5
ROTI SAJ


.... السلام عليكم


Semalam selamat lima hari kita menyelesaikan puasa Ramadhan. 
Alhamdulillah....Semuanya berjalan dengan baik. 
Terima kasih atas rahmat-Mu ini, Ya Allah....Aminnn.




Baru lima hari berpuasa, selera dah mula pandai meminta. Rasa-rasa nak berubah angin daripada berbuka nasi kepada something yang ringkas tapi sedap, menyelerakan dan mengenyangkan. Jadi untuk iftar semalam, terhasil lah Roti Saj yang dimakan bersama Kari Ayam Tomato.




Roti saj ni kalau nak describe....lebih kurang seperti roti arab. Ia digoreng tohor iaitu digoreng dengan hanya sedikit minyak....kiranya macam memasak capati. Boleh dikategorikan sebagai sihat kerana kurang berminyak berbanding roti canai atau roti boom yang bersaluti penuh dengan minyak.




Apa yang menariknya,  roti ni senang dibuat...tak perlu nak tebar....nak gelek....tak perlu ambil masa lama menyedia....mudah kerja. Walaupun ringkas, hasilnya memang berbaloi. Sedap dimakan panas-panas bersama apa jua kuah kari.

ROTI SAJ
source of rcp : Rusnah Ahmad FP
source           : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis  > iza suka guna brand mauripan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula (boleh ganti dgn susu pekat kacau dalam air suam)
  • 1 1/2 cawan air suam
  • sedikit minyak untuk menggoreng


CARANYA :

❀   Campurkan yis, gula, garam, tepung dan sebatikan. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang lembut. Biarkan 1 jam...tutup kejap dengan plastik.
❀   Uli lagi dan bahagikan kepada 7-8 bahagian. Bulat-bulatkan dan salut dengan minyak / tepung (iza salut dengan minyak macam buat roti canai).
❀   Ambil seketul dan ditekan-tekan dalam pinggan bulat supaya elok bulatnya. Goreng tohor roti tersebut macam goreng capati. Bila masak angkat...sedap dimakan bersama kuah.



5 sweet comments:

tun_telani said...

salam kak iza.. elok nmpk naik roti tu. tun dh lupa pernah buat atau x roti nih. byk sgt menu yg di-try. hihi.. blh masuk queue ni. nnti2 dh jemu mkn nasi ngan mee blh start meroti pulak =)

Nazayiena said...

Sedapnya cicah ngan kari tu.....

Yani said...

salam ramadhan... ni kalau buat besar sket pastu buh salad dan daging ayam ke kat tengah .. then lipat dua. Jadilah macam chicken foldover cam kat McD tu kan.. kan.. emm boleh try ni

zila norazila said...

sedapnya nampak roti tue..naik elok jew:)

Ayu said...

uish salah letak comment..hahaha
sekali dah lepas post..rupanya kat bubur candil kat bawah tu..heheh..