4
STRAWBERRY CHIFFON CAKE


.... السلام عليكم




Weekend hari tu masa menyopping di pasar raya, ternampaklah buah strawberi. Sebab buah tu pun kelihatannya fresh....besar-besar pulak....apalagi rembat jer terus walaupun masa tu tak terfikir lagi apa nak dibuat dengan strawberi tu. Masa dalam kereta on the way balik ke rumah, kepala ligat memikir. At last buat cifon memandangkan cifon strawberi belum pernah buat lagi. Tanya pada anak-anak....mereka kata tak kisah....asalkan tinggalkan sikit buah tu sebab mereka ni  suka makan strawberi lagu tu jer.




Sebenarnya buat kek cifon tak lah sesukar mana....asalkan ikut teknik yang betul....pasti sukses. Iza dulu-dulu pun tak pernah sekali buat cifon malah acuan cifon pun tak ada sebab takut tak menjadi....lagipun cifon ni sensitif sikit tersalah teknik kek akan bantat. Masih ingat lagi cifon pertama yang iza buat ialah Cranberry Yogurt Chiffon yang kejadiannya sungguh-sungguh puashati. Bila percubaan pertama menjadi dengan jayanya....barulah tahu buat cifon ni memang mudah sangat. Pulak tu bahan-bahan kek cifon tak ada lah remeh....semua dah memang tersedia di dapur. Apa pun kek cifon memang tip-top....suka sangat dengan teksturnya yang lembut dan ringan seperti kapas.

Resepi STRAWBERRY CHIFFON CAKE
source of rcp : Yochana
tested by       : Iza Akma SSK



Bahan A :
  • 4 kuning telur
  • 40 gm gula kastor
  • 1/4 tsp garam
Bahan B :
  • 150 gm buah strawberry segar, kisar halus untuk dijadikan puree
  • 80 gm minyak jagung
  • 20 gm kirsch liquer > iza ganti dgn susu perisa strawberi
Bahan C :
  • 120 gm tepung superfine > iza buat 125gm
  • 1 tsp baking powder
Bahan D :
  • sedikit pewarna pink
  • 1 tsp strawberi emulco
Bahan E :
  • 5 putih telur
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 70 gm gula kastor


Cara :

❀   Satukan Bahan A, kacau hingga sebati.
❀   Masukkan Bahan B, kacau lagi hingga rata dan sebati.
❀   Masuk pula Bahan C, kaupbalikkan adunan biar serata.
❀   Tambahkan dengan Bahan D. Ketepikan.
❀   Pukul dua Bahan E yang pertama dulu. Bila dah berbuih, masuk gula sedikit demi sedikit sambil terus dipukul sehingga kental. Masukkan ke dalam adunan campuran kuning telur tadi sambil dikaupbalik hingga rata.
❀   Tuangkan ke dalam acuan cifon berdiameter 23cm / 25cm. Bakar pada suhu 175C selama 50 minit. (iza bakar dengan suhu 160C selama 40 minit dengan api bawah saja +kipas)
❀   Setelah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan atas jejaring. Biarkan sehingga sejuk, baru dikeluarkan daripada  acuan.



Untuk kek cifon ni, iza bahagikan adunan kepada dua....buh strawberi emulco pada satu bahagian sementara satu bahagian lagi biarkan plain. Kemudian tuang dalam acuan secara berselang-seli warna.





4 sweet comments:

Amie said...

Cantik gebu! Sempurna kejadiannya....

Mayang ABDUL RAZAK said...

Sorry iza.. nak menyibuk lagi.. mayang guna resepi ni iza cuma ganti kan jem blueberi aje..

IZA AKMA said...

@Mayang ABDUL RAZAK
Takpe mayang..no prob..kita sama2 belajar. Ok, now baru iza understood. Actually, resepi ni drpd blog aunty yochana dan dah disertakan sekali linknya pada resepi. Selama iza follow resepi beliau, semuanya sukses…amat jarang sekali yg gagal.

Firstly, tq mayang...coz sudi mencuba cifon ni. Tp sbb adanya sedikit pengolahan yg mayang lakukan di situ maka cifon yg mayang buat sikit bermasalah di mana cifon berpinggang. Setakat membaking cifon ni belum pernah lagi iza berdepan masalah spt tu. Iza ni bukanlah pakar sangat pasal baking membaking ni tp akan cuba jawab apa yg iza tahu ya.

Pd pendapat iza, ada 2 kemungkinan penyebab masalah tersebut :

1. Spt yg sedia maklum, cifon merupakan sejenis kek yang ringan. Maka seharusnya bahan2 yg digunakan juga perlulah ringan bagi menghasilkan cifon yg sukses. Sbb itu cifon menggunakan minyak dan bukannya butter (minyak lebih ringan berbanding butter yg dicairkan). Ok berbalik pd masalah mayang, mayang dah follow resepi kat atas tp mayang telah gantikan penggunaan buah strawberry segar kpd jem.

Pada pengamatan iza masa buat cifon ni, diperhatikan rupa kisaran buah strawberry taklah sama dengan jem yang mana fresh strawberry yg dikisar teksturnya lebih ringan dan berair berbanding jem. Jadi mungkin penggunaan jem yg menjadi punca cifon mayang jadi demikian kerana jem membuatkan tekstur adunan cifon menjadi lebih berat. Dlm ruangan komen di blog aunty yochana ada dinyatakan, jika tiada strawberry penggunaan 150gm fresh strawberry tu boleh digantikan saja dgn 80gm air atau susu.

Kalau nak letak juga jem strawberry atau jem blueberry mungkin boleh...tp perlu kurangkan kuantiti...jangan ikut resepi 100% letak 150gm. Mungkin boleh bubuh 2-3 sudu makan then cairkan dengan 80gm air atau susu berperisa strawberry. Ini pendapat iza jer la.

2. Teknik. Kek cifon cukup sensitif...silap sikit jer kek akan meragam. Memukul putih telur untuk dijadikan meringue mestilah dgn cara yg betul sehingga benar2 pekat & bertanduk serta telur yg digunakan mestilah telur yg baru. Selain tu, loyang juga memainkan peranan. Sila ikut saiz loyang yg dinyatakan. Kuantiti adunan mestilah sepadan dgn saiz loyang yg digunakan...masih ada ruang berbaki untuk kek mengembang ketika dibakar.

Diharapkan jawapan ini dpt membantu.




Mayang ABDUL RAZAK said...

ooo patut le.. TQ iza sangat-sangat membantu ..