6
TALAM KELEDEK DURIAN


.... السلام عليكم


Salam hari Isnin edisi petang 25 Jun 2012 bersamaan 5 Syaaban 1433 Hijriah.
Entri ni ada kaitan dengan musim durian sekarang. Sana sini jual durian. Hati berbelah bagi, nak beli tak nak beli....nak beli tak nak beli....tak sampai hati pulak nak kata tidak dengan anak-anak....lastnya beli juga.

Nasib baiklah iza ni bukan hantu durian....sebab iza tak makan durian. Tak makan bukan bermakna tak makan langsung cuma tu orang kata sekerat-sekerat. Kalau durian sesaja memang lah tak makan, tak kisah pun....tapi yang dah bermasak macam kuih atau pengat....haa yang tu laju sokmo....tapi ada lagi satu yang sinonim dengan orang perak....haa, hak tu lagi lah favorit....tempoyak ler apalagi....al maklum kita ni kan ke anak peghak....sah-sah ler peminat tempoyak....hihihi






Susah juga nak memilih resepi-resepi daripada durian nih. Macam-macam resepi durian tersimpan dalam folder.....itu belum lagi yang bersimpan dalam fail dah berprint. Haiiish,, nak pilih resepi pun dah macam nak pilih pemenang dalam masterchef selebriti pulak yer.

Pilih punya pilih akhirnya, pilihan jatuh pada satu resepi yang ada dalam koleksi buku-buku masakan milik iza. Kira on lah, memandangkan lebihan durian yang ada pun tak banyak sebab dah kena bedal dengan anak-anak. Pulak tu kuih ni bukan saja ada durian tapi juga gabungan jagung dan keledek.....dah tentu rasa kuih juga agak berlainan. Atas ciri inilah iza teruja sangat nak mencuba.....lagi pula memang dah lama target nak buat.....inilah masanya. 

Dalam gambar, layer berwarna kuning tu jangan cakap laa.....kaya betul dengan rasa durian bersama krimer jagung sementara layer ungu tu pula lemak-lemak manis daripada keledek ungu. Sukar nak gambarkan rasanya yang unik dan asli itu. Overall, kuih ni memang sedap!  Daripada pemerhatian iza, kuih ni agak tinggi kejadiannya sebab ada kesilapan sikit terguna loyang 8"sq. Mungkin kalau guna loyang 8.5" lebih sesuai kot. Terpulanglah, kalau nak kuih lebih rendah boleh guna loyang 9"sq.




TALAM KELEDEK DURIAN
source : Iza Akma SSK



BAHAN A :
  • 150 gm isi durian
  • 150 gm jagung cream
  • 100 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 40 gm tepung kastad
  • 150 gm gula kastor
  • 400 gm santan pekat (200gm santan kotak + 200gm air)
  • 280 gm air
  • 1 tsp air kapur


BAHAN B :
  • 250 gm keledek ungu siap rebus, dilenyek
  • 120 gm tepung gandum
  • 70 gm tepung ubi
  • 130 gm gula kastor
  • 400 gm santan pekat (200gm santan kotak + 200gm air)
  • 300 gm air
  • 1 tsp air kapur
  • pewarna ungu jika perlu






CARANYA :

❀   Lenyek durian bersama jagung. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan (A), kacau sehingga gula larut dan sebati. Sebaiknya kacau adunan menggunakan whisk agar menghasilkan satu adunan yang halus dan tidak bergentel...jadi tak perlu tapis. Masukkan durian dan jagung yang dilenyek tadi, kacau sebati. Bahagikan 2 bahagian, ketepikan.

❀   Untuk bahan (B), satukan kesemua bahan kecuali keledek. Kacau hingga gula larut dan sebati. Masukkan keledek dan kacau lagi sehingga adunan bercampur rata. Bahagikan kepada 2 bahagian.

❀   Tuangkan 1 bahagian adunan keledek ke dalam loyang yang dialas dengan plastik tahan panas dan disapu sedikit minyak. Masukkan dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus dengan api besar selama 5 minit.

❀   Tuangkan 1 bahagian adunan durian berjagung dan kukus 5 minit lagi dengan api besar. Dah masak lapiskan 1 bahagian lagi adunan durian dan kukus lagi 5 minit.

❀   Akhir sekali tuangkan 1 bahagian adunan keledek dan kukus dengan api sederhana untuk selama 25 minit. Setelah kuih masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan betul-betul sejuk sebelum boleh dipotong.







6 sweet comments:

INA said...

salam Kak Iza..ye kita org pertama dtg sini..meh sepotong..hehehe.
kat umah byk stok durian frozen..nnt senang2 boleh cuba.

Qasey Honey said...

haaaa tu dia...xtinggal buah durian yer..mne blog gitu la skrg ni..hihi...nmpk sedap la pulak bile tgk lama2...kejadiannye pon cntik..sedap nmpknye tu...

Ummi said...

Assalam Iza, apa khabar? Waahh sedap pulak nampak talam keledek dgn durian tuh...kat rumah ada keledek ungu...x usik2 lgk...tengah malas2 skrg ni...hehe

ady said...

as-salam kak Iza
wahh!!durian pun blh dibuat talam..mesti sedapkan kak Iza talam ni...kejadian talam ni pun cantik kak..

Yatie said...

Assalamualaikum Iza,
menariknya kuih talam ni, warnanya pun menarik sangat..akak mmng suka kuih2 mcm ni..tq berkongsi resepi...lenkali boleh cuba ni..

Rohah said...

gabungan 3 rasa, unik sekali rasanya...kompem sedap! suka nagn rasa2 tu semua..bayngkan 3 rasa..hehe