3
CAPPUCCINO SQUARE


.... السلام عليكم


Satu lagi biskut terlaris ingin dikongsikan....saingan sengit dengan Crunch Nut Cornflakes (CNC). Resepi sebenarnya dapat pada tahun 2006 masa attend kelas cookies Chef Asma. Yang kat bawah tu iza dah ubahsuai sikit daripada resepi asal. Menurut agen iza selain CNC, Cappuccino Square ni juga mendapat respon bagus dan menjadi pilihan customer. Tempahan yang diterima berkotak-kotak sampaikan last minute pun agen call kata masih ada customer yang nak order....tapi terpaksa iza tolak memandangkan masa dah suntuk.

Sayang seribu kali sayang, cuma ni jer gambar yang sempat dirakam....maklum lah bila dah bergelumang sehari suntuk dengan biskut mengejar deadline tempahan manalah sempat nak capai kamera segala. Nasib baiklah ada gambar yang satu ni buat kenang-kenangan. Resepi asal suruh bubuh 1/4 tsp baking powder tapi iza skip sebab biskut akan jadi kembang sangat....hilang bentuk asal die....jadi tak comel. Pada pengamatan iza, jika adunan dah ada shortening dan tepung jagung....cukup untuk membantu biskut mengembang. So, terpulanglah samada nak letak atau abaikan saja baking powder tu ya.



Resepi CAPPUCCINO SQUARE
source : Iza Akma SSK



Bahan A :
  • 220 gm butter
  • 100 gm shortening
  • 80 gm gula kastor
  • 2 kuning telur
  • 2 tsp cappucino emulco
Bahan B :
  • 300 gm tepung biskut / gandum
  • 40 gm tepung jagung
  • 40 gm tepung kentang
  • 2 tbsp susu tepung
Bahan C :
  • 100 gm coco-crunch, dikisar halus
  • 40 gm kacang tanah, dikisar halus
  • 100 gm coklat rice
  • 15 gm bijan putih, disangai
Bahan D :
  • 50 gm tepung biskut / gandum
    (untuk ditambah selepas adunan siap, jika perlu saja)
Hiasan :
  • kuning telur
  • dark cooking chocolate
  • white chocolate



Caranya :

❀   Sebatikan Bahan A.(buat biskut jangan dipukul hingga kembang....cukup sekadar sebati saja)
❀   Masukkan Bahan C dulu, kacau-kacau sikit kemudian masukkan Bahan B dan uli. Adunan perlu direhatkan selama 20 minit. Jika selepas direhatkan adunan masih lembik dan sukar untuk diterap, boleh tambahkan dengan tepung extra pada Bahan D ikut keperluan.
❀   Canai, terap, sapukan kuning telur dan bakar.
❀   Bila biskut dah sejuk, hiaskan dengan coklat. Biarkan sehingga coklat kering baru simpankan ke dalam bekas kedap udara.


3 sweet comments:

Kak Sue said...

Salam Iza..
Kak Sue ambil resepi ni dan cuba buat yer. Kak Sue fikir macam nak tampilkan kelainan siket pada raya kali ni. Takde la boring tetamu Kak Sue balik2 kuih yang sama ajer yang di hidang. Thanks.

NIK said...

Salam, sy nak tya, kacang tanah tu perlu goreng ker? sy igt nk try buat la..

IZA AKMA said...

@NIK
W'salam. Ya Nik... kacang tanah tu perlu disangai (digoreng tanpa minyak)/dibakar terlebih dahulu dan biarkan sejuk sebelum dikisar.