9
InsyaAllah....Ada Rezeki Jumpa Lagi







Assalamualaikum....

Telah seminggu lebih SSK menyepi. 
Selama seminggu itu juga lah diri duduk memikir...apakah betul keputusan yang dibuat. 
Walaupun berat SSK terpaksa akur untuk terus dengan keputusan yang diambil.
Tak tahu nak dikata apa lagi. 
Cuma yang dapat dikatakan, SSK akan berundur seketika 
sehinggalah ke satu masa yang akan diberitahu kelak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 


SSK ucapkan berbanyak terima kasih pada kesemua teman-teman yang setia mengunjungi dapur maya ini mengikuti@membaca setiap bicara yang dikongsikan. 
Setinggi penghargaan juga SSK ucapkan kepada mereka yang sudi meninggalkan komen yang adakalanya begitu mencuit hati dan membuatkan diri ini tersenyum tertawa sendirian.


Jika ada salah silap, terkasar bahasa sepanjang SSK menyusun bicara di laman ini, 
melontarkan komen dan pandangan di blog teman-teman serta mengulas komen-komen teman di sini....
SSK menyusun jari sepuluh pohon dimaaf segalanya.


Mengenali kalian sedetik cuma walau hanya di alam maya merupakan pengalaman indah, memberikan seribu kenangan manis yang mana akan terus diingati sampai bila-bila. 
Sebelum mengakhiri, SSK tinggalkan anda semua dengan serangkap pantun.


Jika Ada Sumur Di Ladang
Boleh Kita Menumpang Mandi
Jika Ada Umur Panjang
Boleh Kita Bersua Lagi




9
SMECC Lapis Keju

.... السلام عليكم


Kebiasaannya telur memainkan peranan dalam pembuatan kek. Telur berfungsi menyebatikan adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Contohnya dalam butter cake, telur merupakan cecair yang membantu menyebatikan butter dan gula selain mencairkan gula. Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama di mana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek.




Kek coklat yang mengisi ruang entri hari ini agak berlainan sikit yang mana tak langsung guna telur. Ramai yang dah mencuba dan memuji kek yang glamour dengan nama SMECC ni.  Iza rasa terpanggil mencuba sebab nak rasakan sendiri kat mana kelainannya. Setelah dinilai rasa...tiada beza dan kurangnya pun...boleh dikatakan sama dengan kek kek lain yang diadun bersama telur. Kejadian kek tak sikit pun terjejas walau tanpa telur. Malah kek masih tetap sedap, ternyata lembut, moist dan mantap sekali.




Terima kasih DJ yang bersusah payah mencipta kek yang mabeles dan Rahel yang telah memberi idea mengolah dengan menambah lapisan cheese di dalamnya menjadi ala-ala brownies layered cheese. Jadi pada kawan-kawan kat luar sana yang terdesak dan didesak buatkan kek tapi stok telur dah kehabisan...nak pergi keluar beli tiada kerajinan...maka SMECC ini merupakan satu penyelesaian yang terbaik. Cuba lah pasti tak rugi...




SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
(SMECC) LAPIS KEJU
source : Iza Akma SSK


BAHAN LAPISAN KEK COKLAT: (loyang 6-7inci)
recipe SMECC ~DJ~
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
❀   Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
❀   Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
❀   Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati. ( * untuk SMECC Lapis Keju, sila lihat step seterusnya dibawah...)
❀   Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
❀   Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


walau rupanya tak cun...sememeh...
bak kata omputih, "don't judge a book by its cover"...
namun rasanya sungguh menjilat jari...!!

BAHAN LAPISAN KEJU :
source of ref : Rahel
  • 250g cream cheese
  • 70g gula kastor
  • 20g tepung gandum
  • 1 biji telur saiz L
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 25ml air
  • 3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Panaskan air dalam periuk pengukus. Griskan loyang 7" dan alas dengan baking paper.
❀   Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
❀   Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit. Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
❀   Kemudian pukul cream cheese, gula, tepung gandum, jus lemon dan air sehingga berkrim. Tambahkan telur. Pukul rata.
❀   Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi. Ratakan.
❀   Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling di permukaan adunan cream cheese tadi. Kukus lagi selama 15 minit.
❀   Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.


Note :
  - air kukusan hendaklah betul-betul mendidih sebelum mengukus kek.
  - balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
  - tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.



Untuk resepi topping ni pula, iza dapat masa attend kelas kek. Topping ni jenis lembut. Kek yang disapukan dengan topping ni bila diletakkan dalam petisejuk...topping masih berkeadaan lembut tak keras...


BAHAN UNTUK TOPPING :
  • 150 gm dark cooking chocolate 
  • 50 ml fresh milk 
  • 1/2 tbsp liquid glucose (optional)
    atau gantikan dgn anggaran 1 tsp butter 

Cairkan coklat secara double boiler.
Masukkan fresh milk & liquid glucose/butter.




~~ Selamat Mencuba ~~




Bicara Sekeping Hati...




Di malam yang sunyi…
Ku duduk termenung sorang diri di jendela sepi
Mengintai kembali segala kenangan yang bertaut
Mengingatkan ribuan kata janji manis
Namun kata hanya sekadar tinggal kata-kata 
Diri bagaikan melukut di tepi gantang 
Ada tiada tak memberi kesan 
Begitulah aku dalam hidupmu
Diri benamkan tangisan sedih yang berlubuk dalam hati 
Agar bibir mampu mengukir senyum...berketawa riang... 
Namun tak siapa gerangan yang mampu menyingkap derita
Yang membelenggu di segenap ruang jiwa 
Oh Tuhan, sedangkan lautan ciptaan-Mu punya pantai di tepian 
Manakah pula tepiannya episod duka lara yang senantiasa menghambat diri 
Akan adakah sinar yang sedang menanti di hadapan... 
Sesungguhnya hanya pada-Mu ku letakkan kepasrahan...



Di warkah bisu ini dicoretkan segala yang bermain di benak...menyimpan seribu satu luahan. Jari-jemari kecil ini seakan tak mampu lagi menari meneruskan coretan. Biarlah lagu menerus bicara...







14
Bhunna Gosht

.... السلام عليكم


Caakkk!...Bersua kembali pada edisi pembuka tirai di bulan april.
Ada yang merindu bila SSK tiga empat hari menghilang? Mana mungkin ada yang merindu. Tak main lah rindu-rindu...apa lah sangat pada SSK...tak gitu. Cuma sekadar blog picisan yang tak sehebat mana jika nak di bandingkan dengan blog-blog masakan lain yang lebih gah, lebih hebat, lebih popular dipersada dunia blogging. Apa pun SSK akan masih setia di sini cuba berkongsikan resepi dengan teman-teman semua. Setiap resepi yang dipublishkan di sini telah melalui proses eksperimentasi dan diujirasa di makmal dapur SSK.


Okeyy...hari ini iza nak share satu resepi yang diberi nama Bhunna Gosht. Baca dan bunyikan betul-betul...gosht bukan ghost ya...hehheh. Pasti ada yang mengerut-ngerut dahi tuu tertanya-tanya mengapa bunyinya pelik giteww. Jangan ditanya kerana iza sendiri pun kurang jelas apa maksudnya. Walau nama agak memelikkan namun keenakan resepi ni sungguh sungguh menyengat...sengatan amat berbisa sekali... Iza tukil resepi daripada buku masakan Puan Asmah Laili di mana setiap masakan yang dicuba di dalamnya pasti tidak akan mengecewakan...semuanya sedap-sedap belaka.

Resepi asal menggunakan daging kambing tapi disebabkan si tukang masak nih tak makan kambing maka digantikan dengan ayam. Memang padan sangat jika diregukan dengan nasi beriani atau nasi berperisa yang lain...paling tidak dengan roti pun sodapp! Kalau resepi dah memang sedap makan dengan apa sekalipun tetap sedap. Ater apa tunggu lagi moh ler kita nengok cam mana ghuper nak masak bhunna gosht ni...mohh kita...


BHUNNA GOSHT
by Mumtaj Begum Omar
source : Iza Akma SSK


BAHAN A :
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 jari kayu manis
  • 3 helai daun Bay
  • 1/4 cawan minyak untuk menumis
BAHAN B :
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 10 biji lada hitam
BAHAN C :
  • 3 bji bawang besar, dihiris
BAHAN D :
  • 1 kg daging kambing tanpa tulang, dipotong dadu ~iza ganti dgn ayam, digaul dengan serbuk kunyit & digoreng 1/2 masak
  • 1 1/2 sudu makan pes halia
  • 1 1/2 sudu makan pes bawang putih
  • 5 biji lada hijau, dicincang
  • 1 sudu teh garam
BAHAN E :
  • 3 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam masala ~iza tak buat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
BAHAN F :
  • 3 biji tomato, dikupas kulit & dikisar ~iza tak kupas kulit..blend sekali
BAHAN G :
  • 1/2 cawan tairu, dipukul sebentar
  • 3 sudu makan santan pekat
  • 1/2 cawan air
BAHAN H :
  • 2 tangkai daun ketumbar, dihiris



CARA PENYEDIAANNYA :

❀   Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan A sehingga meletup-letup...hati-hati jangan sampai hangus. Masukkan bahan B dan tumis lagi selama 2 minit. Masukkan C dan goreng sehingga bawang garing sedikit, selama lebih kurang 15 minit.

❀   Masukkan D dan goreng lagi selama 15 minit, sambil dikacau selalu. Lalu masukkan E, goreng selama 15 minit lagi. Masukkan F iaitu tomato yang yang telah dikisar halus. (iza masukkan ayam yang telah digoreng 1/2 masak tadi pada step ini). Gaul dan balik-balikkan selama 5 minit lagi. Ini diikuti dengan bahan G, gaul rata dan biarkan masak, dengan sentiasa dikacau dan dibalik-balikkan sehingga daging empuk dan lembut, sementara kuahnya menjadi pekat (iza lebihkan sedikit kuantiti air, jadikan anggaran 3/4 cwn supaya dapat masak lama sikit...ikut petua orang tua2...lagi lama direnihkan lagi sedap kerana rempah ratusnya lebih mesra ).  Bila hidangannya hampir siap, taburkan dengan bahan H.

❀   Daging kambing yang dimasak ini, harus dibiarkan masak didalam jusnya sendiri. Itu sebabnya air yang digunakan tidak begitu banyak. Air ditambah hanya jika perlu sahaja. Lebih baik jika hidangan ini dimasak di dalam kuali atau periuk tidak lekat@non stick.



~~ Selamat Mencuba ~~