tsp butter 

Cairkan coklat secara double boiler.
Masukkan fresh milk & liquid glucose/butter.




~~ Selamat Mencuba ~~




9 sweet comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam iza hemmm tegosa betul negok kek coklat ni...lelehan coklat pehhhh...

rahel said...

Waw..pepagi dah nampak SMECC lapis keju..tergodanya gue...tolong hulur satu slice..gue nak nyam nyam..

♥MAMASYAZA♥ said...

nampak sedappp sgttttt

tun_telani said...

kak iza... mantap betul nmpk nyer tu.. meleleh2 lagi coklat tu.. smecc mmg sedap, tambah pulak cheese layer tu. terliur habis.

Qasey Honey said...

mmg mgoda betul la...dgn lelehan coklat tu...nmpk sedap sgt...

zila 4ever said...

alahaiii sedapnya..mewah coklat...terliur nengok:)

ogyep yummy mellow said...

Very d moist... I likeeeee gitu :)

Wattie said...

Assalamualaikum Iza,
Lidah kelu untuk berkata.......speechless.... melihatkan kehebatan SMECC yang dihasilkan oleh Iza.....mmg marvelous laaaaa

Rohah said...

Salam kenal,
Singgah menjengah.Sedap tengok kek ni& byk lg koleksi2 kek saya lihat..