10
CRUNCH NUT CORNFLAKES


.... السلام عليكم


Seminggu lagi Ramadhan akan tiba ke penghujungnya dan Syawal bakal diraikan. Sudah tentu masing-masing sedang sibuk membuat persiapan terakhir menjelangnya lebaran sebelum berangkat pulang ke kampung halaman meraikan Syawal bersama keluarga serta sanak saudara tersayang.




Di sini iza nak kongsikan satu resepi biskut yang pernah iza buat jual tiga empat tahun lepas. Resepi ni boleh dikatakan antara resepi kesayangan kerana penjualan biskut ni sentiasa menduduki carta teratas dalam senarai. Kepada para pelanggan 'Syeera Cookies' yang pernah membeli biskut ni pasti tahu bagaimana rasanya kann. Dengan ini, iza selaku owner Syeera Cookies mengabadikan resepi istimewa ini  ke dalam blog untuk dikongsikan bersama pengunjung semua. Biskut ni bukan takat anak-anak saja yang suka malah dewasa juga turut menyukai kerana kerangupannya yang jelas terasa. Pada yang masih tercari-cari biskut yang menggunakan cornflakes....boleh lah mencuba....

Resepi CRUNCH NUT CORNFLAKES
sources : Iza Akma SSK



Bahan A :
  • 150 gm butter
  • 75 gm gula aising
  • 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B :
  • 30 gm almond nib, dibakar
  • 60 gm cornflake
  • 50 gm chocolate chip
  • 130 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
Hiasan :
  • kuning telur
  • ceri merah


Caranya :

❀   Sebatikan Bahan A.
❀   Masukkan Bahan B kecuali tepung gandum dan digaul rata.
❀   Masukkan tepung gandum sikit demi sikit dan uli hingga dapat adunan yang lembut.
❀   Punjut-punjutkan adunan atas dulang pembakar.
❀   Hiaskan dengan ceri.




10 sweet comments:

Gee® said...

Salam Iza, k.gee nk try buatlah...nmpk sedap jer...

mama sara nur said...

assalam iza
memang nampak sedapdan kebetulan jg tgh mencari resepi berasaskan cornflake sb beli banyak hari tu he he
nak try yg ni lah ye mintak izin cp resepinya, tq

IZA AKMA said...

@Gee®
try lah k.gee..kukis ni mmg sedap

IZA AKMA said...

@mama sara nur
salam, silakan mama sara..kukis ni rangup & sedap nak pulak ada badam ngan cok cip tu.. :)

Anonymous said...

salam iza,brape lame nk bakar n brape celcius ???

IZA AKMA said...

@Anonymous
Jangkamasa membakar dgn suhu oven, tak dapat iza nak tetapkan...ia tergantung pada kepanasan oven masing-masing. Setiap oven walaupun jenama sama, punya suhu dan kepanasannya yang tersendiri. Anda perlu kenali oven anda dgn bereksperimen selalu utk dapatkan suhu yg sesuai bagi membakar biskut ataupun kek. Apa pun terima kasih sudi bertanya. :)

syafiq hafiz said...

salam iza...kukis ni x pki telur kew??

IZA AKMA said...

@syafiq hafiz
resepi takde typing error..sememangnya kukis ni tak guna telur langsung shafiq hafiz..tu yg untungnya..jimat :)

nina said...

nk tanye baru nk try2 buat cookies ni..
nk camburkan bhn2 tu guna mixer ke?

IZA AKMA said...

@nina
Maaf nina lambat reply. Hanya sebatikan bahan A gunakan senduk kayu...bila masukkan bahan B tu pun just gaul2 dgn senduk/spatula jer...tak perlulah guna mixer. Selamat mencuba !